Pages

July 31, 2011

Yusof Taiyooob...



Dari gambar kat atas ni korang mesti dah tau dah aku nak cerita pasal apa kan? Kalo bulan puasa je, kompom ada terselit buah kurma sepiring kalo tak pun sepinggan terselit antara celah-celah juadah berbuka puasa yang menimbun tu. So, sebagai mukadimah cerita, kita saksikan video faveret orang ramai masa bulan puasa. Kompom ada punya... Layaaaaannnnn~



Haaaa.... Korang mesti hafal kan skrip iklan ni kan. Kalau bulan puasa tu, tiap-tiap ati dengar, tak kira la kat tv ke radio ke, supermarket lagi la. Sampaikan adik aku pun hafal dia punya skrip. Yang paling bestnya, part suara perempuan berbisik ala-ala gemersik di pagi hari tu. Peerrgghhh... Makan kurma pun rasa manis. Hehehe...



Tapi seriuslah, masa puasa ni, makan kurma pun dah cukup sebenarnya. Aku pun selalu gak pulun kurma sampai sekotak masa bersahur. Masih cergas lagi walau selepas setengah hari berpuasa. Ada kadang-kadang tu,orang sahur bagai nak rak ni, baru je beberapa jam dah terkulai layu.


Sebenarnya, kurma ni kira macam takungan air la. Jus dalam buah tu yang membekalkan air kat badan kita. Tu yang sedap lemak berkrim disukai ramai tu. Jus-jus dia dapat bertahan lama dalam badan selain dari membekalkan nutrien yang bagus untuk badan dan minda. Hehehe... So, jangan sesekali lupa makan kurma, kerana elok untuk kesihatan anda!



P/S: Kalau lepas ni pihak Yusof Taiyoob nak lantik jadi duta produk, boleh gak... Hehehe

July 30, 2011

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Memang tak dinafikan, kurma, kismis dan madu mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Walaupun ketiga-tiga makanan ini bolehlah dikategorikan sebagai makan yang manis, namun kemanisan tersebut langsung tidak akan menjejaskan kesihatan kita, malah makin menyihatkan tubuh badan kita terutamanya semasa bulan ramadhan ini....





1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".





2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".






3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

July 24, 2011

25 Fakta Menarik!




Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom

Semua beruang kutub kidal. Sekiranya anda berdepan dengannya, sila berunding untuk menggunakan anggota sebelah kanan sahaja, pasati anda dapat melepaskan diri.

KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. Mungkin kerana lampu isyarat sebelah kirinya rosak ataupun side mirror kirinya terjatuh.

JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas. Manusia yang membuka mulutnya dalam janka masa yang lama menunjukkan ia akan ‘koma’ buat seketika terutamanya selepas makan tengahari.

Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya

Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti

Searang ni tak macam dulu. Dulu hantar pesanan guna surat, siap berbedak bagai sebab nak bagi wangi. Sekarang ni,SMS je kejap dah sampai. Itupun simpan sampai nak termuntah inbox hempon tu. Hmmmppphhh... agak-agaknya lah ada tak bahasa yang mereka guna dulu puitis macam surat yang kat bawah ni?



Wahai adinda yang kupuja sentiasa,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Oh,nampaknya ibu sudah memanggil di dapur. Aroma masak lemak cili apidan sambal temporak telah menembak ke lubang hidungku. Sesunggunhnya di saat ini, perutku sedang berpesta, meraung-meraung minta diisi makanan, tak banyak, satu kawah nasi pun jadilah. Sampai di sini sahaja coretanku pada kali ini. Ink ball pen Kilometriko ku sudah habis. Inipun aku terpaksa menggunakan ink marker Stabilo yang berwarna metallic blue ini. Mahu diliquid sayang, almaklumlah liquid paper mahal, baru dibeli oleh ibu yang baru pulang dari Shanghai. Sekian, ingat daku dalam doamu, terutama sekali doa makan. Ingat-ingtlah aku di sini. Jangan segan hantar makanan ke rumah ya. Aku tunggu. Maaf surat tak wangi, tak ada stok minyak wangi lagi, dah habis ibu pakai semasa kenduri kahwin Mak Kiah Cendol hari tu. Jadi, yang ada minyak atar saja. Minyak atar ayah pun jadilah.



