Sahabat... Apa yang anda tahu mengenai sahabat. Jika ditanya kepada setiap seorang daripada anda, pasti salah satu jawapan ini akan terpacul dari bibir anda:
- Tempat berkongsi masalah
- Kawan di kala senang dan susah
- Dia sentiasa ada di saat saya memerlukannya
- Kawan sekerja / sekelas / sekolej
- Kawan makan kawan
- Dah anggap dia macam adik beradik sendiri
- Sahabt lebih upgrade lagi dari kawan
Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya..
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…
Sekiranya sahabat-sahabat anda mempunyai ketujuh-tujuh ciri seperti di atas, maka hargailah mereka sebaiknya. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya menganggap sahabat sebagai tempat mengadu apabila kesusahanm tetapi apabila mengecapi kesenangan, mereka diabaikan seolah-olah tidak pernah wujud dalam kamus hidup sesiapa. Fikir-fikirkanlah...
AAA: Nak cari sahabat sejati lebih sukar daripada mencari musuh sejati pada zaman sekarang...
2 comments:
..insyaAllah! .. takat nie ada, tpi ta lengkap ke7 7 ciri seperti yg di sebut .. :)
Tiada manusia yang sempurna... insyaAllah, kita akan berjaya menjadi sahabat yang diredhai Allah
Post a Comment