Pages

November 1, 2011

Aku.... Aku... Dan Aku... [Bhg I]


Assalamualaikum w.b.t ...

Bersempena dengan bulan baru nih, elok gak la bukak satuchapter baru dalam idup ni kan? Baru-baru ni aku ditag oleh dua blogger dari plenet mana tah, Buah Epal Tergolek dengan Fallen From Van Pak Guard diorang tanya soalan-soalan pelik nih, aku apa lagi, bajet artis lah... hahaha... Tapi first of all, aku kena bagitau 11 + 5  benda tentang aku, so aku listkan lah ye...

  1. Asalnya memang seorang yang gemuk, cuma bila masuk sekolah menengah dah mula susut dan kurus ala-ala zombi gitu, pas je SPM sampai la sekarang kembali berisi, nasib baik x obes
  2. Suka baca novel-novel cinta, especially yang selepas kahwin sebab aku lebih senang nak imagine yang lepas kahwin berbanding yang sebelum kahwin (geli la aku)
  3. X reti-reti nak tunggang motosikal, so kalau ada sesapa nak suoh aku bawak motor dia, kalau bersepai tanggung sendiri ya
  4. Jenis yang susah nak bercakap dengan orang, aku hanya bercakap dengan tu kalau aku rasa aku serasi dengan seseorang tu (but it will take time)
  5. Sangat-sangat ANTI dengan spesis orang yang suka kondemn orang lain, cuba la doakan kejayaan orang lain, kan dapat pahala
  6. Gayat yang teramat sangat, x boleh berada kat tempat yang x stabil dalam masa yang lama
  7. Seorang abang yang garang, tapi penyayang, hanya renungan mata ala-ala Oma Bertha (Sinetron Bawang Putih Bawang Merah) yang menjadi senjata nak takutkan adik-adik
  8. Suka makan, makan dan makan tapi jangan tanya aku sedap ke tak sebab aku akan main balun je
  9. Tahap kesabaran aku sangatlah rendah, paling x suka nak tunggu orang
  10. Bila berlakon, lebih prefer untuk berlakon watak ANTAGONIS (lebih senang nak feel berbanding protagonis) lagi-lagi yang psiko, aku suka!
  11. Sangat sangat mudah nak jeles dengan orang (tapi x sampai nak dengki tahap PhD la)
  12. Emotional sangat-sangat (senang nak marah dan tangkap leleh berbanding ketawa)
  13. Suka tengok movie yang bunuh-bunuh (SAW franchais) walaupun aku ni fobia dengan darah
  14. Lebih prefer makanan stim @ bakar compared to goreng
  15. Pernah bercinta masa sekolah rendah dulu, tapi terkantoi dengan satu sekolah, pulak tu mama dengan papa mengajar kat sekolah yang sama.. OMG!
  16. Paling x suka bila aku nak sponsor seseorang tu, dia tanya "ikhlas ke ni?" @ "takpe ke, or nak aku bayar balik?"... Can you just shut your mouth?
Ok, dan inilah soalan-soalan dari si EPAL HIJAU TERGOLEK tadi ek?

1. zodiak korang\
  • Taurus, sebab tu  aku ni ganas sikit walaupun berhati jambu, ...

2. lappy brand apa ?
  • Acer, satu family pakai Acer, dengan pendrive-pendrive sekali.... Ko ada???

3. perfume korang ?
  • Minyak attar... hahaha... takde ar, Aromadisiac For Men (ni mama yang kasi, suka sangat bau dia)


4. anak ke ?
  • Anak sulung dari 5 orang adik-beradik, tapi tetap maintain manja melebihkan adik bongsu

5. 5 blog paling suka ( link kan sekali ok )

6. suka dressup mcm mana ?
  • Lebih ikut keselesaan asalkan kemas, tapi suka pakai tema biru-putih ataupun biru-hitam

7. 5 lagu favourite
  • Someone like you - dedikasi buat ex
  • Waiting Outside The Line - masa tengah request relationship ngan awek
  • You Raise Me Up - banyak kenangan masa sekolah dengar lagu ni
  • That Man (Secret Garden OST) - Nak jadi macam lelaki dalam lagu tu
  • Masihkah Kau Ingat - nostalgia zaman kanak-kanak

8. 5 wishes
  • Nak berlakon teater dan drama tv (berangan je la)
  • Nak kawin sebelum umur 30 taun (calon dah ada)
  • Nak bawak parents ngan parents-in law kerjakan umrah sama-sama
  • Nak jadi Power Rangers kaler purple (ada plak?)
  • Nak ......tuuut.... (internet disconnect la pulak)

9. 5 things about love
  • Love is drama
  • Love is comedy
  • Love is horror
  • Love is action
  • Love is fantasy

10. warna favourite
  • Mostly blue, sebab tu orang akan lebih kerap tengok aku pakai baju kaler biru. Apa-apa barang aku pun memang kaler biru, tak kira biru gelap ke biru terang. Selain tu, kaler oren sebab nampak ceria je!

