Pages

January 30, 2012

BIG Oh BIG!


Fuhhh... bangun awal pulak ari ni, semangat nak pegi BIG. Bagi sesiapa yang tak taw apa tu BIG, BIG ni bukan besar tau, tapi Bina Insan Guru. Suma guru pelatih kena join kem ni, sebab ada markah. Karang tak pergi, tak dapat markah. Tak dapat markah, FAIL la maknanya...

BIG ni kira macam kem jugaklah, tapi santai-santai gitu. Hurmm... kitorang trip  kedua yang pegi BIG, taun ni buat kat Port Dickson. Dapat la buat babak ala-ala Baywatch nanti. Hehehe...

OK, dah kena gerak ni. Tugas aku belum selesai lagi. Kat sana kena jadi ketua bonzer (ketua keselamatan) and AJK LDK. Memang banyak la barang nak dibawak. Nasib baik kayak memang dah ada kat sana, kalau tak maunya diangkut sekali. Ingatkan nak bawak patung Angry Birds sekali, boleh la lastik ikan jaws kat sana nanti. Hehehe... Nantikan entri seterusnya... Jeng! Jeng! Jeng!

AAA : Offline kejap 2, 3 ari...

January 28, 2012

Indahnya Dunia, Tapi ... [Part II]



Indahnya dunia bila...

Pada suatu pagi yang hiruk pikuk dengan lautan manusia, masa  kita tengah boring-boring shopping dengan awek yang masuk keluar masuk keluar kedai satu per satu macam mall tu ayah dia punya, dahlah kita jadi pengikut, jadi driver rasmi, pulak tu jadi tukang angkut shopping bag yang banyaknya macam tak nak kasi orang lain beli barang kat mall tu je. Nasib baik sofa, peti ais, katil dia tak angkut sekali, kalau tak maunya terpaksa sewa lori nak bawa barang tu semua. Ahhh... lupa pulak entri asal, ok... masa kita tengah melayan kebosanan sambil memuncungkan bibir macam Angry Bird, tiba-tiba kita terserempak dengan member lama kita. Kira macam BFF jugak la, atau versi budak jantan punya, best buddy forever (BBF). Jumpa bukan main peluk lagi, siap nangis-nangis lagi (terpengaruh dengan drama TV), almaklumlah lama tak jumpa kan.

Tapi yang potong stimnya bila...

Member kita ni tadi dengan selamba dadahnya, siap dengan penuh lagak ngeri minta balik hutang makan cendol kat gerai Kak Senah masa zaman sekolah dulu. Pergghh... malu bai! Kalau cakap volume kecik takpe,  ni sampai cashier kat kaunter hujung sana boleh dengar, dengan serentak semua mata tertumpu kat kita. Masa tu rasa macam nak menyorok je dalam shopping bag awek kita tu. Nasib baik awek tak dengar, almaklumlah dah kena pukau dengan harga barang yang diskaun memang tahap murah macam lelong tepi jalan. Yang menambahkan pedih di pangkal jantung, dia siap bawak awek dia lagi, dan yang pasti, awek dia tu EX-GELPREN KITA!!! Oh tidak, masa tu nak tersenyum pun tak, nak marah pun tak, tunjuk je la muka awkward plus innocent gitu. Sebelum balik tu, sempat lagi bagi kita sakit hati (sebenarnya dia tak sengaja, tapi kita yang lebih-lebih emo pulak), dengan senyuman innocent gilernya tu, siap cakap macam ni:

"Eh, la... ni bekas awek ko rupanya. Rugi ko lepaskan dia beb. Dia lawa, baik, balik modal, tak macam awek ko tu, mengabis duit je tau. OK la, nak jalan-jalan ngan awek aku dulu. Bye!"

Huhuhu... malunya, mana aku nak sorok muka aku yang  suci dalam debu nih???
AAA : Senang citer, langsaikan hutang sebelum korang terserempak dengan ah long kehormat korang tu. Hehehe

January 26, 2012

Kami Tak Tinggal Atas Pokok!!!


"Eh, orang borneo masih ada yang tinggal kat atas pokok kan?"
"Eisyh, tak nak la aku posting kat Sabah-Sarawak tu, tak biasa la, nak redah hutan lagi"
"Weiyh, korang kat sana mesti kuat main jampi serapah kan?"
"Apesal kalau nak pergi ke sana kena lalu imegresen ah, bukan still dalam Malaysia gak ke?"
" Korang jangan jadi macam diorang, mundur, miskin pulak tu, macam tak ada baju"
"Kat sana ada head-hunter kan? Diorang makan orang macam kanibal ke?"
"Korang pergi sekolah pakai sampan, lalu jeram, masuk hutan?"

OK, inilah persepsi mostly orang semenanjung (saya ulang, MOSTLY) tentang kami masyarakat Borneo ni. Kadang-kadang, rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada... Adohai, manusia... manusia... kenapalah sempit sangat mentalitinya? Bukan salahkan mereka, mungkin mereka ingin tahu lebih mendalam... Tapi soalan yang menampakkan kesengalan yang tinggi di samping nampak sangat mereka ni lemah bab-bab pengetahuan am. Sabah dan Sarawak tu bukannya 100% pedalaman, pedalaman memang wujud tapi bandar malah bandaraya pun wujud. 

Sebelum itu saya ingin menjawab persoalan tadi satu persatu:
Tinggal atas pokok? Ingat kami ni Tarzan ka nak tinggal kat atas pokok, rumah kaum kami sendiri kan ada, buat apa nak tinggal atas pokok? Heih, masalah... masalah...
Kalau tak nak redah hutan sebab nak mengajar budak, tak payah jadi cikgu, menyusahkan je...
Jampi serapah? Tak mainlah bomoh-bomoh ni, kasi bujang senang NGAPPP kau sudaahh...
Pasal imegresen tu, baca balik buku sejarah Tingkatan 5 la, ada dalam tu...
Mana tau kami ni mundur, memandai je, dah pergi sana ke? Kalau belum, diam!
Head hunter tu zaman mana entah dah pupus dah pun, ni memang kantoi malas baca buku. 
Kalau nak merasa semua tu, masuklah Amazing Race ke, Explorace ke, apa ke...

Kita sering laungkan dengan penuh semangatnya, "jangan bersifat kenegerian!!!" walhal sifat itu masih lagi menebal di dalam jiwanya. Memang kenegerian itu perlu supaya generasi kita tidak lupa diri walau di negeri orang, namun bila sudah bercambah bersama-sama perkauman dan keagamaan, maka semuanya menjadi huru-hara. Kalau ditanya pada pelancong, apa yang best tentang Malaysia? Jawapan mereka tentulah keunikan suku etnik di Malaysia dan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama. Tahukah anda, warna-warni di Malaysia ini datangnya dari Malaysia timur; berbagai budaya, bahasa, agama mahupun bangsa.

Warna-warni Sarawak; pelbagai etnik, adat, bahasa mahupun budaya

Terus-terang saya katakan, pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini, saya terkejut melihat aura perkauman yang sangat kuat. Melayu dengan geng melayunya, cina dengan geng cinanya, india pula dengan geng indianya? Mana perginya 1 Malaysia? Mana? Adakah sekadar nama? Ataupun para pelancong dibutakan dengan lakonan kita semua selama ini?