Yang sentiasa mengingatimu selagi tak amnesia dan alzheimer,

Mail Lambung a.k.a Aaron Aziz (orang cakap la)



P/S:Jangan lupa add facebook ngan twitter ek...



Peerrgghhh... ayat dia, sentap beb! Kalau masuk periksa SPM tulis karangan surat tak rasmi macam ni, kompom dapat A+ ni, kosa kata punya la bagus. Siap ada hiperbola lagi tu. Rasa-rasanya apa yang korang balas kat si penghantar surat berani mati ni ek? Hahahaha...

July 23, 2011

Rahsia Personaliti Melalui Bantal



1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu..... Kedekut punya orang! Hahahaha!!!

July 22, 2011

Trialog 3 Penjuru - Manusia VS Malaikat VS Syaitan...

Trialog antara 3 makhluk Allah dalam pelbagai situasi...




Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz






Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


3 - Seorang hamba Allah sedang bersiap-siap untuk keluar di hujung minggu...


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Seorang pekerja terlewat bangun dari tidur dan tergesa-gesa ke tempat kerja...


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?




Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.





Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..



Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?



Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....tinggal aje solat tu time senang buatlaa....



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

July 21, 2011

GPS CINTA: Pasangan Andrea – Allan

G-emersik suaramu akanku rindu…
P-andanganmu yang redup menggoncang sanubariku…
S-etulus hatimu mencintai aku seadanya…


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Lokasi: Taman Seri Intan
Masa : 1300
- - - - - - - - - - - - - - - - -

“Mama… mama… Ally lapar la. Jom kita pergi KFC. “

Andrea yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya di ruang tamu hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang menggelupur kelaparan. Baru sebentar tadi mereka makan tengah hari. Sekarang dah lapar balik dah.

“Ya sayang. Lepas mama siapkan kerja mama ni, kita pergi KFC ya.”

“Mama, nanti kan Ally nak beli mainan Mr Bean tu sekali tau mama. Kawan-kawan Ally semua ada mainan tu. Ally nak jugak.”

“Kalau macam tu, jangan kacau mama tengah buat kerja ni, sayang. Cepat mama siap, cepat kita pergi.”

“Yeah…. Yeah…. Kita pegi KFC! Beli mainan Mr Bean!”

Andrea hanya terseyum sendirian. Ally hanyalah satu-satunya kenangan antara Andrea dengan arwah suaminya yang meninggal tiga tahun yang lalu. Pada masa itu, Andrea baru saja habis berpantang. Malah, lebh menyedihkan, dia tidak dapat melihat sendiri jasad suaminya yang dikatakan meninggal dalam letupan bom semasa menyebarkan cawangan perniagaan ke Indonesia sana. Hati isteri mana yang tidak ralat apabila mengetahui bahawa suami mati dalam keadaan yang sangat tragis.

Sebelum bertolak ke Indonesia, suaminya sempat berpesan kepadanya supaya menjaga keluarga itu baik-baik. Suaminya berjanji akan pulang bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang baru mencecah dua tahun itu. Selama tiga tahun itulah, Andrea berada dalam keadaan yang amat tertekan. Wajahnya muram sentiasa, penuh sayu dan kesepian. Hanya Ally menjadi tempatnya melampiaskan rasa rindu yang tak tertanggung kepada suaminya, Allan. Sehingga kini, Andrea tidak dapat menerima kematian suaminya itu dan yakin Allan mungkin masih hidup di atas muka bumi ini. Selagi belum melihat sendiri jasad mayat suaminya, jangan haraplah Andrea mahu menerima kematian Allan kesayangannya itu.

Foto kenangan bersama arwah semasa berbulan madu ditatap dengan sayu. Tanpa disedari, air mata mula gugur sebutir demi sebutir mengenai cermin foto tersebut. Rasa sebak di hati tak tertahan lagi. Rasa sesak di dada tak tertanggung lagi. Abang, kalau abang masih hidup, di mana abang sekarang? Kenapa tak jenguk Andrea dengan Ally kat sini. Ally nak sangat berjumpa dengan abang. Foto didakap dengan erat. Rasa rindu yang teramat tiada siapa yang tahu.