11. the most weirdo habit
  • Suka gigit barang tak kita plastik ke, getah ke, kayu ke, batu ke, nak kata lapar tak jugak. Dulu pernah gak gigit orang masa bergaduh, nasib baik tak putus jari anak orang tuh...



OK, ni pulak soalan si FALLEN FROM VAN PAK GUARD pulak...

1. What is you favorite blog? (include link, please)

2. Your favorite quotes?
  • "aku adalah aku..." (Aisyeh!)

3. Your strength?
  • My Craziness about anything!!! If I cant get it, NO ONE WILL! Hehehe... (evil laugh)

4. What is do you think about friendship?
  • It is like our friend is on the ship, once they sink, they will sink with the ship (relationship). So, make sure the ship dont sink so that our friendship will last longer

5. Do you believe in "A friend in need is a friend indeed"? Why?
  • Yup, dont ask me, ask yourself first.... hehehe...

Itulah dia antara soalan-soalan yang dilemparkan kat skrin latpo aku nihm sampai bersepai skrin ni ha... Kalau nak kenal aku lebih dalam, so kenalah tanya sebab aku hanya akan cakap pasal diri aku kalau ada orang tanya pasal aku...


October 31, 2011

EEU : Examophobia !!!



OK, semua tau yang sekarang ni musim exam. Walaupun tak semeriah musim buah-buahan ataupun musim menuai, tapi musim peperiksaan sememangnya memberi impak yang besar kepala bulu hidung semua lapisan masyarakat yang berlapis-lapis lemak di perutnya. Adakah anda pernah mendengar FOBIA? Ingin saya maklumkan di sini, Fobia tidak ada pertalian darah mahupun urat kentut dengan amfibia mahupun Fasha Sandarkanpadadia. Fobia adalah suatu perasaan takut terhadap sesuatu benda yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata, hanya ekspresi muka mampu menjelaskan segalanya. Kali ni,saya akan berbincang mengenai suatu fobia pada musim exam iaitu EXAMOPHOBIA!!!

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda semua haruslah tahu akan simptom-simptomnya terlebih dahulu, antaranya:
  1. Orang yang selama ni tido berbantalkan laptop berpelukkan keyboard ataupun dengan konsol game tiba-tiba tidur dengan buku yang melambak gila
  2. Budak pemalas tetiba jadi rajin baca buku walaupun hanya membaca buku tersebut selama beberapa saat sebelum menitiskan air liur yang berasid tepu di setiap halaman buku tersebut
  3. Rambut yang selama ni tercacak dan tersikat rapi mula menggerbang dan mengembang persis Kak Limah
  4. Kalau selama ni dia stay up sebab nak call awek/balak dia, kali ni dia stay up sebab nak recall balik apa yang dah dibelajar dulu
  5. Masa 24 jam tetiba bagaikan bergerak laju mengalahkan Usain Bolt
  6. Online kat fb ngan twitter macam Chipsmore je; kejap ada kejap takde
  7. Muka lebih cepat menunjukkan penuaan disebabkan stres dan ketensionan yang melampau
  8. Ada yang terdesak mengambil langkah drastik meminum semua 'buku' yang dibelajarnya sampaikan najis  berbentuk pulpa dihasilkan apabila dikumbahkan keluar dari badan
  9. Lebih cepat naik angin, kalau salah gurau sikit kompom gusi bersepai dikerjakannya
  10. Tak dapat tidur dengan lelap walaupun dah macam posisi tidur dipraktikkan dan menukar bantal, tilam dan katil
  11. Tiba-tiba jatuh sakit bila tiba hari exam
  12. Sebelum masuk dewan peperiksaan, masuk tandas beberapa kali, berganda dari orang mengidap diabetis
  13. Muka mula menunjukkan ekspresi terkejut melampau (mulut ternganga sambil mata dibundarkan sebesar yang mungkin) bila membuka kertas soalan
  14. Ada yang tetiba kena sawan kertas bila bersentuhan dengan kertas exam waima bucu kertas sekalipun
  15. Pen tetiba hilang ink walaupun sedozen dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan, karbon pensel lak asyik nak patah,  pensel mekanikal tak payah cakap la, macam dah remuk lak dia punya lead 


Sekiranya anda menunjukkan sekurang-kurangnya SATU daripada simptom di atas, maka...