Sebelum merdeka lagi kami warga Malaysia Timur ini telah mempraktikkan konsep 1 Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama, budaya mahupun sosial. Kerana itu, sehingga kini, sukar untuk diagak kaum yang mana menjadi penduduk majoriti kerana peratusannya yang hampir-hampir sama, malahan ada puluhan etnik besar (belum dicampur suku etnik cabang yang lain) memenuhi segenap pelosok tanah bertuah ini.
Ramai juga yang merungut kenapa perlukan passport, dan melalui kaunter imegresen walhal Sarawak sebahagian dari Malaysia. Adakah kalian buta Sejarah? Apakah kalian lupa perjanjian Sarawak sebelum memasuki Malaysia?

Tidak bolehkah kita hidup harmoni tanpa menyimpan tanggapan negatif antara satu sama  yang lain?
Kata kononnya 1 Malaysia, tapi kenapa kami sering disisihkan? Kenapa kami dilabel warga Sabah Sarawak? Apakah kami bukan warga Malaysia? Ramai yang kata kenapa perlu Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia? Lupakah kalian, kami hampir-hampir menjadi satu negara? Cuba baca semula buku sejarah sebelum membuat fitnah!

"Patutlah banyak kes buang bayi, orang kat sana yang buat, diorang kan sosial sikit, sebab tu banyak  maksiat kat sana". 

Wah, sampai begitu sekali tuduhan yang diberi. Kami mungkin kurang dari segi intelektualiti, tapi nilai-nilai murni kami masih terjaga. Di sana, cikgu disanjung dipuji,walhal di sana cikgu dihina dikeji! Cuba rujuk kembali statistik kes buang bayi seluruh negara, di mana yang yang tinggi bilangan kesnya? Tidak perlu saya katakan di sini, lihat sahaja sendiri...

Alhamdulilah, sepanjang saya belajar di bumi semenanjung ini, ramai yang saya kenali begitu mengagumi bumi Sarawak, cuma ada segelintir yang masih tebal tanggapan negatifnya terhadap kami. Kami hanyalah kami, tiada siapa yang mampu mengubah identiti kami, kerana kami bangga menjadi warga Malaysia Timur!
Kepada pembaca semenanjung, maaf, ini bukan provokasi, sekadar ingin meluahkan luka yang berdarah sekian lama sudah. Bukan semua, hanya segelintir yang membuat onar, fitnah dan persepsi yang sudah tidak tertanggung lagi bagi kami semua, seolah-olah kami ini tidak layak Kami tidak minta apa-apa, cuma terimalah kami seadanya...




                         
Biar apapun yang berlaku, saya tetap bangga menjadi anak jati Melanau, anak kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, dan warganegara Malaysia yang tercinta!

AAA : Tiada siapa yang mampu merubah asal usul kita, so jangan lupa diri

January 24, 2012

Bila Dah Bosan...

 
Bosan.... Adakah itu satu penyakit? Ataupun mainan perasaan semata-mata? Yang pasti bosan itu bukan jenama jajan yang dijual di tepi jalan. Menurut kamus dewan makan terbiar belakang rumah Kak Leha, bosan membawa maksud suatu perasaan yang tiada perasaan yang dapat ditonjolkan dengan muka selenga tahap lembu. Hurm...

Apa sebab-sebab bosan ek? Setelah membuat survey dengan menemubual orang-orang sekeliling (sambil berlakon sebagai wartawan sebuah stesen TV yang tak pernah wujud pun kat muka bumi ni), mereka memberi beberapa sebab yang boleh dikatakan diterima akal :
  • Takde mende pun nak dibuat
  • Entah... saja je nak rasa bosan
  • Asyik buat benda yang sama je tiap ari mana tak bosan
  • Bosan? Oh, yang lagu baru Stacy tu kan? Hehehe...
  • Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh, leceh ar
  • Nak keluar lepak, duit pokai, duduk la kat rumah sampai bosan
  • Aaarrrgghh.... aku bosan!!! Wuhuuuuuuu....
  • Takde teman ar nak ajak main
  • Awek/pakwe aku ni sungguh membosankan... Aku bosan, bosan tau tak!!!
Nampak? Ada sebab yang memang kita pernah rasa, dan ada sebab yang hanya orang gila saja boleh rasa. Kasihan. Macam mana nak cegah sindrom kebosanan? Kami ada caranya. Antara metodi yang boleh kita praktikkan adalah:
  1. Main kejar-kejar dengan kucing, dengan ajing lagi baik, mana tau dapat pecah rekod Usain Bolt ke, paling kurang pun Edward Cullen pun jadilah
  2. Rajin-rajinkan diri mencuci, menyental dan mengemop jalan raya, kalau ada kereta lalu je mop balik jalan tu sampai hilang rasa bosan korang
  3. Melalak sorang-sorang dalam bilik sampai pecah tingkap rumah orang sebelah, kompom lepas tu akan jadi meriah dengan sumpah seranah dan maki hamun
  4. Korang menjerit mintak tolong sambil buat-buat muka cemas + tambah simpati + air mata (air mata jangan lupa, aset mahal tu), pastu bila ada orang nak tolong buat-buat muka toya macam takde benda yang berlaku, kompom akan ada babak kejar-mengejar macam citer Transporter tu
  5. Kira berapa helai rambut korang ada sampai habis, kalau salah hitung mula balik (jangan guna teleskop ataupun kanta pembesar ya!)
  6. Pegi online kat Facebook pastu like semua post dan komen yang ada (kalau korang like virus tu nasib la)
  7. Tak pun, korang bagi komen yang kontroversi sikit, kasi berapi sikit kat fb tu, kalau boleh biar sampai bergaduh sampai hilang kebosanan
  8. Korang call la member-member korang konon-kononnya nak buat panggilan hangit kat diorang, mesti syok gila
  9. Bagi yang suka ambik gambar tu, korang ambik la gambar seberapa banyak yang mungkin, biar sampai meletup kamera pun takpe, janji kepuasan betul tak?
  10. Opsyen paling last, pegi la blog ni, baca entri sampai habis. Hehehe...
Ok, rasanya aku pula yang bosan sekarang. Tapi tak apa, anda boleh praktikkan benda ni kat mana saja; di rumah mahupun di gua, bila-bila masa saja; waktu paling afdhal tengah-tengah malam buta. Bila anda sudah praktikkan, boleh berikan feedback di ruang komen. Selamat mencuba!

January 22, 2012

5 Cara Nak Usha Awek


OK, sapa kat sini dah ada awek, sila angkat bulu kaki? Oh, nampaknya semua belum ada awek. Ok, tak apalah,kat sini aku nak kongsi 5 tips nak usha awek. Dijamin berkualiti, siap ada cop SIRIM lagi tau. Are you ready? Ready atau tidak, bolos saja dinding itu... Ooops, sori terbabas sikit. Hehe...

1. Cakap terus terang kat si dia

Ni kira step yang paling 'berani mati' punya, sebab kalau kena reject, memang akan menanggung malu besar, lagi berat dari beras 1 tan.  Seriously, menang kita perlukan  semangat dan kompiden diri yang tinggi. Kalau nampak macam dia ada bagi can tu, apa tunggu lagi, approach la dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape. Tapi jangan terlalu banyak tanya mengalahkan penemuduga, nanti dia meluat dan ingat kita nak naik bulu pulak. Tanya sikit-sikit jeyang lain tu tanya kemudian. Bak kata nenek aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

[Amaran : Sapa-sapa yang nak guna taktik ni, bersedia untuk direject macam assignment, cuma dia tak baling korang ke dalam tong sampah je lah. Kalau dia tak nak, nak buat macam mana, cintak tak boleh dipaksa kan?]