_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Lokasi: KFC, Pusat Beli Belah Sri Anigma
Masa: 1415
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Andrea hanya memerhatikan saja anaknya melapah ayam dengan rakus. Lagaknya bagaikan tak makan sebulan. Walaupun aroma hot & spicy begitu mengasyikkan, tetapi sedikitpun tidak membangkitkan selera Andrea. Dia hanya memesan French fries dan ice milo saja.

"Sayang, pelan-pelan sikit makan tu. Nanti tercekik."

"Sedap sangat ni mama."

"Yalah, tapi janganlah gelojoh sangat."

Wajah anaknya yang comot itu diperhati. Ally kelihatan begitu comel sekali. Wajahnya iras-iras Allan. Sesekali rindunya terubat apabila menatap wajahnya itu. Dia mengalihkan matanya ke sekeliling seketika sebelum air matanya bergenang kembali.

Matanya tiba-tiba terpaku apabila melihat sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya. Tak mungkin! Abang?

July 20, 2011

Doa Menghilangkan Stres

Adakah sekarang ni korang tengah stres? Tnesion? Marah? Migrain? Sakit kepala yang teramat? Jangan risau, jangan bimbang. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah, berdoa kepada-Nya. Free of charge, tak perlu kredit, tak perlu cucuk kad kat ATM, kita suma perlu tadahkan tangan memohon doa kepada Yang Maha Esa.

Doa Untuk Menghilangkan Stres:-


اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”

Selamat beramal dan selamat mencuba! Jangan stres stres lagi tau! Ingat Allah, insya-Allah, stres kita akan beransur hilang....

10 Surah Yang Dapat Menghindarkan Ujian Allah SWT

Kat sini aku nak sharekan sikit ilmu yang aku dapat dari internet ni lah. Kadang kala kita terlalu mengejar dunia sehingga lupakan akhirat. Semakin hari semakin jauh kita dari jalan Allah. Kita sanggup berkaraoke sehingga larut malam tapi berzikir entah-entah tak pernah langsung dalam sehari. Kita sanggup melalak dalam bilik layan lagu yang entah apa-apa, daripada kita membaca Al-Quran walau satu ayat sekalipun.


Di sini ada 10 surah yang kita boleh amalkan setiap hari. Ada antaranya merupakan surah lazim yang selalu kita bacakan semasa solat 5 kali sehari. Tapi pernahkah kita terfikir akan kebaikan-kebaikan mengamalkan surah-surah ini? Sama-samalah kita baca...

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sebenarnya, semua yang kita lakukan dari bangun tidur sehiggalah tidur balik, semuanya ibadah. Malah kita mendapat pahala dari perbuatan-perbuatan tersebut. Malangnya, walaupun lebih mudah untuk kita membuat pahala, namun kita lebih cenderung untuk melakukan dosa. Jadi, fikir-fikirkanlah...

July 19, 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lawak Santai: Sampai Bila Pon Takkan Habis!

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka….penat aku nak taip lagi nie….

July 18, 2011

Lawak Santai: Isi Borang

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.




Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Rasa-rasanya, dapat tak dia kerja tuh?

July 17, 2011

‎20 CARA UNTUK BUAT ROOMMATE ANDA GILA!

Pernah tak korang terfikir macam mana nak kacau roommate korang tanpa perlu bersusah payah buat prank jahat tahap infiti. Kat sini ada 20 cara mudah nak kenakan roommate korang.





1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

Dah habis baca kan? Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Korang buatlah kat roommate korang. Sapa-sapa yang berjaya tu, jangan lupa hantar testimonial kat blog ni ek? SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT MAJU JAYA!

July 15, 2011

Sentap punya hal!

Giler ar. Sentap giler aku ngan budak tu semalam. Mulut memang takde insurans betul. Rasa macam nak letupkan je mulut dia tu, biar tak boleh cakap. Buat semak telinga aku je.

