"Eh, orang borneo masih ada yang tinggal kat atas pokok kan?"
"Eisyh, tak nak la aku posting kat Sabah-Sarawak tu, tak biasa la, nak redah hutan lagi"
"Weiyh, korang kat sana mesti kuat main jampi serapah kan?"
"Apesal kalau nak pergi ke sana kena lalu imegresen ah, bukan still dalam Malaysia gak ke?"
" Korang jangan jadi macam diorang, mundur, miskin pulak tu, macam tak ada baju"
"Kat sana ada head-hunter kan? Diorang makan orang macam kanibal ke?"
"Korang pergi sekolah pakai sampan, lalu jeram, masuk hutan?"
OK, inilah persepsi mostly orang semenanjung (saya ulang, MOSTLY) tentang kami masyarakat Borneo ni. Kadang-kadang, rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada... Adohai, manusia... manusia... kenapalah sempit sangat mentalitinya? Bukan salahkan mereka, mungkin mereka ingin tahu lebih mendalam... Tapi soalan yang menampakkan kesengalan yang tinggi di samping nampak sangat mereka ni lemah bab-bab pengetahuan am. Sabah dan Sarawak tu bukannya 100% pedalaman, pedalaman memang wujud tapi bandar malah bandaraya pun wujud.
Sebelum itu saya ingin menjawab persoalan tadi satu persatu:
Tinggal atas pokok? Ingat kami ni Tarzan ka nak tinggal kat atas pokok, rumah kaum kami sendiri kan ada, buat apa nak tinggal atas pokok? Heih, masalah... masalah...
Kalau tak nak redah hutan sebab nak mengajar budak, tak payah jadi cikgu, menyusahkan je...
Jampi serapah? Tak mainlah bomoh-bomoh ni, kasi bujang senang NGAPPP kau sudaahh...
Pasal imegresen tu, baca balik buku sejarah Tingkatan 5 la, ada dalam tu...
Mana tau kami ni mundur, memandai je, dah pergi sana ke? Kalau belum, diam!
Head hunter tu zaman mana entah dah pupus dah pun, ni memang kantoi malas baca buku.
Kalau nak merasa semua tu, masuklah Amazing Race ke, Explorace ke, apa ke...
Kita sering laungkan dengan penuh semangatnya, "jangan bersifat kenegerian!!!" walhal sifat itu masih lagi menebal di dalam jiwanya. Memang kenegerian itu perlu supaya generasi kita tidak lupa diri walau di negeri orang, namun bila sudah bercambah bersama-sama perkauman dan keagamaan, maka semuanya menjadi huru-hara. Kalau ditanya pada pelancong, apa yang best tentang Malaysia? Jawapan mereka tentulah keunikan suku etnik di Malaysia dan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama. Tahukah anda, warna-warni di Malaysia ini datangnya dari Malaysia timur; berbagai budaya, bahasa, agama mahupun bangsa.
Warna-warni Sarawak; pelbagai etnik, adat, bahasa mahupun budaya |
Terus-terang saya katakan, pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini, saya terkejut melihat aura perkauman yang sangat kuat. Melayu dengan geng melayunya, cina dengan geng cinanya, india pula dengan geng indianya? Mana perginya 1 Malaysia? Mana? Adakah sekadar nama? Ataupun para pelancong dibutakan dengan lakonan kita semua selama ini?
Sebelum merdeka lagi kami warga Malaysia Timur ini telah mempraktikkan konsep 1 Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama, budaya mahupun sosial. Kerana itu, sehingga kini, sukar untuk diagak kaum yang mana menjadi penduduk majoriti kerana peratusannya yang hampir-hampir sama, malahan ada puluhan etnik besar (belum dicampur suku etnik cabang yang lain) memenuhi segenap pelosok tanah bertuah ini.
Ramai juga yang merungut kenapa perlukan passport, dan melalui kaunter imegresen walhal Sarawak sebahagian dari Malaysia. Adakah kalian buta Sejarah? Apakah kalian lupa perjanjian Sarawak sebelum memasuki Malaysia?