2. Hantar surat, memo atau nota cinta

Taktik ni agak kuno berbanding guna SMS atau internet, tapi ada nilai-nilai nostalgik yang tinggi . Lagipun, cara memang sesuai bagi yang lemah semangat dankurang keyakinan diri tu. At least kalau kena reject pun, tak adalah malu sangat. Kita nak mengais bagai nak rak sampai basah lecun kertas tu pun bukannya dia tau. Its better la kalau tulis la sendiri, kalau boleh selitkan sekali seni kata lagu jiwang popular. Kat bawah tu buat footnote sikit.Kalau tak reti tulis, Mintak tolong orang yang lebih makan garam, maksud aku kat sini bukan suka habiskan stok garam kat rumah ya tapi yang banyak pengalaman.

[Amaran : Jangan tulis over sangat, nanti karang tak pasal-pasal korang kena cop psiko gila kentang. Tak ke menyusahkan diri kena kejar ngan polis sebab buat sexual harrassment ngan stalking orang]

3. Jadilah Pak Lawak

Selalunya awek-awek ni  suka kat lelaki yang kelakar so, kalau korang kenalah jadi pak lawak. Tapi tak semestinya korang kena pergi audition Raja Lawak ke apa, baru dikira lawak, tidak sama sekali. Joke ni selalu datang secara spontan. Kadang-kadang kita tak buat lawak pun, diorang boleh lawak sampai berguling-guling macam tenggiling, maybe geli hati tengok tingkah laku kita, tak pun dengan ekspresi wajah kita yang berubah secara spontan. Lawak tak semestinya melalui mulut, tapi pergerakan kita,ekspresi kita. Try your best, tapi kalau yang memang tak ada langsusng sense of humor dalam diri korang tu, baik tak payahlah, takut nanti bunyi cengkerik je yang keluar, bunyi ketawa tak ada. Malu beb!

[Amaran : Jangan buat lawak melampau, dan jangan ada unsur-unsur XXX. Lain pulak jadinya nanti, karang tak pasal-pasal baldi hinggap kat dahi]

4. Jadilah gentleman

Tanyalah mana-mana perempuan kat dunia ni, diorang mesti cakap diorang memang minat sangat kat lelaki gentleman ni. Tambah-tambah lagi, lelaki spesis ni dah pupus sama dengan dinasour dulu. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip. Kalau dia nak balik tiba-tiba hujan, payungkan dia. Ala,macam dalam drama tv tu la. Kalau dia pengsan, jangan dibiarkan saja kat tepi jalan, bawak la pegi klinik or hospital. Tiba-tiba dia kena ragut, kejar peragut tu, bukan jadi tunggul sambil buat muka selenga je. Tunjukkan yang kita betul-betul amik berat pasal dia . Sifat-sifat macam ni  boleh bikin hati diorang cair macam susu cap junjung.

[Amaran : Jangan pulak terlalu gentlemen, mana tau dia saja je nak amik kesempatan. Kita nak cari bini, bukan jadi kuli]

5. Be Yourself

Ini yang paling penting! Tak payahlah nak berlakon jadi alim ke, baik ke, ataupun berlagak macam orang educated tapi yang sebenarnya yang adooo.. Senang cerita, tak payah nak berlakon la, kalau nak berlakon, pegi uji bakat Pilih Kasih lagi baik.  Mana-mana yang buruk tu, kita ubah. Mana-mana yang baik, kita upgrade kan. Tak payah nak sibuk nak berlakon, nanti kantoi jugak. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia bengap juga. Better diri sendiri sebab kita semua ada keistimewaan masing-masing. Lantaklah kalau kita ni pelik lagi die hadr freak, asalkan dia dapat terima kita seadanya...

[Amaran : Memang la dia kena terima kita seadanya, tapi kalau kita ni jenis yang kedekut bagai nak rak, selekeh sampai baju pun berkulat, makan pun bersepah atas meja, tu memang mintak hentak kat siling kepala tu kasi adjust sikit medula oblongata tu.]

Dah habis membaca? Kalau dah, apa tunggu lagi, cuba praktikkan. Kalau sega nak peraktikkan dengan awek, dengan anak permepuan jiran sebelah pun boleh, tapi pastikan dia bukan bini orang, kalau tak bersepai gusi kat lantai. Tak pun, try kat kucing betina, tengok kena cakar ke tak, kalau tak ertinya korang dah master 5 tips ni. Selamat mencuba!

AAA : Dulu masa praktikkan cara ni, mak cik jual cendolseberang jalan pun terpikat... hehehe...

January 20, 2012

The One That Got Away


Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on (Whoa)

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]
The one that got away

[Bridge:]
All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
It can't replace you with a million rings (Nooooo)
I should've told you what you meant to me (Whoa)
'Cause now I pay the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

Selamat Bercuti !!!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah dari yang rendah hinggalah menengah, dan juga para guru dan guru pelatih seluruh Malaysia...


Ambil peluang di masa cuti ni untuk eratkan lagi hubungan sesama famili, keluar dengan kengkawan, rehat secukupnya. Tapi jangan lupa siapkan kerja rumah sikit demi sikit, taklah susah di kemudian hari. Hati-hati di jalan raya, di rumah dan di mana-mana saja. Enjoy your holidays!

AAA : Cuti ni tak balik.... T_T


January 18, 2012

Apesal Nak Jadi Cikgu?


Habis SPM, 2010...

A : Wan, ko pastok mok mintak apa?
B : Aku ka, ku mintak masok maktab.
A : Hah, maktab? Ko mok jadi cikgu ka?
B : Aok la, kenak?
A: Ish, sik best jadik cikgu ya. Mun aku, sik mok aku. Gus ku jadi engineer ka, doktor ka.
B : Lantak kwu la, janji ko bahagia.
A : Kenak ko mok jadi cikgu Wan?
B : Sebab...
[Kalau nak translate, boleh translate di Google Translate atau e-Kamus]

Jangan betulkan skrin korang, memang aku taip tak habis, sebab aku nak tinggalkan persoalan tu kat korang. Apesal korang nak jadi cikgu ek? Soalan ni familiar sangat, even masa interview pun panel ada tanya soalan yang sama,  tapi jawapan dia paling susah kita nak cari. Sebab apa, jawapan yang kita cari tu akan keluar sikit demi sikit dalam proses pemerguruan kita. Buat masa sekarang, mungkin ada jawapan dalam minda kita, tapi adakah itu semua benar atau hanya propaganda diri yang sekadar berpura-pura? Bila orang tanya, ada macam-macam jawapan yang kita bagi, antaranya :

Saya suka kanak-kanak ni (kalau tak jadi cikgu pun boleh suka kanak-kanak, betul tak?)
Sebab cikgu ada banyak cuti (ingat, cikgu boleh dipanggil bekerja masa cuti tanpa notis)
Sebab nak berkongsi ilmu dengan orang lain (walhal dialah orang paling kedekut ilmu kat dunia ni)
Gaji cikgu kan besar (gaji besar pun, harga barang semua dah naik, tak ada bezanya)
Nak luaskan ilmu pengetahuan saya (walhal malas membaca isu semasa, apatah lagi buku)
Saja je, nak rasa cabaran jadi cikgu (baik jadi pakar bedah je, lagi mencabar)
Entah, saya pun tak tau ( @$r#%@&@ )

Tapi, ada satu jawapan yang memang sejujur-jujurnya yang kebanyakan orang dari masa interview tu bagi. Even panel penemuduga pun dapat rasa kejujuran dalam jawapan diorang ni.  Saya ingin kongsikan satu jawapan dari seorang rakan seinterview saya...

