Pages

November 12, 2010

Suatu Ketika

Baju kebaya moden bertaburkan labucci rona hijau epal masih terhampar kemas di atas katil, tidak berusik. Bunyi kanak-kanak sedang berlari-lari di halaman rumah jelas kedengaran dari jendela rumah. Kedengaran bunyi riuh dengan hilai tawa di ruang tamu. Ida masih termangu di hadapan meja solek, masih dengan baju yang dipakainya sejurus selepas mandi sebentar tadi. Hari ni hari perkahwinannya. Hari ini hari yang ditunggu-tunggu semua orang, kecuali si empunya diri. Dia sendiri pun tidak pasti sebenarnya, adakah piliihannya kali ini tepat, mengahwini abang iparnya sendiri? Ya… abang ipar, yang turut sama pernah merebut kasih dengan adik kandungya sendiri. Abang ipar yang mana sanggup menunggu Ida sehingga ke mati. Abang ipar yang banyak membantunya di saat rumah tangga mereka mulai dirempuh badai. Namun, jauh di sudut hatinya, kasih dan sayangnya hanya kepada arwah Zahin, suami yang banyak member kenangan, biarpun segala kenangan yang terukir pahit-pahit belaka. Itu tak pernah mengeringkan kolam cinta pertamanya kepada sang suami.

Foto perkahwinannya tiga tahun yang lepas ditatap penuh sayu. Tanpa disedari, air mata mula bergenang di tubir mata dan menuruni pipi yang gebu. Rasa rindu kepada arwah Zahin kembali memuncak. Malah, setiap kali si anak bertanyakan perihal si bapa, hatinya seolah-olah direntap tajam. Malah ada ketikanya dia hanya mampu terdiam. Apabila tiba waktu rindunya memuncak, dia akan mengunci dan berkurung dalam bilik, menangisi pemergian suami tercinta. Mak Leha hanya mampu berdoa semoga anaknya tabah menempuh ujian-Nya. Begitulah perihal Ida sehinggalah hatinya terbuka kembali untuk menerima kehadiran insan yang pernah mencintai dirinya. Syukri.

Sememangnya, Ida salah seorang anak dara yang diminati ramai di kampungnya. Malah, pernah suatu ketika tok ketua merisiknya untuk dijadikan isteri ketiga. Tapi hampa, Ida yang pada masa itu sibuk melanjutkan pelajaran masih tertutup hatinya untuk berkahwin. Mak Leha sendiri gusar sekiranya anaknya itu nanti tiada masa untuk mendirikan keluarga, seperti kakak-kakaknya yang lain.

“Ida, mak bukan apa, takut nanti mak kempunan nak tengok kau kahwin. Mak ni bukannya muda, dah nak sampai ke penghujungya pun.”

“Ish, mak ni. Ke situ pulak dia. Ida bukannya tak nak kahwin mak. Tapi mak tahulah Ida sekarang ni kan tengah belajar, lagipun Ida masih muda apa. Jangan risaulah mak, kalau ada jodoh tu takkan ke mana. InsyaAllah, bila waktu dah sesuai nanti, baru Ida akan kahwin.”

Itulah jawapan sterotaip yang diberikan setiap kali Mak Leha membebel. Kadang-kala, dipekakkan telinga mendengar leteran ibunya itu.

Syukri dan Zahin pula, tidak kurang hebatnya. Mereka menjadi igauan setiap gadis. Dalam erti kata lain, mempunyai pakej lengkap seorang lelaki; berwajah tampan, berbadan sasa, berpelajaran, bertanggungjawab dan paling penting warak dan berpengetahuan agama. Tambahan pula, mereka berdua adalah pewaris Mahligai Holdings, syarikat terbesar di Malaysia. Beberapa orang gadis pernah menggoda mereka, namun mereka tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir sebegitu, malah gadis-gadis tersebut turut diberikan tazkirah secara percuma oleh dua beradik itu.

Lamunanya terhenti apabila cuping telinganya menangkap bunyi pintu dikuak. Mak Leha dan Kak Ila masuk ke dalam kamar.

“Astaghfirullahalazim, budak ni. Belum bersiap lagi rupanya.”
Muka Ida yang basah dengan linangan air mata dikesat. Mak Leha kasihan dengan anak kesayangannya itu.

“Ida, mak tahu kau masih sayngkan arwah Zahin tu. Mak pun sayangkan dia, tapi hidup ni kena diteruskan. Arif dan Alif tu perluka kasih saying seorang ayah, Ida. Mungkin ini pilihan yag paling suakr dalam hidup Ida, tapi Ida kena terima Syuk tu
sebagaimana Ida menerima arwah dulu.”

“Sudahlah tu Ida. Ni semua kerja Allah. Hanya dia saja yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin dengan Syuk tu nanti, kau akan lebih bahagia.”

“Tapi kak, Ida masih sayangkan Abang. Selepas dia, tak ada siapa yang boleh menggantikan tempat Abang di hati saya.”

Memang pada awalnya, Ida tidak menyangka akan berkahwin dengan abang ipar sendiri. Malah, kedua-dua mereka tampak terkejut dengan keputusan ini, yang tertulis di atas wasiat arwah Zahin.


