Pages

May 6, 2011

Happy Birthday To Me~

Waaahhhhh~ Seronoknya! Hari ni genaplah aku 19 taun idup kat dunia ni. Perasaan bercampur baur sangat, ada rasa hepi, ada rasasedih, rasa risau pun ada - sebab takut amalan tak cukup sebelum ajal datang. Huhuhu...


Bila dah menjelangnya birthday ni kan, memang penuh la aku punya notification, semua friend tak kira yang aku kenal atau main add je, semua wish dari "Happy birthday, bro" hingga lah short form punya versi, "hb". Tapi aku tak kisah, janji diorang nak wish. Bukan selalu orang nak wish kita kan, sekali setahun je. (Yang ni aku tak kira orang yang lahir 29 Februari ye)

Hari ni, memang hari yang bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa, hari ni batch kitorang, yang dikenali dengan gelaran batch "Human Graphic" ni akan buat sedikit persembahan human graphic sempena Hari Sukan Kampus. Wahahahahaha~ Memang cuak jugak la masa keluar dari bilik ni, takut tiba-tiba ada prank ker; diorang campak aku ke bawah ke, bakar bilik aku ker, apa ker, manalah tau kan... Tapi, alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku.


Tapi kan, yang paling best sebenarnya, bila dapat mesej dari 3 orang yang aku sayang; family, kawan lama, ngan siapa lagi -awek la... Hahaha. Tu yang buat aku semangat sangat ari tu. Boleh dikatakan, aku tak perlu keluarkan sesen pun duit ari tu, sebab kawan-kawan sponsor makan. Terima kasih semua! Tahun depan buat lagi ek? Hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...