Pages

June 29, 2011

Sisa Cinta Kita

Aku nak kongsikan sebuah karya seorang sahabat kenalan aku di facebook,memang layan citer ni. Apa-apaun,korang bacalah sendiri.


Maizatul Azrina bagaikan tidak percaya dengan berita yang diterima sebentar tadi, berkali-kali dia menggeleng. Dia seperti berada di dunia mimpi kerana masakan selama ini dia sihat walafiat tiba-tiba saja disahkan menghidap penyakit berbahaya, barah otak. Amat sukar bagi dia untuk mempercayai berita yang disampaikan oleh Doktor Hamdi itu.



“ Maizatul, kamu ada penyakit barah otak jenis Supra tentoria iaitu barah pada bahagian atas otak. Kamu hanya ada masa lebih kurang tiga bulan sahaja lagi. Ini bermakna umur kamu sudah tidak lama. Sebagai seorang doktor professional, saya akan cuba mencari alternatif yang terbaik walaupun memerlukan pembedahan..” lembut Doktor Hamdi berbicara.



“ Sayang, mal nak beritahu sesuatu ni..I dapat offer tawaran sambung belajar di Universiti Yarmouk , Jordan. Penerbangan pada hari Ahad ni. Sorry mal lambat beritahu kerana saya dapat surat tawaran semalam. Maizatul, kenapa senyap je ni ?”, ceria suara Akmal Fahmi kerana impiannya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Usuluddin tercapai. Tunangnya, Maizatul Azrina hanya terdiam memikirkan nasibnya yang hanya sempat hidup selama tiga bulan sahaja. Maizatul Azrina tidak menyahut panggilan Akmal Fahmi sebaliknya terus menutup telefon bimbitnya. Ini menimbulkan persoalan kepada Akmal Fahmi kerana selama ini Maizatul Azrina seorang yang happy apabila mendapat panggilan kekasih hatinya.



“ Akmal, dah siap packing ?” terdengar laungan Puan Munirah dari ruang tamu. Puan Munirah cukup menyanyangi anak tunggalnya itu. Akmal akan meninggalkan Malaysia hampir lima tahun demi mendapatkan Master dalam bidang Usuluddin.



Sejak kebelakangan ini, Maizatul Azrina hanya menyendiri di dalam bilik. Kakaknya, Auni Athira amat pelik melihat kelakuan adik bongsunya itu. Auni Athira mengetuk pintu bilik Maizatul Azrina. “ Mai, kau okey tak? Akak tengok adik bongsu akak ni suka menyendiri je sejak kebelakangan ni. Kenapa? Ada masalah dengan Akmal Fahmi ke? Alah…dia pergi pun lima tahun je…Mai sabar r….selepas tu, berkahwinlah dengan Akmal…” Kata-kata Auni Athira tidak dijawab oleh Maizatul Azrina. Pintu biliknya juga tidak dibuka. Teresak-esak Maizatul Azrina menangis di dalam biliknya. Dia sedar yang hidupnya tidak akan lama setelah mengetahui penyakit berbahaya yang dialaminya. Pedih. Dia perlu berbuat sesuatu agar Akmal Fahmi tidak merana. Jawapannya mudah, putus tunang.



Setelah menyiapkan beg bagasi, Akmal Fahmi merenung satu keping gambar yang tertera tunangnya. Dia juga agak hairan kerana akhir-akhir ini Maizatul Azrina tidak pernah menghantar sistem pesanan ringkas ataupun call. “ Mai, cintaku hanya padamu…,” menolog Akmal Fahmi sendirian. Hatinya amat berat untuk meninggalkan tunangnya selama lima tahun.

Telefon bimbit kepunyaan Akmal Fahmi berbunyi, “ Tik Tik…” Ada satu mesej. Entah mengapa hatinya berat untuk membaca mesej itu. Mesej daripada Maizatul Azrina.



“ Kak, Mai dapat rasakan yang hidup Mai tidak lama…” Maizatul Azrina cuba menyatakan kebenarannya. Auni Athira hanya tergelak-gelak kerana tidak tahu penyakit yang dialami oleh adiknya, bahkan ibu bapanya juga tidak tahu akan berita yang pahit itu. “ Kau merepek apa ni…,” Kata-kata Auni Athira tidak dilayan adiknya, sebaliknya Maizatul Azrina menyatakan hasratnya untuk bercuti di Jordan.



