"Allahu Akbar! Allahu Akbar..."
Laugan azan penuh gema memenuhi ruang metropolis Melewar. Kelihatan kapsul-kapsul berkumpul di perkarangan Masjid Atmosfera Iman. Bagi yang berniaga pula, masing-masing menutup kafe dan hypermarket masing-masing bagi menghormati Solat Jumaat. Setelah selesai solat Jumaat dan pulang ke rumah, Pak Wan snggah sebentar ke sebuah surau klasik yang dipelihara untuk dijadikan tapak warisan dunia UNESCO. Bangunan yang sedikit usang itu memberi satu memori indah yang takkan lekang dari ingatannya sampai bila-bila...
40 Tahun lalu...
Sekumpulan anak muda meredah bahang panas mentari di siang hari. Pengembaraan yang penuh ranjau dan liku, agak sukar untuk direntas bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kentut berdarah. Akan tetapi sekumpulan anak muda ini tetap sabar, sabar,sabar…. Dan sabar telah ke klimaksnya!!! Insan yang lalu sekadar bertanya soalan yang agak klise pada penngamatan saya. Bak kata orang kampung, common sense yakni " Bas tak datang ke?" (Bai, kalo bas datang, takdelah kami nak terkial-kial berjalan kaki kot.) Di kejauhan, sayup-sayup kedengaran suara khatib menyampaakan khutbahnya, namun perjalanan tampak masih jauh. Peluh-peluh jantan mula memercik di dahi dan mengalir deras seperti air terjun Niagara, membasahi baju Melayu yang baru digunakan untuk raya yang lalu.
Pada mulanya, ramai juga yang berjalan kaki ke sana bagaikan kontingen yang membuat lintas hormat di Asian School Games. Malah, nun di hadapan sana, Fahmi dan Saiful sudahpun memulakann jejak mereka. Di garisan permulaan lagi, Aizzaq telah melanggar perjanjian apabila menaiki kereta sedangkan dialah insan yang paling bersemangat jitu memimpin kami untuk hanya berjalan kaki ke sana. Kemudian, satu per satu tersingkir dan dibawa pergi oleh kenderaan lain. Akhirnya, tinggalllah lmna orang anak muda kacak bergaya; Idris, Daus, Zoul, Azwan dan Izzat melangkahkan kaki dengan longlainya menuju ke rumah Allah di kejauhan sana. Perjalanan yang tidak begitu jauh terasa bagaikan berbatu - batu nautika jauhnya, ditambah pula kehangatan mentari yang lebih panas daripada kepanasan di Gurun Sahara. Berkat kesabaran dan kehenseman lima anak muda ini, akhirnya tiba juga ke destinasi biarpun jemaah sudah memasuki rakaat kedua. Dengan kudrat yang masih berbaki, mereka sudahi jua solat Jumaat itu walau masbuk sekalipun.
Selepas salam kedua diberi, terfikir di benak; "Takkan nak berjalan kaki lagi kot, dah panas giler nih". Namun, mereka gagahi jua. Namun ternyata, giliran Daus dan Idris pula yang melanggar ikat setia apabila menaiki kereta. Tinggallah mereka bertiga sahaja. Di saat menghampiri garisan penamat, Izzat pula mengundurkan diri apabla menaiki motosikal senior yang disanjungi. Tinggallah dua insan yang haru - biru itu meredah ke garisan penamat.
Akhirnya, kornea mata telah menangkap imej pintu masuk, menandakan garisa penamat semaikn hampir. Zoul hanya mampu mengengsot, seperti hantu dalam filem Suster Ngesot. Azwan pula sudah dapat merasakan segala lemak tepu yang menjadi koleksi selama ini terbakar dan terhapus akhirnya. Kedua-duanya memasuki pintu masuk dengan lagakberjalan di red carpet, biarpun kaki terasa bagaikan hendak tercabut dari badan. Baju dibasahi peluh, seperti baru menikmati sauna di spa , menyebabkan saham dari segi keterampilan merudum. Tiba di kamar, lelah dilepaskan di atas tilam yang empuk.
Kini...
Pak Wan tersandar lesu di kerusi urut Ogawa. Si isteri pula datang sambil membawa dulang berisi lasagna dan lamb chop. Cucu-cucu Pak Wan; Upin, Ipin dan Apin baru tiba. Kini, mudah sahaja, kapsul ekspres kenderaan yang mampu membawa manusia ke mana sahaja mereka igin pergi dengan sepantas kilat, tidak seperti 40 tahun dahulu; terpaksa memerah keringat berjalan kaki ke destinasi yang hendak dituju. Segalaya mudah, tapi timbul satu persoalan yang masih belum terungkai di fikiran Pak Wan sejak dulu lagi. Mengapa manusia masih malas mahu ke masjid atau ke surau untuk mengerjakan solat berjemaah, sedangkansaban tahun, kehidupan mereka semakin mudah malah kini mereka mampu bergerak dengan pantas dan mudah dengan adanya kapsul ekspres? Ternyata, pembangunan mampu meningkatkan daya produkti masyarakat moden namun kurang pula pembangunan insani. Ya Allah, besar sungguh dugaan hambaMu untuk mengerjakan ibadah sujud kepadaMu. Kau peliharalah cucu-cucuku daripada musibah ini nanti. Amin...
Cerita di atas adalah untuk hiburan semata-mata. Watak-watak ini seperti diketahui masih hidup semuanya, Alhamdulillah. Segala kesilapan dalam penggunaan ayat atau frasa dalam cerita ini yang menyinggung perasaan sesiapa amatlah dikesali. Harap maklum.
(Ada ku kesah ker??? ... Hahahaha)
No comments:
Post a Comment