Pages

February 4, 2011

R.E.U.N.I.O.N : Prolog




Angin bayu malam mengusap lembut langsir di kamar yang hanya disinari lampu meja yang samar-samar. Sesekali mulut menguap, menandakan rasa mengantuk mula menguasai diri. Mata yang kian kuyu dibuntangkan memandangkan assignment belum lagi siap. Masa tu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa mengatuknya Azwan. Masa itu, ingin saja dihantukkan kepalanya ke dinding atau sekurang-kurangnya minum segelen kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

“Ah, mengantuknya. Baik aku online kejap, mana tau ada awek-awek hot sedang add aku ke.”

Masa untuk internet! Sekali buka, ada 40 notifications terpampang di skrin. Jenuh juga dia membacanya, tambah-tambah lagi mengantuk yang teramat menyakitkan saraf otak. Entah mengapa pada masa itu, hatinya begitu kuat untuk melawat group sainsku 12th generation. Tambahan pula, notifications menunjukkan ada beberapa post baru. Memang sejak akhir-akhir ini, dia begitu sibuk menyiapkan assignment yang semakin menghampiri tarikh akhir. Ada beberapa post yang kurang menarik pada malam itu. Tapi, ada satu post yang begitu menarik perhatiannya lalu menghilangkan rasa mengantuknya.

“Insyaallah kita akan adakan reunion, bagi yg dapat dtg, dijemput dtg, DUIT Xboh kira dolok, plg penting DATANG JANGAN X DATANG, mun da problem, contact no yg tertera di bawah... :D... diharap suma pat dtg, lmk dah x nemu ktk org...gne ndak ka upa???? “

Post dari Zahin terus mendapat respons dari yang lain. Azwan segera ke bilik Zai untuk berbincang mengenai reunion ini. Daus bersetuju untuk hadir tetapi Zai mengambil masa yang agak lama untuk memberi keputusan. Akhirnya, mereka bertiga bersetuju untuk bersama yang lain. Tambahan pula, post yang mengatakan Man akan membawa bersama si buah hati menguatkan lagi keinginan mereka untuk turut serta. Namun malangnya, bukan semua yang dapat join sekali. Bermacam reaksi diberi olah mereka, sama ada positif mahupun negatif.

Apa reaksi mereka? Ini dia…


Utara…
Azrul ingin sekali bersama mereka tapi memandangkan keadaan kewangan yang tak mengizinkan, dia terpaksa melupakan hasratnya itu. Bila dibelek-belek dompetnya, hanya kupu-kupu kecil saja yang keluar dari situ. Wang! Langsung tiada. Amri pula mengikuti rakannya untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan menjelang pada hari yang sama dengan reunion tersebut.



Labuan…

Handrick yang membaca post tersebut hanya tersandar lesu di kerusi. Kecewa yang teramat kerana tidak dapat mengikuti reunion tersebut. Lebih memedihkan, hampir semua Geng Batu Asah atau GBA hadir untuk bersidang. Dia hanya mampu menangis hampa sambil mendakap laptop kesayangannya.



Sarawak…

Bradley geram
Sampai hati tak ajak aku, getus hatinya geram. Dia segera mengambil handphonennya lalu menelefon Azwan.

“Helo, Azwan ni. Apehal?”
“Tak guna! Kenapa buat reaunion tak ajak aku. Kau memang nak kena. Kimen!”
“Laaa…. Kau telefon aku ni hanya semata-mata sebab tu ke? Kalau kau dah habis cakap, sekarang dengar pula cakap aku. KAU TU KAT SARAWAK, MACAM MANA NAK DATANG SINI! SEBAB TU LA TAK AJAK KAU. TAPI LAINLAH KALAU KAU DAPAT DATANG SINI, KAU TERBANG KE, KAU BERENANG KE, MENYELAM KE APA KE. APA LAH, FIKIRLAH LOGIK SIKIT!”

Bradley segera meletakkan panggilan. Azwan hanya tersenyum puas. Akhirnya dia telah berjaya kenakan Bradley yang menghantui dan memporak-perandakan hidupnya selama 5 tahun di sekolah dulu.


Amiratuz tiba-tiba rasa menyesal kerana pulang ke Sarawak cuti ini. Jika dia tidak pulang hari itu, mungkin dia dapat mengikuti mereka. Selalu juga dia memberi komen di post rakan-rakan yang lain.

“Kamek x apat join eh. Huhuhu…”

Yang lain tidak pula diketahui reaksi mereka. Apa yang pasti, program ini mesti diteruskan jua biarpun ramai yang mungkin tidak dapat menghadirkan diri.