"Sebab mak ngan abah yang suruh masuk maktab. Saya pun tak nak sebenarnya, saya nak apply USM, tapi mak ngan abah suruh jadi cikgu. Saya pun tak minat jadi cikgu ni..."

Alhamdulillah, mungkin rezeki dia, dia terpilih masuk ke IPG (course dan kampus tidak boleh dinyatakan) , and guess what? Dialah antara pelatih yang paling outstanding kat situ. Nilai-nilai keguruan dia terserlah satu per satu, sampai semua cikgu memuji dan even senior respect dengan dia yang sorang ni. Last-last, hati dia terbuka nak jadi cikgu.

Yang lain, ada yang lambat masuk kuliah, ponteng perhimpunan, lambat hantar assignment, malas study, tapi bila elaun lambat masuk melenting mengalahkan yang buat kerja. Belum jadi cikgu, dah makan gaji buta. Sebab tu cikgu-cikgu macam ni selalu terpampang kat dada akhbar, kes apa? Kes rogol pelajar, belasah murid sampai mati, gelapkan duit sekolah, tak masuk kelas masa Guru Besar tak ada dan macam-macam lagi, walhal masa interview bagai nak rak jawapan dia, panjang berjela macam pidato yang yang adooo...

Bukan semua yang berperangai macam ni, ada lah tapi tak ramai. Yang lain saya pasti memang berpotensi menjadi guru yang berkualiti, cemerlang dan ada etika keguruan yang tinggi.Bila kita tengok balik,  orang dah mula hilang hormat ngan guru, malah ada yang dikutuk, dihina,diherdik, malah diludah macam anjing kurap kat tepi jalan. Sebab apa? Sebab kuman-kuman yang kononnya nak jadi cikgu yang gajinya besar, cutiyna banyak, suka berkongsi ilmu, bla bla bla and so on ni tadi lah.

Saya minta maaf kalau ada yang terasa atau tak setuju dengan apa yang saya katakan. Tapi ini berdasarkan pandangan peribadi saya dan pemerhatian saya sendiri. Kalau anda ingin berkongsi pendapat, boleh la diutarakan kat komen di bawah. Terima kasih.

AAA : Saya bangga menjadi guru...

January 16, 2012

Sisi Gelapku


Tengah hari tadi baru saja habis buat meeting untuk BIG (bagi sesiapa yang tak tahu, BIG tu Bina Ihsan Guru) dan lawatan kitorang untuk subjek SCE3101, Hidupan dan Proses Kehidupan. Memandangkan aku ni pengerusi projek, so aku kena handle meeting, meeting and more meeting. Aku rasa semua orang yang pernah jadi ketua memang dah sedia maklum yang kalau nak buat meeting ni memang payah, walaupun kita buat meeting dengan classmates sendiri.

Bila dah dekat nak tiga tahun duduk dalam kelas yang sama, semua dah mula naik kepala, tak kurang juga yang mula hilang respect dengan kita. Bayangkan, aku tengah bagi taklimat kat depan dia boleh pulak bercakap-cakap kat belakang, nyaring lagi tu, siapa tak bengang beb! Lagi-lagi yang buat hal tu kawan sendiri. Kalau nak ikutkan hati, memang tak pasal-pasal stapler tu hinggap kat dahi, ada pulak kawah terbentuk kat dahi tu. Tapi sabar saja lah, walaupun mata dengan muka dah merah menyala menahan geram. Aku rasa, dah dua taun dah aku tak meletup macam gunung berapi melainkan zaman sekolah dulu. Kawan-kawan aku memang tau aku ni emosional lebih sikit dari rasional. Sebab tu aku lebih suka jadi AJK biasa berbanding jadi ketua ataupun penolong ketua.

Ketua yang memimpin, bukan dipimpin

Bukannya aku nak merungut ataupun apatah lagi nak mengeluh, tapi... entahla. Maybe sebab sem ni terlalu pack untuk aku, memandangkan aku pegang semua jawatan penting bagi setiap aktiviti. Turn kelas aku untuk BIG 30 Januari selama 4 ari kat Port Dickson. Dua minggu lepas tu kitorang target nak buat lawatan SCE3101 tu kat Taman Wetlands dan Taman Botani, insyaAllah. Dua minggu lepas tu pulak, kitorang kena buat PBS (pengalaman berasaskan sekolah). Aku buat kat Kuching memandangkan minggu selepasnya cuti pertengahan sem.

Dua minggu lepas cuti tu pulak, aku terlibat dengan Minggu Kesenian Islam anjuran lajnah kitorang (Lajnah Kesenian dan Warisan Islam PGPI). Disebabkan kitorang jemput sekolah menengah dan rendah join, so aku selaku setiausaha a.k.a AJK tertinggi pengelola kena 'melesapkan diri' dari kuliah buat beberapa hari bagi memantau aktiviti yang dijalankan berjalan lancar. Dua minggu lagi lepas tu ada buat aktiviti untuk pelajar-pelajar Borneo, maybe stay out kat Ulu Yam ataupun Jempol selama dua hari. Aku pulak kena uruskan hal-hal pengurusan menadangkan aku ni naib pengerusi. Pastu, dengar kata, dua minggu lepas tu pulak, ada festival sukan peringkat kampus. Kelas aku memang kompom la dapat tugas angkut-angkut kerusi meja semua. Tu memang kerja kitorang sejak azali lagi.

Tanpa komitmen dan sokongan anak buah, siapalah ketua...

Fuuuhhh... memang pack kan? Bila fikir balik, nak je aku lepaskan semua jawatan tu, tapi disebabkan nak laksanakan amanah yang orang bagi tu, kena pikul tanggungjawab tu sebaiknya lah. Seriously, aku takut, bila aku memimpin ni, sikit demi sikit sisi gelap aku tu datang balik. Aku ni orang yang cepat hilang sabar sebenarnya, walaupun senyuman dan ketawa guling-guling tu trademark aku. Kalau aku dah marah, aku memang akan marah kaw-kaw punya sampaikan boleh bergaduh.

Satu lagi, aku ni pantang ditegur. Walaupun memang terang lagi bersuluh yang aku ni salah, tapi aku tak suka ditegur, lagi-lagi bila aku tengah hot and spicy, memang pantang. Bila aku dah cool sikit, baru la kewarasan minda aku tu kembali normal dan dapat happy macam biasa. Aku tau masih banyk benda yang aku perlu belajar sebagai seorang pemimpin. Takkan nak jadi pak turut je seumur hidup, kena la memimpin sekali sekala kan. Nak jadi ketua bukannya senang. Kalau senang, mesti semua berebut-rebut nak jadi ketua, betul tak?