Tidak bolehkah kita hidup harmoni tanpa menyimpan tanggapan negatif antara satu sama yang lain? |
Kata kononnya 1 Malaysia, tapi kenapa kami sering disisihkan? Kenapa kami dilabel warga Sabah Sarawak? Apakah kami bukan warga Malaysia? Ramai yang kata kenapa perlu Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia? Lupakah kalian, kami hampir-hampir menjadi satu negara? Cuba baca semula buku sejarah sebelum membuat fitnah!
"Patutlah banyak kes buang bayi, orang kat sana yang buat, diorang kan sosial sikit, sebab tu banyak maksiat kat sana".
Wah, sampai begitu sekali tuduhan yang diberi. Kami mungkin kurang dari segi intelektualiti, tapi nilai-nilai murni kami masih terjaga. Di sana, cikgu disanjung dipuji,walhal di sana cikgu dihina dikeji! Cuba rujuk kembali statistik kes buang bayi seluruh negara, di mana yang yang tinggi bilangan kesnya? Tidak perlu saya katakan di sini, lihat sahaja sendiri...
Alhamdulilah, sepanjang saya belajar di bumi semenanjung ini, ramai yang saya kenali begitu mengagumi bumi Sarawak, cuma ada segelintir yang masih tebal tanggapan negatifnya terhadap kami. Kami hanyalah kami, tiada siapa yang mampu mengubah identiti kami, kerana kami bangga menjadi warga Malaysia Timur!
Kepada pembaca semenanjung, maaf, ini bukan provokasi, sekadar ingin meluahkan luka yang berdarah sekian lama sudah. Bukan semua, hanya segelintir yang membuat onar, fitnah dan persepsi yang sudah tidak tertanggung lagi bagi kami semua, seolah-olah kami ini tidak layak Kami tidak minta apa-apa, cuma terimalah kami seadanya...
Biar apapun yang berlaku, saya tetap bangga menjadi anak jati Melanau, anak kelahiran Sarawak Bumi Kenyalang, dan warganegara Malaysia yang tercinta!
AAA : Tiada siapa yang mampu merubah asal usul kita, so jangan lupa diri
8 comments:
Seorang anak buah yang tinggal di Kuala Lumpur pernah tanya saya:
"Eh, RM boleh guna di Sabahkah?"
Dalam hati, saya jawab: "WTH!?"
Sabar je la ye..
Tak semua orang macam tu :)
aowk... mekorg sefamily salu nyalah iklan untuk show sarawak kat tv ya... nang nak camya jak2 dishow...
Yassin :
Hurmm... wow, soalan yang paling kreatif pernah saya dengar. Kamu tak jawab ka soalan dia tu? LOL
Liyana :
yup, not all tapi yang sikit ni perlu diperbetulkan sebelum menular menjadi lebih ramai. lama-lama jadi bukitlah tanggapan negatif tu, betul kan?
Kak Nisa:
Maybe pengaruh media wak kali owh... taukla mok nunjuk budaya kita, tapi sik la nak diam dalam utan jak mok dingeso ngan cdak
Daddy dia yang jawab: "Aih, Sabah tu masuk dalam negara Malaysia..."
Anak: "Oohhh...."
moral: jangan skip kelas Sejarah dan Geografi XD
Hahahaha... btol2. ramai anak muda sekarang ni buta sejarah. cakap asal ikut mulut je. Tapi otak tak ada. Belajar sejarah malas, tapi tak tau yang benda berlaku depan mata ada kena mengena dengan syllabus sejarah yang dia FAIL tu...
mena kata kitak... thumbs up~!
dorang yg jakunn...takda adab...apabila berckap dengan kawan sendiri pun senang2 je cakap bodoh,untuk pengetahuan orang2 semenanjung..kitorang kat cni nak cakap sial bodoh kat kawan pun rasa keji2 sgt...itu sdh cukup mnjukkan kami awalau berbilang bangsa,tapi kami satu hati....dtg rumah aku ar..bia aku tgung flght,makan sekali...ntah2 korang x nak balik ke smjung..sebb kat cni orang duduk mewah..pigi daaa...tu pasal korang kena hantam ngan orang luar..penakut...
Post a Comment