“ Apa? Mai nak bercuti di Jordan? ,” Puan Adillah Hanani, ibunya berfikir sejenak. Lantas Maizatul Azrina menjawab, “ Mak…please..I wants to go there just for two months. Saya tidak boleh tinggalkan Akmal Fahmi sendirian di sana…Sayang sangat dengan dia….Mai rasa nak tunggu Akmal Fahmi balik ke Malaysia merupakan satu perkara yang impossible because maybe Mai dah tak ada…” sebak Maizatul Azrina.



Penerbangan ke Jordan akan berlepas tidak lama lagi. Akmal Fahmi tercari-cari kelibat Maizatul Azrina kerana sudah hampir dua minggu mereka tidak berjumpa. Akmal Fahmi teringat lagi mesej yang dihantar oleh tunangnya itu, “ Akmal Fahmi, di jalan Allah percintaan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Percintaan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia kerana DIAlah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan aku dan kau mengukir 1001 kenangan bersama..”



‘ Jaga diri elok-elok. Belajar bersungguh-sungguh tau ! ,” nasihat Puan Munirah masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia janji untuk belajar bersungguh demi merealisasikan impian ibunya.

Akmal Fahmi sudah berada dalam pesawat. Bila-bila masa sahaja pesawat akan berlepas. Hatinya remuk seperti gelas yang pecah kerana tunangnya tidak . Mencari-cari tunangnya tadi.



“ Mai, mak sayang sangat-sangat..Jaga diri elok-elok tau..Nanti dah sampai Jordan call mak. ,” sayut Puan Adillah Hanani. Maizatul Azrina bersalam-salaman dengan ibunya dan kakaknya. Pada detik ketika itu, manik-manik mutiara cuba ditahankan kerana mungkin itu adalah hari terakhir Maizatul Azrina berjumpa dengan keluarganya kerana penyakit yang dialami.



Ketika dalam pesawat, Maizatul Azrina berada di sebelah seorang lelaki, Anas. Tanpa disedarinya, Akmal Fahmi juga menaiki pesawat yang sama.



“ Assalamualaikum.” Anas kelihatan agak bosan dan cuba berbual-bual dengan Maizatul Azrina. Maizatul Azrina membalas salam. “ Sambung belajar di Jordan ke? Ambil course apa? .” Pertanyaan Anas tidak dijawab seketika.



Lima belas minit kemudian, Maizatul Azrina membalas dengan jawapan yang marah. “ Kamu ni siapa nak ambil tahu pasal saya? Saya tak kenal kamu, so fullstop ! ” Muka Anas agak kemerah-merahan kerana jawapan yang dibalas Maizatul Azrina amat menyakitkan hatinya. Anas bermonolog, “ Suatu hari nanti awak akan cari saya.”



Tepat jam 4 pagi, Pesawat Royal Jordan Air akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Queen Alia. Maizatul Azrina perasan yang dia menaiki satu pesawat dengan tunangnya setelah melihat tunangnya itu dari jarak yang jauh. Maizatul Azrina terus mencari teksi untuk menghindari daripada berjumpa dengan Akmal Fahmi dan terus mencari rumah sewa.



“ Eh, I’m sorry….” Perempuan yang mempunyai kacukan Jordan dan Malaysia itu meminta maaf kepada Akmal Fahmi kerana terlanggar. Barang-barang yang berada di tangan Akmal Fahmi habis jatuh berderai. Aisha Humaira mengangkat barang-barang yang jatuh itu.

Akmal Fahmi tidak berkelip memandang kecantikan kaum Hawa itu kerana wajahnya persis kerlipan mutiara. “ It’s okey.” Ringkas kata-kata Akmal Fahmi. Setelah itu, perempuan itu beredar.



Tiba-tiba Akmal Fahmi teringat Maizatul Azrina di Malaysia. Rindu sangat. Dia cuba mendail nombor tunangnya itu, namun tiada jawapan. Hatinya mula resah. Dia tekad untuk menelefon Puan Adillah Hanani untuk bertanyakan khabar mengenai calon isterinya itu. Namun, tiada juga jawapan.



Dua bulan kemudian,

“مجھے تم سے محبت.” Aisha Humaira melafazkan kata-kata cintanya dalam Bahasa Urdu kepada kekasih kesayangannya itu, Akmal Fahmi. Mereka belajar dalam bidang yang sama di Universiti Yarmouk. Kasih cintanya terhadap Maizatul Azrina mula luput. Hampir dua bulan, Akmal Fahmi tidak mendengar khabar tentang bekas tunangnya itu. Cincin yang tertera nama A&M itu sudah disimpannya dalam kotak.