Ketua kena pastikan anak buah tak tersasar dari objektif aktiviti

Aku harap aku tak pegang apa-apa jawatan untuk BIG ni nanti. Aku penat. Penat layan kerenah manusia yang memang memenatkan ni. Stres sentiasa ikut aku kat mana saja aku pergi. Maybe sebab tu aku ni ada darah tinggi kot. Nanti karang tak pasal-pasal ada anak orang masuk ICU aku kerjakan.

Aku nak ambik kesempatan ni nak mintak maaf kepada clasmates aku, Science GaGa atas kekasaran aku. Aku cuma mintak dua benda saja; kerjasama dan rasa hormat dari korang. Aku pun tak suka nak marah-marah tapi terpaksa jugak kalau itu dapat buat korang ikut cakap aku.
Sorry, sorry and sorry again...
Azwan Lai Azahary


AAA : I'll try my best to be a good leader to all of you, but please give some commitment and support...

January 14, 2012

7 Cara Mujarab Menghilangkan Stres

Stres, depression, dan tension... Tiga perkataan ni berbeza dari segi ejaan,tapi membawa makna yang sama, yakni tak lain tak bukan tertekan atau tekanan jiwa. Kira stres ni sepupu sepapat kepada gila la cuma belum sampai tahap tu lagi. Hehehe...

OK, memandangkan semua dah curious tahap kentang goreng, so kat sini disenaraikan 7 tips bagaimana nak hilangkan stres dengan cepat, murah dan mudah!
  1. Pejam mata rapat-rapat, pastu tarik nafas sedalam-dalamnya, kalau boleh sampai paru-paru rasa macam nak pecah berderai. Lepas tu, dengan perlahan-lahan hembus nafas anda. Tapi awas, pastikan anda hembuskan nafas anda saja, bukan dengan isi perut yang baunya er... er.... undescribable tu keluar sekali.
  2. Take a nap for about 5 minutes. Jangan lama sangat, nanti terlanjur memang terlelap habis punya. Kalau dah mimpi best-best tu, lagi-lagi bila dah tidur mulut ternganga seluas angkasa, memang liat nak bangun balik. Asalkan jangan hibernate terus sudah. Ingat, 5 minutes only!
  3. Pergi ke tempat lapang, contohnya padang, tasik ataupun bukit. Ambil tenaga anda pastu jerit sekuat-kuat hatinya, sampai terpelanting anak tekak dengan biji halkum pun takpe, jangan anda puas! Tapi ingat, buat di tempat yang tak ada orang saja, sebab kalau buat benda ni di kawasan kejiranan, tak pasal-pasal senduk kayu hinggap dahi, pastu periuk belanga hinggap kat pipi.
  4. Ketawa adalah penawar yang terbaik. So, anda bolehlah baca komik lawak macam Apo?, Ujang ataupun Lawak Kampus dan sudara-maranya yang lain. Memang komfom anda akan ketawa tak kering gusi sampai air liuh meleleh mengalahkan biawak komodo. Itu belum masuk yang ketawa siap berguling-guling lagi, habis semua debu kat atas lantai disapunya.
  5. Yang ini boleh dikatakan cara yang agak ekstrem juga, yang mana memerlukan isi perut yang banyak lagi padat lagi jitu, yakni membuang air besar atau nama saintifiknya berak. Adalah orang cakapyang kalau berak ni, lagi-lagi kalau berak tak lawas, masa nak teran tu memang masa yang agak sesuai nak lepaskan rasa geram, sedih apatah lagi stres. Bila dah lepas je, memang nikmat yang tak terungkap rasanya.
  6. Jangan lupa pada yang maha Esa. Ini masa susah je Nak ingat Tuhan, masa senang jangankan nak sembahyang ataupun berdoa, nak ingat Tuhan pun susah. Betul tak? Berdoalah pada-Nya, minta dipermudahkan semua urusan kita di dunia ni.
  7. Opsyen terakhir, yang ni memang mudah tapi perlukan sikit duitlah. Hempaskan kepala anda di atas meja sampai berdarah mencurah-curah macam air terjun, pastu pastikan anda ungkapkan ayat ni dengan nada yang penuh rendah diri dan menyesal:
"Bodoh, yang aku ikut jugak cakap dia nak hentak-hentak meja ni apa ke jadah? Kan tak pasal-pasal dahi aku yang licin ni scratch macam CD cetak rompak!"

Haaa... kan dah cakap, opsyen yang last sekali tu memang praktikal tapi terpaksa keluarkan sikit duitlah.  Yelah, nak bayar duit beli ubat sapu luka kat dahi tu. Hehehe...

AAA : Entri ni cuma gurauan semata-mata. Yang last sekal tu jangan sesekali dipraktikkan! Tapi yang no.9 tu wajib!

January 12, 2012

Darah Oh Darah!


Hari ni buat pertama kalinya aku memecah rekod aku dengan memberanikan diri untuk dermakan darah aku yang tak seberapa ni. Sebenarnya aku tak adalah nak dermakan darah ni sangat, memandangkan aku ni fobia tahap gaban dengan jarum dan apatah lagi darah.
Masa mula-mula masuk ke gym, tengok ramai orang tengah beratur kat kaunter sebelum menderma darah. Rasa cuak dah makin membelenggu, air mata tiba-tiba rasa nak keluar, masa tulah rasa takut aku datang balik. Lepas register, perlu pegi 3 kaunter terlebih dulu sebelum ke katil 'maut' sebelum darah dicabut dari tubuh.

Kaunter 1 : Ukur berat badan
Kaunter 2 : Blood grouping
Kaunter 3 : Blood pressure test

Masa kat kaunter 1, still takde masalah. Aku baru je tau berat badan aku naik 7kg. Almaklumlah, baru naik cuti kan. Nanti joging la nak kasi turun balik berat badan. Kat kaunter 2, fobia bermula. Kan sebelum nak tau kita ni ada darah jenis apa, diorang akan 'tebuk' jari kita dulu. Walaupun benda tu tak menyakitkan, entah kenapa bila sampai turn aku je, rasanya menyengat hingga ke pangkal hati. Sikit lagi air mata nak keluar, nak menangis malu. Tiba-tiba rasa menyesal pulak nak derma darah. Nak patah balik tak boleh pulak. Classmates dah berjaya halang aku dari mengundur diri. Takpe, at least aku tau aku ni darah jenis apa... O!!! Lebih 3/4 dalam kelas kitorang yang berdarah O, yang lain berdarah AB ngan B je.

Seriously, aku memang takut dengan jarum, sampai dapat nightmare kot.

Tiba je kat kaunter 3, masalah pun bermula. Doktor yang tengah check blood pressure terkejut. Dengan suara yang lantang dan jelas, dia cakap macam ni.

"Dik, tingginya b.p. adik! 140/90! Adik ni ada sakit apa-apa ke?"

Bayangkan, dalam masa yang sama, semua mata kat dalam gym tu terarah tepat kat aku. Aku just mampu tersenyum macam kerang busuk. Last-last, akak senior kat belakang aku tolong back-up aku...

"Maybe dia stres tu kot doktor."
"Siapa yang tak stres, cuba bagitau"
"Ala doc, diorang baru start degree tu. Terkejut assignment tiba-tiba melambak kot."

Terima kasih kak! Memang tak dinafikan la, sejak dua menjak ni aku stres sebab banyak sangat benda nak dibusykan, tak kira akademik ataupun jawatanyang dipegang. Next week la kot nak check kat klinik, mana tau ada apa-apa ke. Doktor tengok aku atas bawah atas bawah, macm tak percaya aku dapat darah tinggi dalam usia yang agak muda. Walaupun aku sebenarnya tak berapa nak layak nak derma darah, tapi doktor yng sorang lagi tu bagi jugak aku derma.