 AWAS, ANDA MUNGKIN MENGALAMI 
EXAMOPHOBIA FASA RENDAH!

Tapi jangan risau, saya ada penawarnya. Mudah dan praktikal. Boleh dipraktikkan di mana jua anda berada, bila-bila masa saja anda memerlukannya. Anda cuma perlu:
  1. Bakar laptop anda sekiranya laptop anda menjadi pengganggu utama anda masa belajar
  2. Sepakat dengan roommate anda untuk menampal nota akademik sebagai wallpaper kat bilik
  3. Daripada bercakap pasal awek, tukar topik mengenai soalan exam pulak
  4. Cuba uji orang yang lalu kat tepi jalan walaupun tak kenal, so dapatla tunjukkan korang punya keterroran anda (awas, anda mungkin menerima jawapan berupa tapak tangan dan tapak kaki di muka anda)
  5. Daripada berdebat pasal sapa lagi hebat, lagi baik kalau berdebat pasal topik yang dah dibelajar hari tu
  6. Makanlah kurma dan kismis sebanyak mungkin, madu lagi baik...
  7. Elakkan makan kepala ikan, otak ikan pun, tapi kalau otak-otak tu digalakkan, jangan lupa hulur-hulurkan kat sini

Jangan putus berdoa kepada Yang Maha Esa, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan kelak...

Tapi, kalau sudah terlambat hanya satu nasihat yang mampu diberikan kepada anda:

AMEK KAU! SAPA SURUH TAK PREPARE BETUL-BETUL! ADA KU KESAH?

AAA : Teringat masa sekolah dulu masa nak exam tu la kepala menggedik nak demam...

October 27, 2011

Alam Angker: 8 Sihir



Kita sering kali dimomokkan dengan kehebatan ilmu sihir sama ada di dalam filem mahupun drama tv tempatan. Tetapi tahukah anda, sihir sebenarnya hanya akan membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan kepada semua orang? Berikut adalah 8 jenis sihir yang sering digunakan oleh masyarakat kita di era serba moden ini:

Afriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

Al-Khumul: 
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

Patung Voodoo...

Al-Marad (sakit): 
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Nazif: 
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

Ta'til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang, Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat


Sesungguhnya, janganlah kita sesekali bersubahat dengan iblis laknatullah kerana itu hanya akan mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Percaya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT yang maha esa. Wallahualam...


AAA : Entri kali ini bukan bertujuan untuk mengajak korang untuk mendalami ilmu sihir ye... 

October 26, 2011

Happy Deepavali!!!


Di Kesempatan ini, saya mewakili Pak Wan, Kak Leha, Kak Jemah, Dr Laf dan Prof Eskenen Uun ingin mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT 
HARI DEEPAVALI
buat semua rakyat Malaysia yang berbangsa India





Nanti, manisan, muruku dengan thosai hulur-hulurlah kat sini ek.... hehehe...

AAA : Teringat masa pegi rumah kawan taun lepas, habis thosai kat rumah tu aku kerjakan...

October 24, 2011

Sahabat???





Sahabat... Apa yang anda tahu mengenai sahabat. Jika ditanya kepada setiap seorang daripada anda, pasti salah satu jawapan ini akan terpacul dari bibir anda:
  1. Tempat berkongsi masalah
  2. Kawan di kala senang dan susah
  3. Dia sentiasa ada di saat saya memerlukannya
  4. Kawan sekerja / sekelas / sekolej
  5. Kawan makan kawan
  6. Dah anggap dia macam adik beradik sendiri
  7. Sahabt lebih upgrade lagi dari kawan
Tetapi, cukupkah sekadar itu? Bagaimana anda memilih seseorang itu untuk dijadikan seorang sahabat?

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya..
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sekiranya sahabat-sahabat anda mempunyai ketujuh-tujuh ciri seperti di atas, maka hargailah mereka sebaiknya. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya menganggap sahabat sebagai tempat mengadu apabila kesusahanm tetapi apabila mengecapi kesenangan, mereka diabaikan seolah-olah tidak pernah wujud dalam kamus hidup sesiapa. Fikir-fikirkanlah...

AAA: Nak cari sahabat sejati lebih sukar daripada mencari musuh sejati pada zaman sekarang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...