Maizatul Azrina pula koma terlantar di hospital lebih sebulan yang lalu. Semua perbelanjaan perubatan dibayar oleh Anas. Anas amat bersimpati dengan perempuan itu. Tanpa ada keluarga di sisi merana sendiri. Dia masih ingat sebulan yang lalu ketika berjumpa dengan Maizatul Azrina di pusat beli belah.



Ramai orang mengerumuni di hadapan kedai kek dan roti itu. Hanya membiarkan sahaja perempuan yang pengsan itu terbaring tanpa ada perasaan belas kasihan untuk membantu. Anas pergi ke arah itu. Terkejut. Dia amat mengenali perempuan itu yang memarahinya tempoh hari di pesawat. Dengan belas kasihan, Anas membawa perempuan itu ke hospital.

Ketika mentelaah pelajaran, Akmal Fahmi terpandang gambar yang tertera Maizatul Azrina. Dia mula menimbulkan banyak persoalan. Kenapa tunangnya itu tidak menjawab panggilannya. Dia rindu sangat-sangat dengan tunangnya itu. Namun dia pasti, ada kemungkinan tunangnya itu tidak menyintainya.



Jauh adalah ruang yang memisah cinta suci mereka. Jauh juga mermbuatkan mereka terpisah. Kerana jauh daripada Maizatul Azrina, Akmal Fahmi memilih Aisha Humaira untuk menjadi pendamping selama-lamanya.



Tidak sengaja Anas membuka wallet kepunyaan Maizatul Azrina. “ Wah, cantiknya nama dia.” Anas tidak sengaja membuka passport untuk mengetahui namanya. Selepas itu, terdapat satu keping gambar yang tersorok di belakang passportnya itu. “ Astaghfirullahal-azim. Dunia ini memang kecil..” Menolog Anas sendirian.



Aisha Humaira makan tengah hari dengan Akmal Fahmi di kafeteria universiti tersebut. “ Abang, nanti petang boleh tak temankan Aisha pergi ke hospital untuk melawat kawan Aisha.” Akmal Fahmi memberi tanda senyuman bermakna dia bersetuju untuk menemani Aisha Humaira. Tiba-tiba timbul persoalan dalam fikiran Akmal Fahmi. “ Kawan Aisha sakit apa? ,” Aisha Humaira membalas jawapan. Barah otak.



Anas mencari-cari Akmal Fahmi di blok Usuluddin. Anas merupakan pelajar di universiti yang sama , cuma bidang yang berbeza iaitu bidang Syariah. “ Akmal, di mana engkau ni. Kau perlu berjumpa juga dengan Maizatul Azrina. Dia sudah tenat. Bila-bila masa sahaja Malaikat Izrail akan menjemputnya,” Anas hanya mengandaikan bahawa Maizatul Azrina ada perkaitan kekeluargaan dengan Akmal Fahmi.



‘ Abang. Jom singgah di kedai buah tepi jalan tu. Aisha nak beli buah untuk kawan.” Kata-kata Aisha Humaira hanya dituruti. Aisha Humaira membeli buah zaitun untuk diberi kepada kawannya yang terlantar di hospital itu.



“ Aisha pergi dulu. Abang nak pergi ke toilet sekejap. ” Kata-kata Akmal Fahmi hanya dituruti. Tiba-tiba terbayang wajah Maizatul Azrina dalam benak fikirannya. Entah mengapa kata hatinya menyatakan bahawa Maizatul Azrina juga berada di Jordan.



Nada dering lagu “ Di Atas Satu Cinta” yang dinyanyikan oleh Indah Dewi Pertiwi tiba-tiba berbunyi. Panggilan daripada Puan Adillah Hanani. Terperanjat seketika Akmal Fahmi kerana selama tiga bulan ini, ini pertama kali bakal ibu mertuanya menelefonnya. Pasti berkaitan tentang Maizatul Azrina.



“ Akmal, ni ibu Mai. Maizatul cam mane keadaan dia sekarang di sana? Dia kata nak balik dalam hujung bulan ini. Namun tiada khabar berita.” Jantung Akmal Fahmi terhenti seketika. Nafasnya terdiam. Debaran di dalam hatinya semakin ketara. Betul sekali andaiannya bahawa selama ini Maizatul Azrina berada di Jordan. “ Mak Dillah...actually...,” Akmal Fahmi tidak sanggup memberitahu kebenarannya bahawa selama tiga bulan di sana, dia tidak pernah berjumpa dengan tunangnya itu. Namun dia juga menghabiskan kata-kata terakhirnya, “ Mal tidak berjumpa pun dengan Mai di sini. ” Kata-kata itu amat memedihkan hati Puan Adillah Hanani. Ibu Maizatul Azrina hanya mendoakan tentang kesihatan anaknya agar sentiasa selamat dan berada di bawah rahmat-Nya.