DUA TAHUN YANG LEPAS...

"Abang, abang janji pada Ida yang abang takkan tinggalkan Ida"
"Abang janji. Abang takkan tinggalkan Ida walau sesaat pun. Ida akan dekat di hati abang tak kira di mana jua abang berada."

Pada saaat itu, terasa hatinya bahagia sekali. Memiliki suami yang kacak, taat pada agama, bekerjaya dan begitu mencintai diri ini, nikmat yang jarang dirasai oleh wanita-wanita lain. Sumpah dan janji disematkan dalam hati, Ida akan menjadi seorang isteri yang solehah, InsyaAllah.

Namun, bukan semua mimpi akan jadi kenyataan. Panggilan telefon dari hospital sebentar tadi benar-benar menyentap hatinya. Siapa sangka, kucupan di dahinya pagi tadi bakal menjadi kucupan terakhir dari suaminya.

"Assalamualaikum.Ini nombor telefon keluarga Encik Zahin ke?"
"Ya, saya isterinya. Boleh saya bantu encik?"
"Puan, suami puan telah terlibat dalam kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal.Puan diminta datang ke hospital dengan segera."
"Ya Allah! Abang!!!"

Tanpa berlengah, Ida segera ke kamar untuk berkemas dan meluru ke ruang tamu. Malang tak berbau, ketika melangkah turun menuruni tangga, kakinya tersilap langkah lalu terjatuh dari tangga. Darah membuak-buak dan badan terasa semakin lemah. Pandangann samar-samar dan kian gelap...

"Puan, maafkan saya. Puan mengalami keguguran dan kami tak dapat selamatkan anak puan."
"Ida, Zahin dah tak ada nak. Bawa bersabar ya"

Air mata tak putus-putus mengalir. Batinnya menjerit-jerit kesedihan, namun tubunya masih lagi lemah. Ini ditambah lagi dengan berita kehilangan si suami dan keguguran anak yang merupakan satu-satunya tanda ikatan mereka berdua. Kini, kedua-duanya sudah tiada. Impiannya untuk mempunyai keluarga yang bahagia berkecai sama sekali.

Ida sering berkurung dalam bilik. Kadang kala makan, kadang kala tidak. Begitulah keadaannya setiap hari. Hidupnya seolah-olah tiada maknanya lagi. Keadaan ini berlarutan berminggu-minggu lamanya hinggakan keluarganya runsing. Akhirnya, Mak Leha menghubungi Syukri untuk menemani Ida. Pada mulanya, agak sukar Ida untuk menatap muka Syukri memandangkan mukanya seiras dengan arwah Syukri. Lama-kelamaan, dia makin selesa dengannya dan keceriaan yang hilang selama ini kembali menyinar di wajahnya. Mak Leha bersyukur kerana akhirnya Ida kembali seperti sedia kala walaupun dia masih lagi kelihatan murung kebanyakan masa. Nampaknya, Mak Leha perlu lakukan suuatu keputusan yang pasti akan memeranjatkan Ida.

"Ida, mak nak cakap sikit."
"Apa dia mak?"
"Sebenarnya, mak dah lama fikir pasal benda ni. Sejak Zahin meninggal, Ida asyik berkurung dalam bilik. Nasib baik Syukri ada. Jadi, mak berhajat nak ..."


KINI...

Ida mengusap perutnya dengan lembut.Tinggal 2 bulan lagi hasil perkahwinan keduanya dengan Syukri akan lahir melihat dunia ini. Siapa sangka, hubungan mereka yang dingin pada mulanya akhirnya mengecapi kebahagiaan yang tak mampu diungkapkan melalui kata-kata. Sebulan selepas mereka melayari kehidupan sebagai suami isteri, barulah hatinya mula terbuka untuk menerima Syukri dalam kamus hidupnya. Namun ,itu tidak sedikitpun memudarkan Zahin dalam ingatannya. Baginya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Syukri adalah yang terbaik buatnya. Terasa diri bertuah kerana dicintai oleh dua insan yang baik dan berhati muliad an berpeluang melayari bahtera perkahwinan bersama mereka berdua adalah satu anugerah yang tidak ternilai, sedikit sebanyak mendidiknya untuk menjadi isteri yang sempurna buat si suami. Namun, hatinya tetap gusar, gusar sekiranya dia akan kehilangan suami buat kali kedua. Tanpa dipinta, air mata mula bergenang.

"Bang, bang janji pada Ida yang abang takkan tinggalkan Ida..."

"Abang takkan tinggalkan sayang walau apa pun yang berlaku", Syukri pantas memintas kata-kata Ida lalu mengelap air mata yang mula menuruni pipi. Suatu ketika dulu, dia pernah kehilangan dua insan yang disayang, namun kini terubat dengan kehadiran dua insan baru dalam hidupnya.

3 comments:

janet said...

The article written by you very good, I like it very much.Cheap Chopard Watches

I will keep your new article.

epalpai said...

bila si JIWANG mula mengarang.haha

Azwan Azahari said...

Biasa la... mat jiwang nih... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...