Seriau kot masa ni, lagi-lagi masa nak cucuk jarum tu
Aku terus meluru kat katil 'maut' yang aku takuti dari dulu lagi. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku baring atas katil tu, menunggu masa lengan untuk 'ditebuk' oleh kakak-kakak nurse yang memang peramah. Hilang sikit rasa gugup kat dada. Alih-alih, dah habis dah. Mungkin sebab tekanan darah tinggi sangat, darah laju je penuhkan paket tu, macam mat-mat rempit je aku tengok. Asalnya aku sepatutnya derma dua paket darah, tapi sebab kesuntukan masa nak masuk Zohor pulak masa tu, so ambik satu paket je la. Tengok darah sendiri dalam paket pun rasa macam nak pitam, fobia tahap kronik punya angkara.

Lepas penuh dah paket darah tu, kitorang tak boleh terus bangun. Kena berehat dalam 15 minit macam tu, atas langkah-langkah keselamatan. Mana tau tetiba je pengsan kat tengah jalan, siapa yang susah? Diorang jugak. Aku pun tersandar lesu dengan muka pucat lesi (kalauditoreh sekalipun, memang takkan keluar darah pun) sebab rasa seriau masih belum reda. Nasib baik ada classmates yang setia kat sisi aku untuk diajak berbual. Diorang sebenarnya bukannya nak temankan aku sangat pun, diorang cuma nak tengok reaksi aku sebab diorang semua tau yang aku ni takut darah ngan jarum. Disebabkan aku suka kacau diorang kat kelas, kiranya nilah masa diorang nak balas dendam - tengok muka aku pucat lesi bila tengok jarum sudah memadai untuk diorang
Apa-apapun, semuanya dah selesai. So, aku kena makan banyak balik sebab nak ganti balik darah. Apa taknya, balik ke bilik pun kena papah, sebab kaki dengan tangan dah kebas. Petang tu pulak ada kelas, aku gagahkan jugak dengan kaki aku yang terketar-ketar tu.
Pengalaman ni tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Lain kali, maybe... maybe la aku akan derma darah lagi. Maybe... Pesanan akhir dari aku:


AAA : Rasa fobia dengan darah dan jarum tetap ada kat dalam diri aku (T_T)

January 9, 2012

Semester Baru, Cabaran Baru!


Semester baru masa degree ni baru saja bermula, tapi dah berbakul-bakul tanggungjawab yang aku perlu galas. Tak habis satu per satu jawatan diberi kat aku. Tapi nak buat macam mana, dah orang dah bagi kepercayaan dan amanah kat kita, so kenalah ambik dengan penuh tanggungjawab.

Pagi tadi masa tutorial, tutor merangkap lecturer paper SCE3101 nak buat satu lawatan, katanya nak kaji pasal pembiakan tumbuhan. So, kitorang kena lantik AJK projek, macam biasa. Tup tup, nama aku dicabut untuk jadi pengerusi. Aku tergamam, tersentap, terpana dan terpaku seketika. Nak kata happy pun tak, nak kata sedih pun tak.

Tak lama lepas tu, lepas Zohor tadi, ada pulak meeting untuk Minggu Kesenian Islam. Wah, ada banyak benda yang aku kena update, almaklumlah setiausaha. Banyak benda kena diuruskan ni. Surat jemputan lagi, surat mohon kebenaran lagi, banyak lagi surat la. Dah namapun SU memang la banyak menaip. Oh Aspire One ku sayang, sudikah kau menemaniku sepanjang sem ni?

Tak cukup tido la gamaknya sem ni...

Hurm, dapat ke aku nak jalankan tanggungjawab aku ni? Pernah jugak terlintas kat hati aku, nak tarik diri sebab belum ready lagi tapi kali ni mana boleh main tarik diri lagi dah, dah setahun lebih dah study kat sini takkan tak ready ready lagi kot. So, demi tak menghampakan kehendak orang lain, aku terima dengan tangan terbuka dan aku anggap ni sebagai satu cabaran untuk aku memimpin rakan-rakan yang lain.

InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab aku. Kalau aku gagal memimpin sekalipun, aku jadikan tu sebagai peringatan aku di kemudian hari. Kalau aku berjaya, pada masa akan datang aku kena berusaha lebih kuat lagi. Yelah, kata nak jadi cikgu, so kena la sentiasa improve dari semasa ke semasa.

Banyak lagi jawatan lain yang aku pegang, tapi cukuplah setakat tu. Nanti kata aku ni menunjuk-nunjuk pulak. Apa-apa pun, wish me luck ok!

AAA : Bukan gila kuasa ek!

January 7, 2012

Resepiku : Kacang Botak


Korang pernah tengok kacang botak? Dah namanya botak, memangla kacang tu bulat, licin lagi gebu. Hari ni Chef Lai akan bawakan resepi kacang botak.

Bahan-bahan yang diperlukan ye...

400 gram kacang tanah
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
5 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam

Bila dah preparekan semua bahan-bahannya, meh kita try buat pulak. Cara-caranya :

  1. Pukul telur dan gula hingga gula tu hancur.
  2. Masukkan kacang ke dalam besen
  3. Masukkan 1 sudu besar adunan telur ke dalam besen kecil tu tadi dan shake adunan tu sehingga kacang disaluti telur.
  4. Taburkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam besen kecil tadi dan shake hingga kacang disaluti tepung.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga tepung menyaluti kacang sepenuhnya (berapa tebal mengikut cita rasa masing-masing)
  6. Setelah siap goreng kacang hingga masak.
  7. Kacang botak siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba semua!

 
 
  

January 5, 2012

Novelog : Ruang Hati [Bab 2]



Sedari tadi dia cuba untuk tidur, namun tidak berjaya.  Kegelapan malam sudah semakin pekat namun matanya masih lagi celik dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk lelap.  Adik kesayangannya, Aqmal sudah lena tidur di sebelahnya. Zahara kelihatan comel apabila tidur , bantal peluk Angry Bird dipeluk erat. Sesekali terpancar senyuman sekilas di bibirnya. Mimpi indah agaknya, getus Fatin sendirian.

Rambut si cilik diusap perlahan. Wajahnya yang putih mulus dan . Senyuman pendek terukir di bibir, tiba-tiba air mata yang mula menuruni pipinya. Kening dikerut sedikit menandakan dia mengalami mimpi buruk.  Aqmal tersedar dari lena lalu mula menangis.Fatin yang yang baru sahaja angkat kaki kembali di sisi adiknya yang merengek kecil. Lagu ‘Bunga Matahari’ mengiringi dodoiannya. Mata si cilik mula terpejam rapat dan kembali lena dibuai mimpi. Fatin menguap beberapa kali, sudah tiba masanya untuk tidur. Kuliah akan bermula awal esok pagi.

Sony Galaxy yang terletak kemas di atas meja lampu dibelek-belek. Beberapa kali inbox dibuka, kalau-kalau ada sebarang mesej diterima. Dia mendengus hampa, lantas  handphone diletakkan kembali. Beberapa saat kemudian, handphone dicapai sekali lagi namun hampa, tiada mesej balas yang diterima. Maybe dia dah tak nak aku lagi dah, getusnya sendirian.