Akmal Fahmi menuju bilik H-1-4. Kelihatan Aisha Humaira menangis. Anas pun ada bersama di sisi Aisha Humaira. Kawan Aisha Humaira yang terlantar di atas katil itu direnung lama. Sudah diselimuti dengan kain putih. Perasaannya tiba-tiba tidak enak.



“ Abang, kawan Aisha dah pergi..” titisan-titisan air suci mula berderai. Anas pula merenung jauh melihat Akmal Fahmi. Akmal Fahmi cuba memberi semangat kepada Aisha Humaira bahawa semua yang hidup juga akan mati akhirnya.



Anas menghampiri Akmal Fahmi. Jenazah kawan Aisha Humaira masih berada di dalam bilik itu. “ Akmal, kau tahu tak siapa yang meninggal ini? Aku terjumpa gambar kau dalam beg dompet perempuan ini.” Anas memberitahu kebenarannya. Perempuan?. Beg duit itu?. Persoalan mula timbul di fikiran Akmal Fahmi. Jauh merenung beg duit itu. Tiba-tiba titisan air mata mula mencurah dari anak mata milik kaum Adam itu.



Akmal Fahmi masih ingat bahawa beg duit itu dijadikan hadiah hari jadi Maizatul Azrina yang lepas. “ Mai jaga elok-elok tau beg duit ni. Anggaplah beg duit ini ibarat nyawa Mal.” Kata-kata itu tidak dilupakan. Tersenyum sendirian Akmal Fahmi teringat kenangan indah bersama Maizatul Azrina.



“ Dia adalah tunang saya.” Jujur Akmal Fahmi. Aisha Humaira terkejut mendengarnya kerana sepanjang Maizatul Azrina berada di rumah sewa yang sama dengannya, Aisha Humaira sering menceritakan tentang Akmal Fahmi. Aisha Humaira berasa amat serba salah kerana mencintai tunang kawan baiknya sendiri.



Jenazah Maizatul Azrina akan dihantar ke Malaysia secepat yang mungkin. Keluarga Maizatul Azrina dah mengetahui tentang kematian anak bongsunya itu.

Ketika menunggu pesawat berlepas ke Malaysia, Anas menghampiri Akmal Fahmi sambil membawa sekeping surat. “ Akmal, sebelum Maizatul Azrina meninggal dunia, dia ada menulis satu surat. Katanya surat itu untuk diberi kepada tunangnya.” Anas menghulurkan surat sambil diperhati oleh Aisha Humaira.



Kepada Abang Akmal,

Mai minta maaf kerana tidak berterus terang dengan Mal. Actually Mai terkena penyakit yang boleh membawa maut, barah otak.Sejak Mai mengetahui penyakit yang berbahaya itu, Mai cuba menghindarkan diri daripada abang. Ini untuk kebaikan abang juga. Agar tidak terseksa dan bersimpati dengan keadaan Mai ni.

Alhamdulillah, sepanjang Mai berada di Jordan ini, Mai menyewa rumah. Satu rumah dengan Aisha Humaira. Aisha Humaira sering bercakap tentang abang. Mai bersyukur kerana ada juga perempuan lain yang lebih layak daripada Mai menyintai abang. Mai berasa sangat gembira apabila Aisha Humaira menceritakan kepada Mai yang dia berasa sangat bahagia bersama abang.

Harapan Mai di sini agar abang dapat membayar balik perbelanjaan perubatan Mai kepada Anas yang sering menjaga Mai di hospital ini. Akhir kalam, Mai berharap sangat-sangat agar abang menikahi Aisha Humaira. Mai akan bahagia di sini. Insya-Allah.

Sayang Maizatul 27 April 2011





Akmal Fahmi jatuh terduduk. Dia tidak sangka selama ini Maizatul Azrina berada dekat di samping kawan-kawannya. “ Mai, cinta kita tidak akan berakhir..Abang sayang Mai. Insya-Allah , wasiat Mai akan abang turuti. ”

~Di jalan Allah percintaan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Percintaan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia kerana DIAlah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan aku dan kau mengukir 1001 kenangan bersama………….



~TAMAT~

Karya: Muhammad Ajwad Mohd Suhaimi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...