Ada la semalam ni awal pagi aku dah happy-happy pegi kuliah, almaklumlah kepala tengah mereng pagi-pagi kan. Tiba-tiba bendahari kelas aku bagitau la yang dia nak mintak bayran kelas kepada sesiapa yang belum bayar tu. Aku pun dengan nada berseloroh, cakap camni:

Weiyh, aku dahbayar la duit kelas tu. Tengok sekarang, baru tau macam mana jadi bendahari kelas. Aku last year punya la susah nak mintak duit dari korang, pastu claim bukan main lagi mahal. Hahahaha

Tengah kitorang ketawa tu, ada la sorang nenek sihir bermuka puaka ni datang menyelit. Dengan nada sinis, dia menjampi:

Kitorang bayar tau. Bayar RM15 saja. Daripada last sem, bayar RM120 seorang. Tapi tak tau mana pegi duit tu? Kamu makan duit kitorang ye?

Peerrgghhh... Dasar mulut puaka! Bangkai anjing pun tak macam tu tau! Sedar la diri tu sikit. Dah sakit tu, jaga la bahasa tu sikit. Kang ada kaki ko tu aku cabut karang! Kalau tak aku lipat dua macam handphone flip tuh! Panas gila hati aku masa tu. Nak marah tak leh, sebab baru nak start kuliah kan, takkan nak marah awal-awal pagi.



Aku memang tak suka ngan pompuan ni, dari sem first lagi. Sampai bila-bila pon. Biar la aku sekelas ngan dia 11 sem, sampai bila-bila aku takkan suka dia. Aku kalau dah respect orang tu betul-betul, aku memang respect. Tapi kalo orang tu buat aku hilang rasa hormat, sorry to say la, aku rasa ko takkan survive. Nanti bila anak murid ko tu nanti balas kat ko sendiri, baru la ko tau. Dah selalu ungkit pasal rasist. Takde maknanya kitorang ni nak rasist-rasist ni. Kalo raisin (kismis) takpe gak, boleh makan. Kenyang perut aku. Ni buat sesak hidup aku, buat semak kepala aku je. Hish, apa pon tak boleh!

July 14, 2011

13 Alasan Tipikal Tentang Menutup Aurat

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia
menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan
mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak
mestinya baik..bla…bla…bla…"

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam
untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau
Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang
dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan
kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan
iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang
memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk
menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan
menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal
mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan
perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem
untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak
bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan
ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas
melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama
Islam.

July 12, 2011

Kenali personaliti mengikut jenis darah

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci

July 9, 2011

Penat Giler

Peeeerrrrggghhh... Letih bagai nak rak. Apesallah hari ni letih sangat. Nasib baik ada dua kelas je ari ni, dapatla aku curi-curi tido. Tambah-tambah pulak sakit kaki ni, muscle cramp ke terkoyak ke apa entah. Dah macam Pingu rupa aku berjalan nih. Huhuhu... Apalah nasib. Masa sembahyang Jumaat tadi pulak, berair mata menahan sakit. Rasamacam nak campak je kaki tu kat sebelah sekejap. Balik-balik, bubuh minyak urut, baru la selesa sikit kaki ni. Semoga ko dapat sembuh wahai kakiku, sebab aku nak berjalan esok, bukan pegi perhimpunan BERSIH tu ye, tapi nak SHOPPING!!! Hahaha... Tidur lu, CHOW Brader!!! Zzzzz...

July 7, 2011

Forum Kimia

Hari ni kitorang ada forum Kimia. Tajuk dia best la sangat-sangat. "PENGHIBRIDAN DAN PEMBENTUKAN SEBATIAN". Ambik kau! Hahahaha... Tanpa sebarang persediaan, kitorang dipilih jadi ahli panel. Pastu part paling best, aku jadi moderator. Aku on je. Nervous tak nervous, jalan je. Memang seronok la jugak la hari tu. Tapi kalau kitorang ready, mesti lagi best. Malangnya masa mencemburui kitorang, so tak dapat nak buat panjang-panjang. Ni antara gambar-gambar di sebalik tabir. Jeng jeng jeng!





Harap-harap lepas ni adalah kitorang buat forum lagi. See you next time!

July 3, 2011

Transformers 3 Best Bro~

Baru je balik dari tengok citer Transformers Dark of The Moon kat Terminal One tadi. Baru ari ni ada peluang nak gi tengok, kalo tak jangan arap la nak gi tengok nya. Apa-apa pun, citer ni memang best lar. Ada suma elemen; drama, suspens, thriller, komedi ngan romantis. Senang citer, full package ar. Aku bagi 5 bintang!!! Hehehe... Harap-harap ar Michael Bay wat satu atau dua lagi francais filem nih. At least 2 prequel sebelum Dark of The Moon ni ke. Kitorang pun nak tau apa yang jadi kat awek hot, Mikaela Banes (Megan Fox) ni. Dia mati ke, ada secret mission ke, dia hilang ke apa ke. Tapi awek baru, Carly Spencer (Rosie Huntington - Whiteley) pon seksi gak.