Dia tidak menyalahkan Irwan sekiranya dirinya ditolak. Bukan dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengannya suatu ketika dulu. Mereka berdua bertemu buat kali pertama empat tahun yang lalu. Itupun pertemuan mereka hanya sebentar, semasa menjemput abangnya pada hari terakhir persekolahan abang sulungnya selepas selesainya peperiksaan SPM. Pada masa itu, abangnya duduk sebilik dengan Irwan.

Beberapa hari kemudian, Fatin meminta nombor telefon Iwan untuk dihubungi. Pada mulanya mereka hanya berbalas SMS, lama-kelamaan mereka mula bergayut dan akhirnya sering berjumpa dan keluar berjalan bersama. Walaupun perbezaan umur mereka adalah empat tahun, namun mereka tampak bahagia. Bagi keluarganya pula, tiada halangan memandangkan mereka sudah mengenali Iwan dari luar dan dalam. Abangnya pula kawan rapat kepada Irwan, jadi tiada masalah bagi Iwan untuk mendekati Fatin kerana abangnya sudah mengenali Iwan di bangku sekolah lagi. Mereka sering meluangkan masa bersama terutamanya waktu cuti sekolah.

Sudah adat orang bercinta, bukan semua hubungan akan berkahir dengan kebahagiaan. Keutuhan hubungan mereka sekali lagi diuji dengan kehadiran orang ketiga. Jejaka yang selama ini menunggu masa untuk meluahkan perasaannya kepada Fatin kecewa kerana Irwan terlebih dahulu memulakan langkahnya sedengkan dia belajar sekelas dengan Fatin. Sebenarnya, bukan Fatin tidak menyedari akan tindak tanduk Justin yang memang jelas amat menyukainya, namun dia menunggu Justin untuk meluahkan perasaannya dihadapannya sendiri. Apakan daya, Iwan tiba-tiba hadir dalam hidupnya menyebabkan bayangan Justin semakin samar dalam ingatannya dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Namun, Justin tidak mengalah begitu sahaja. Di saat hubungan mereka berdua dilanda badai, Justin muncul untuk berada di sisi Fatin sepanjang masa. Tambahan pula, keluarga Justin dan keluarga Fatin amat mengenali antara satu sama lain memandangkan mereka pernah hidup berjiran suatu ketika dahulu. Ini menambahakan lagi bahang di dada Irwan. Hubungan mereka ibarat retak menanti belah. Setiap masa Irwan merasakan dia seakan-akan dikhianati. Fatin pula seringkali menumpahkan kaca jernih kerana begitu terasa sakit jiwa dan raganya. Akhirnya, Fatin jatuh sakit namun tiada kelibat Irwan langsung di sisinya. Yang ada hanyalah Justin, jejaka yang memendam perasaan terhadapnya selama ini.

Justin pula semakin menunjukkan belangnya. Dia berusaha sebaik mungkin asalkan Fatin dan Irwan putus, walau dengan apa cara sekalipun! Dia mula menghasut Fatin untuk meninggalkan Irwan. Dia juga memburuk-burukkan Irwan di hadapan sepupu dan kawan rapat Fatin.  Irwan pula sengaja disakitkan hatinya dengan satira bahagia mereka berdua, kononnya. Tidak cukup dengan itu, dia dicemuh dan dihina secukup-cukupnya oleh kawan-kawan dan sepupu Fatin.  Fatin yang termakan dengan hasutan Justin mengambil keputusan yang pasti akan disesalinya seumur hidup, iaitu putus dengan Irwan. Irwan hanya menerima keputusan tersebut dengan redha dan sabar. Bukan dia tidak mahu memujuk Fatin untuk menimbang semula keputusannya, tapi perasaannya terhadap Fatin semakin hari semakin pudar kerana terlalu banyak disakiti. Akhirnya, Irwan membawa diri untuk menenangkan diri yang kecewa.

Justin adalah orang yang paling gembira sekali kerana rancangannya sudah berjaya, tiada lagi dinding yang menghalangnya untuk mendekati Fatin yang kini sudah single! Dia mula mendekati Fatin di saat Fatin berasa tawar hati untuk berpacaran semula. Justin sentiasa ada di sisinya hampir sepanjang masa. Dialah pakar motivasi, dialah penasihat peribadi, dialah pak lawak, dialah pendengar masalah, dialah teman menangis. Fatin mula berasa terharu dengan apa yang dilakukannya. Sedikit demi sedikit, hatinya mula terbuka untuk menerima Justin di dalam hatinya. Fatin telah berubah sepenuhnya, daripada seorang yang sentiasa berlinangan air mata, akhirnya menjadi seorang gadis yang sentiasa tersenyum. Beberapa bulan kemudian, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

Alangkah malang nasib Fatin apabila hubungan mereka Cuma bertahan selama tiga bulan sahaja. Justin telah berlaku curang di belakangnya. Yang tambah memeritkan, bukan dia sahaja yang menjadi mangsa penipuan si palayboy itu, tapi ramai lagi rakan-rakan sekolah yang lain. Akhirnya, rahsia telah terbongkar. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Justin melainkan melepaskan Fatin. Dia merasa sungguh geram kerana Fatin satu-satunya gadis yang benar-benar dia cintai. Apakan daya, semuanya sudah terlambat.

Setahun lebih lamanya Fatin mencari Irwan. Semua kawan-kawan rapat dihubungi namun tiada siapa yang tahu di mana Irwan berada. Dia pernah cuba untuk menjejaki Irwan di Facebook dan Twitter, namun gagal. Sehinggalah suatu hari ...

“Atin, ni nombor baru Wan. Sepatutnya abang tak boleh bagi kat Atin. Tapi bila tengok Atin macam ni, kesian pulak abang tengok. Nah, mesej la dia, mana tahu hati dia masih terbuka buat Atin.”
“Terima kasih abang!”

“All the best, lil sis!”

Gembira di hati bukan kepalang. Senyuman lantas terukir di pipi menampakkan lesung pipit yang comel sekali. Apa tidaknya, rindu yang tertahan selama ini  akhirnya terubat jua.


[bersambung...]

January 3, 2012

Novelog : Ruang Hati [Bab 1]



