Pages

March 19, 2010

Akan Datang...

HIDAYAH FIRDAUS
Firdaus telah diberi kepercayaan oleh Datuk Syuib untuk menerajui Titian Maju Holdings setelah persaraannya nanti, tambahan pula dia bakal menjadi suami kepada anak beliau, Afifah. Namun, Azwan tidak begitu menyenangi kehadiran Firdaus yang akan menggagalkan rancangannya untuk mengambil alih kerusi Datuk selepas membunuhnya. Demi sikap rakusnya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati termasuklah memusnahkan keluarga Datuk Syuib. Dapatkah Firdaus menghalang Titian Maju daripada jatuh ke tangan Azwan?

SUATU KETIKA
Dua beradik, Tengku Zahin Iqbal dan Tengku SyukryHaiqal telah menaruh perasaan terhadap gadis yang sama. Hubungan mereka berdua semakin renggang sehingga menyebabkan Tengku Syukry beralah dan mengundur iri. Namun, di saat kebahagiaan mula mengulit pasangan Tengku Zahin-Asyikin, Tengku Zahin telah menemui ajal dan mewasiatkan agar abangnya pula berkahwin dengan Asyikin. Mampukah Tengku Syukry memberikan kebahagiaan kepada Asyikin sedangkan dia masih tidak dapat melupakan memori indah bersama Tengku Zahin suatu ketika dahulu?

KASIH TERCIPTA
Ckgu Mustapha, seorang duda anak dua telah jatuh hati kepada Azura yang kebetulan seorang janda. Dalam diam, rupa-rupanya, mereka saling menyukai satu sama lain. Namun, kenangan hitam mula menghantui dirinya apabila dua perkahwinannya terdahulu musnah dan menyebabkannya berasa fobia untuk berkahwin lagi. Keadaan menjadi semakin rumit apabila bekas suami Azura ingin kembali kepadanya. Dapatkah mereka meneruskan hubungan mereka? Dapatkah mereka meredah segala halangan yang ada?

AIR MATA ATIRA
Pada mulanya, Atira dan Ariff saling tidak menyukai satu sama lain kerana mereka telah dijodohkan secara paksa oleh keluarga. Lama-kelamaan, mula muncul bibit kemesraan mereka sehingga timbul perasaan cemburu Rahmat, bekas kekasih Atira. Kini, dia ingin mendapatkan kembali Atira daripada Ariff walau dengan apa cara sekalipun. Mampukah Ariff menyelamatkan Atira daripada cengkaman Ahmad?

SYAIR SI PARI-PARI
Henry, seorang model yang terkenal namun diulit kesepian. Tidak pernah seorang gadis pun yang berjaya memikat hatinya sehinggalah dia bertemu dengan Anna, seorang gadis misteri yang pernah menyelamatkan nyawanya. Namun, terdapat satu rahsia yang tidak Handrick ketahui tentang Anna. Siapa sebenarnya Anna?

WIRA DIMENSI
Dreamworld merupakan sebuah negara yang aman damai sehinggalah Ratu Alzheimer yang kejam merampas takhta daripada Ratu Tiara dan memerintah secara kuku besi. Rakyat-rakyat jelata terpaksa meminta bantuan daripada sekumpulan manusia; Syaz, Aman, Azrul dan Vanessa untuk membantu mereka menewaskan ratu yang kejam itu. Berjayakah mereka mengembalikan keamanan Dreamworld?

PERTEMUAN... Episod Terakhir
Kesinambungan daripada kisah 'Pertemuan Ini'. Mereka kni bertemu kembali setelah sepuluh tahun berlalu. Pelbagai kerenah yang mencuit hati dan imbauan kembali memori bakal menyuntik semula nostalgia anda! Namun, ada kejutan yang menanti mereka. Apakah kejutan itu?

AKADEMI
Detik Pilihan Raya Majlis Teringgi MPP semakin hampir! Ketahui segala ragam dan keletah para calon bagi meraih undi dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Riuh dan huru-hara dek persaingan sengit antara mereka. Siapakah di antara mereka yang akan terpilih untuk menjadi Pengerusi MPP?

3G!: GAMMA GEMPAK GILER!
Ketahui warna-warni dan suka duka kehidupan di dunia 'Gamma'. Kerenah para pelajarnya yang penuh ragam sentiasa menggamatkan suasana. Kisah penuh fantasi, lawak jenaka, emosi dan banyak lagi menanti anda hanya di sini, di 3G!

BONGKAR!: Fail Sulit 5G
Secara eksklusif, anda akan mengetahui banyak rahsia mengenai pelajar-pelajar 5 Gama. Siapakah mereka? Apakah rahsia mereka? Semuanya bakal terjawab di sini, bersama Azwan Ahli 'membongkar' realiti kehidupan di 5 Gama ini.

Nantikan kemunculannya....

4 comments:

ExO said...

5 gama jak dengkah..dak laen maok wak..bias..haha..

luctensity said...

choizek, antap gila nama2 ya.

Anonymous said...

LOL...

liaow said...

sjak skian lama ku nggu cta air mata atira diterbitkan p x wak ada2... mk tggu ku da cucu ruk da nk?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...