Rasa-rasanya, ada lagi tak sequel movie ni? Ataupun diorang nak wat versi Reboot ker, re-make ker? Hidup Autobots! Hidup Sam Witwicky! Hehehehe

Tribute To Allahyarhamah Puan Nor Adiba

Masa tengah-tengah happy terkinja-kinja macam beruk masa pelancaran 1Murid 1Sukan ari tu, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan berita kematian lecturer kesayangan kitorang, Allaryarhamah Puan Nor Adiba binti Ghazali, lecturer Pengajian Melayu. Arwah masih baru lagi mengaja kat IPRM ni. Baru sampai ke IPRM bulan 3 lepas. Gambar-gambar di bawah aku ambik masa kelas pertama kami bersama arwah.



Sepanjang kitorang mengenali arwah, arwah memang seorang yang supporting, baik hati, kreatif, banyak cakap, sempoi dan lawak juga orangnya. Arwah mengajar kelas BM Kontekstual semester lepas. Memang best sangat la kelas arwah dulu, macam tak belajar - tak stres langsung. Arwah pernah bagitau, yang arwah nak sambung PhD, nampaknya hajat tak kesampaian. InsyaAllah,kitorang akan sambung hajat arwah nanti.



Masa dapat berita kematian arwah, memang rasa sedih sangat-sangat. Air mata tak berhenti bergenang. Ye lah, baru sehari sebelum tu, dia ok je, happy macam biasa. Tup tup, esoknya arwah meninggal. Siapa yang nak percaya kan? Apanak buat, dah ajal ngan maut di tangan Allah. Bila malaikat Izrail nak cabut nyawa, takleh nak wat apa lagi dah. Redha je lah. Kita yang hidup ni, kena teruskan hidup. Apa yang kita boleh buat, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.




Takziah dari pihak kami, IPRM terutama sekali bekas pelajar arwah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia



Tanggal 2 Julai 2011, tercipta satu sejarah dalam bidang pendidikan negara bila seluruh sekolah di Malaysia akan melakukan larian serentak sempena 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Semua guru, murid, kakitangan sekolah dan kitorang, guru-guru pelatih tak terkecuali, dengan lecturer lecturer sekali. Hehehe...


Kira nak cipta rekod la ni, senang citer. Program ni akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai peserta paling ramai ikut program sebegini. Yelah, apa tak ramainya, seluruh sekolah kat Malaysia ni. Ramai giler kot. Sambutan bukan main lagi, punyalah semangat. Tup tup... Bila nak lari jer, semua jalan macam bersiar-siar tepi pantai. Pantang tengok kamera je, pura-pura lari. Kalau yang tak malu tu, siap posing lagi. Tak kurang pulak yang bergambar dengan pasukan sukarela yang jaga laluan larian.






Bila tiba satu laluan nih, ada satu rumah tu kan, besar giler anjing dia. Kalau la dia tu ayam, pastu goreng spicy ala-ala KFC, perrrggghhhh.... puas makan beb! Dah tu menyalak tak tentu pasal, naik pekak telinga aku. Assal tengok orang lalu je, dia nak lompat pagar rumah. Orang apa lagi, lari lintang pukang lah. Masa tu je aku tengok diorang lari, pastu takdenya. Aaaaahhh.... semput~



Bila dah sampai tu, lega sesangat. Rasa semput ditambah sesak dada mencucuk-cucuk. Sabar je lah. Tapi, gamba tetap gamba. Semua pun ambik posisi masing-masing sebelum dicaptured photographer amatur. Hehehe... Sebut kurma semua.... Kurrrrmmmmmaaaaaa~




Tak kurang jugak yang bergambar dengan lecturer, pastu ngan dua orang ikon bola sepak Nogori, Zaquan Adha ngan Abdul Halim Zainal. Apa? Tak percaya diorang datang? Tengok ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...