Samsung Galaxy dibelek-belek sedari tadi. Terpancar riak resah di wajahnya. SMS yang diterimanya sebentar tadi benar-benar mengganggu fikirannya kini.  Pandangan yang kosong dilontarkan ke luar balkoni apartmen mewahnya. Warna-warni cahaya kota ternyata tidak dapat mengalihkan perhatiannya. Hatinya kini semakin resah.
Assalamualaikum. Abang, Fatin dah cuba nak lupakan abang, tapi entahlah. Fatin tetap tak dapat nak lupakan abang. Fatin tau abang takkan terima Fatin lagi, tapi Fatin Cuma nak bagitau kat abang, Fatin sangat cintakan abang. Walaupun hubungan kita hanya sekejap, tapi abang dah berjaya ubah Fatin jadi manusia yang berguna.
Ah, kenapa harus aku fikirkan tentang perempuan yang telah melukakan hatiku, getus hatinya. Tidak dinafikan, perasaan kasih dan sayang terhadap bekas kekasihnya itu masih menebal di lubuk hatinya. Tapi perasaan cinta? Perasaan itu sudah lama terkubur bersama-sama memori yang cuba dipadamkan dari halaman hidupnya.
Tittt! Tittt!
Satu lagi pesanan SMS diterimanya. Dengan malasnya  dia membuka inbox dan dia terpaku seketika apabila membaca mesej yang diterima.
Abang, Fatin rindukan abang. Fatin tahu Fatin banyak lukakan hati abang, tapi Fatin harap abang sanggup terima Fatin semula. Mungkin kita dah tak macam dulu lagi, Fatin terima, abang. Fatin terima. Fatin rindukan abang. Boleh tak kita mulakan balik hubungan kita?
Apa? Nak mulakan semula? Fikirannya semakin bercelaru. Sedikit demi sedikit, memori yang telah dibuang sekian lama kembali menerjah fikirannya. Hatinya kini berbelah bagi, sama ada mahu menerima gadis yang pernah meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya ataupun memberikan peluang kepadanya sekali lagi.
Sudah setahun dia hidup bersendirian tanpa teman istimewa di sisi. Melihat rakan-rakannyayang sudah berpunya dan bahagia dengan pasangan masing-masing membuatkan keinginannya untuk bermanja kasih kembali bergelojak. Dan di saat-saat sebegini, bekas kekasih yang ingin dilupakan seumur hidup kembali menghantui hidupnya.
Perlukah dia memberi peluang kepada Fatin? Bagaimana kalau aku terluka lagi? Kami memang serasi ke? Bertubi-tubi soalan hinggap di kepalanya. Hajatnya hendak berehat pada malam ini terbantut gara-gara gadis bernama Fatin itu. Bukan sekali, tetapi dua kali hubungan mereka putus di tengah jalan. Masa mula-mula dahulu Cuma bertahan selama setahun gara-gara kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. Dia terpaksa beralah dan mengundurkan diri kerana terasa diri tidak lagi dihargai.
Beberapa bulan kemudian, dia mendpat tahu yang teman lelaki Fatin telah berlaku curang di belakangnya, membuatkan Fatin tidak keruan dan sering menangis  setiap malam. Atas dasar kasihan, dia kembali ke pangkuan Fatin. Malangnya, hubungan tersebut Cuma bertahan selama tiga bulan. Seakan-akan terkena badi, dia membawa diri kerana terlalu kecewa.  Nampaknya cinta atas dasar kasihan dan simpati tidak mampu menjamin kebahagiaan. 
Masa yang berlalu dirasakan bergerak begitu perlahan.  Jarum jam seakan-akan bergerak dengan lesu, seolah-olah kehaibisan bateri. Dia bersandar lesu di balkoni. Bunyi hiruk-pikuk kota telah bejaya mengalihkan perhatiannya buat seketika. Segala kekusutan yang menyesakkan kepala dilontarkan jauh-jauh dari mindanya.

Handphone dicapai dan jari-jemarinya pantas menaip sesuatu. Mesej yang agak panjang lebar itu dihantar kepada sahabat karibnya. Dia tahu sahabat karibnya itu sentiasa membantunya di kala kesusahan.  
Deringan  lagu  I’ll Never Let You Go Even If I Die dendangan 2AM berkumandang meminta panggilan dijawab. Lantas handphone yang berada di meja dicapai dan panggilan dicapai. Kedengaran suara sahabatnya di hujung talian dengan pelat utara yang pekatnya.
“Hang dah pikiq masak-masak ka? Kalau hang betui-betui sayang kat dia, hang ON saja lah. Aku sokong ja apa keputusan hang.”
"Tapi kan, dia masih muda kot. Masih sekolah pun lagi. Tapi tu la, aku belum ready lagi nak bercinta lagi ni, dah serik dah pun.”
“Kalau lagu tu, hang buatlah keputusan yang patut. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali sudahlah.”
“Ermmm.... oklah. Rasanya aku dahtau jawapannya. Thanks,bro. Assalamualaikum.”

Dia menghembus berat. Badannya dihempas ke atas sofa yang empuk. Terasa ketegangan di tubuhnya sedikit longgar. Kesibukan seharian di sekolah  ditambah pula dengan masalah ini benar-benar membuatkan dirinya penat dan tidak berdaya.  Mata ditutup, cuba untuk tidur buat seketika waktu.
Jam menunjukkan pukul 11 malam.  Masa untuk melelapkan mata yang sudah kepenatan setelah seharian berjaga. Badan sakit-sakit menandakan sudah tiba masanya untuk berehat. Jika tidak, jatuh sakitlah jawabnya. Badan yang kepenatan dihempaskan ke atas tilam yang empuk. Tanpa disedari, mata terlelap sambil bau lilin aromaterapi yang harum semerbak mengiringi tidur lenanya yang panjang.

[bersambung...]

January 1, 2012

Azam Oh Azam!


Alhamdulillah, akhirnya kita masih bersempatan untuk bernafas dan bersyawa di tahun baru ini. Tahun baru bermakna lembaran baru dalam sejarah hidup kita. Tahun baru juga bermakna azam baru, tapi perlu ke azam kita ditukar tiap-tiap tahun walhal azam yang lama masih belum dicapai? Hurmmm... tepuk dada tanya selera, tapi tepuk dada tu nanti jangan kuat sangat nanti batuk berdarah pula nanti saya juga yang susah.

Asal menjelang tahun baru saja, maka penuhlah di Facebook, di Twitter, di blog kalau boleh di Skype pun  di Skype kita jumpa orang post mengenai azam tahun baru diorang. Ada yang nak kerja lebih keras, study rajin-rajin, dapat result gempak dalam exam, nak kerja overtime tak kurang jugak yang nak kawin. Alhamdulilah, elok sangatlah tu. At least adalah matlamat hidup diorang ni.

Masa untuk membetulkan semua kesilapan kita yang lepas

Ramai yang nak bukak buku baru, maybe diorang menghadapi masa-masa getir pada tahun-tahun yang lepas. Kemalangan, kehilangan orang yang tersayang, dibuang kerja, gagal exam ataupun jadi mangsa penjenayah yang pasti meninggalkan kesan negatif yang mendalam. Mungkin ada antara diorang yang telah melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidup diorang, jadi di tahun baru ni nak mulakan bab-bab hidup yang baru supaya lebih bahagia dan sejahtera hidupnya, insyaAllah. Sudah tiba masa untuk muhasabah diri kita, betulkan mana-mana yang patut supaya pisang tak berbuah dua kali. Say NO to SIMILAR STUPID MISTAKES!

Tapi azam lepas yang masih belum tercapai macam mana pulak? Adakah kita perlu renew, atau just let it go saja? Pada pendapat akulah, kalau tak tercapai tu tak ada salahnya kalau kita top-up balik azam tu untuk tahun yang seterusnya. Kalau tak pun, kita tangguh dulu azam kita tu ke masa yang kita benar-benar rasa yakin dapat capai apa yang kita nak.

Masa semakin berlalu dengan pantas...

Azam aku? Ermmm.... Adalah.... hehehe... Mana boleh bagitau, cukuplah saya seorang saja yang tau. Ada azam yang lepas masih tak pass lagi, so paham-paham sajalah ya!  Apa-apapun moga tahun baru ni membawa 1001 citrawarna dalam hidup kita. Yang lepas biarkan berlalu, yang akan datang perlu kita bersedia.

AAA: Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua viewers!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...