Hari Kejadian:

KTM Seremban…

Azwan dan Daus menaiki KTM pukul 9.30 pagi. Ini gara-gara menunggu si Zainur bangun dari tidur. Rupa-rupanya, dia tidak jadi pagi bersama mereka berdua. Tambah menaikkan takat didih mereka berdua, Zai hanya memeberitahu selepas sejam kemudian. Mereka berdua terus bergegas ke stesen KTM Seremban. Di dalam KTM, para penumpang berhimpit seperti sardin cap King Cup. Azwan yang berbadan besar kini terlentang kaku di dinding. Bau badan para penumpang yang boleh dikatakan bertoksik membuatkan mereka berdua loya. Perjalanan sejam dirasakan terlalu lama, mengalahkan perjalanan dari Malaysia ke Zimbabwe dengan menaiki beca. Akhirnya, setelah tiba di Sentral KL, mereka berdua segera keluar untuk mendapatkan udara segar dan bersih. Mereka berdua menaiki bas bernombor 63 yang meluncur laju terus ke Sunway Pyramid.


Sunway Pyramid…

Di kejauhan, kelihatan Qucai membimbit beg Amal dan Lina. Dah seperti Paris Hilton dan Nicole Richie pula lagak mereka. Qucai pula, masih seperti dahulu, kelihatan innocent, bak kata orang putih. Azwan yang masih lagi pening hanya tersenyum saat mereka melimpas di hadapan dia dan Daus. Qucai yang sedar akan kehadiran mereka berdua lantas menghampiri mereka. Tak lama kemudian, giliran trio Rahmat, Mut dan Taha pula memunculkan diri entah dari mana sambil membawa beg. Kata mereka, mereka hendak tidur di PALAM, atau lebih dikenali sebagai Puncak Alam.

Mereka segera mendapatkan Bob dan yang lain yang terlebih dahulu tiba di situ. Habis semua tingkat diredah, tidak juga berjumpa, Mustahil juga kerana badan Man yang begitu menonjol tidak mungkin pula mereka tidak nampak. Bob sering menelefon mereka memberitahu tempat mereka makan iaitu Mac Donald. Tumpuan golongan ‘pengembara sesat’ ini terganggu dengan persembahan tarian naga yang menarik perhatian mereka. Dari restoran Burger King, mereka dapat menonton dengan jelas pertunjukan percuma itu. Dari sudut yang satu lagi, Bob dan yang lain segera menuju ke Burger King setelah berjaya mengesan kedudukan mereka. Rupa-rupanya, Syuk dan Ivy turut terselit di celah penonton tersebut. Yang menghairankan, sedari tadi mereka tidak perasan akan dua figura itu. Syuk mungkin kurang dapat dikesan disebabkan fizikalnya yang kecil seperti budak kecil, tapi Ivy yang tinggi lampai dan putih melepak mengalahkan pontianak Twilight tidak pula mereka perasan. Setelah berpelukan dan bersalaman. Masing-masing mula berborak panjang. Tapi, masih ada sesuatu yang kurang. Oh ya, Wan Abdul Rahman a.k.a Man!!!

Setelah beberapa ketika kemudian, barulah Man tiba sambil diiringi si jantung hatinya. Oh, rupanya inilah gadis yang dimaksudkan oleh Man sewaktu zaman sekolah dahulu. Boleh tahan juga orangnya. Fizikal Man memang berubah sama sekali, Cuma bukan berkadar songsang malah makin bertambah tembam, gemuk, besar, lebar dan sewaktu denganya. Azwan hanya ternganga tidak percaya akan peningkatan mendadak rakannya itu. BESARRRR PUUUNNNYYYYAAAA!!!

Setelah lama juga berborak, perut mula berkeroncong minta diisi. Mereka bersetuju untuk menjamu selera di KFC. Memandangkan hari tersebut cuti, maka penuhlah premis itu dengan lautan manusia lapar. Rahmat dan Taha mengambil keputusan untuk makan di tempat lain. Zaini dan Josper mula menghampiri Azwan, dengan harapan dia akan membelenja mereka berdua. Mut pula tidak terkecuali. Mereka berpecah kepada setiap kaunter kerana pesanan begitu banyak. Mut bertindak mengambil pesanan semua. Pekerja kaunter KFC terkejut apabila Mut memesan 9 set Snack Plate, seolah-olah Mut hendak menghabiskan semuanya sekali. Ivy hanya tertawa kecil melihat reaksi pekerja tersebut.

Meja yang ada disambung-sambung, seakan-akan meja di Dewan Selera Bestari. Sambil makan, semua melepaskan rindu dengan bercerita kisah terkini masing-masing. Bisingnya, tak perlu dikata kerana indeks pencemaran bunyinya mengalahkan bunyi bising di Kantin SainsKu semasa rehat. Setelah semua hampir habis makan, barulah si Mos tiba. Dengan lagak selambanya, dia beratur dalam barisan yang amat panjang. Man menjadi objek sasaran usikan rakan-rakan yang lain. Yang guru-guru pelatih pula sempat berbincang mengenai assingment bagi kursus masing-masing. Di sudut sana, Mos masih lagi menunggu…. Dan menunggu… dan menunggu… dalam barisan manusia lapar dan dahaga…

1 comment:

RZ said...

wann..sambung gik..haha..mun dpt,engkah juak gmba ckit2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...