Tengah hari tadi baru saja habis buat meeting untuk BIG (bagi sesiapa yang tak tahu, BIG tu Bina Ihsan Guru) dan lawatan kitorang untuk subjek SCE3101, Hidupan dan Proses Kehidupan. Memandangkan aku ni pengerusi projek, so aku kena handle meeting, meeting and more meeting. Aku rasa semua orang yang pernah jadi ketua memang dah sedia maklum yang kalau nak buat meeting ni memang payah, walaupun kita buat meeting dengan classmates sendiri.
Bila dah dekat nak tiga tahun duduk dalam kelas yang sama, semua dah mula naik kepala, tak kurang juga yang mula hilang respect dengan kita. Bayangkan, aku tengah bagi taklimat kat depan dia boleh pulak bercakap-cakap kat belakang, nyaring lagi tu, siapa tak bengang beb! Lagi-lagi yang buat hal tu kawan sendiri. Kalau nak ikutkan hati, memang tak pasal-pasal stapler tu hinggap kat dahi, ada pulak kawah terbentuk kat dahi tu. Tapi sabar saja lah, walaupun mata dengan muka dah merah menyala menahan geram. Aku rasa, dah dua taun dah aku tak meletup macam gunung berapi melainkan zaman sekolah dulu. Kawan-kawan aku memang tau aku ni emosional lebih sikit dari rasional. Sebab tu aku lebih suka jadi AJK biasa berbanding jadi ketua ataupun penolong ketua.
Ketua yang memimpin, bukan dipimpin |
Bukannya aku nak merungut ataupun apatah lagi nak mengeluh, tapi... entahla. Maybe sebab sem ni terlalu pack untuk aku, memandangkan aku pegang semua jawatan penting bagi setiap aktiviti. Turn kelas aku untuk BIG 30 Januari selama 4 ari kat Port Dickson. Dua minggu lepas tu kitorang target nak buat lawatan SCE3101 tu kat Taman Wetlands dan Taman Botani, insyaAllah. Dua minggu lepas tu pulak, kitorang kena buat PBS (pengalaman berasaskan sekolah). Aku buat kat Kuching memandangkan minggu selepasnya cuti pertengahan sem.
Dua minggu lepas cuti tu pulak, aku terlibat dengan Minggu Kesenian Islam anjuran lajnah kitorang (Lajnah Kesenian dan Warisan Islam PGPI). Disebabkan kitorang jemput sekolah menengah dan rendah join, so aku selaku setiausaha a.k.a AJK tertinggi pengelola kena 'melesapkan diri' dari kuliah buat beberapa hari bagi memantau aktiviti yang dijalankan berjalan lancar. Dua minggu lagi lepas tu ada buat aktiviti untuk pelajar-pelajar Borneo, maybe stay out kat Ulu Yam ataupun Jempol selama dua hari. Aku pulak kena uruskan hal-hal pengurusan menadangkan aku ni naib pengerusi. Pastu, dengar kata, dua minggu lepas tu pulak, ada festival sukan peringkat kampus. Kelas aku memang kompom la dapat tugas angkut-angkut kerusi meja semua. Tu memang kerja kitorang sejak azali lagi.
Tanpa komitmen dan sokongan anak buah, siapalah ketua... |
Fuuuhhh... memang pack kan? Bila fikir balik, nak je aku lepaskan semua jawatan tu, tapi disebabkan nak laksanakan amanah yang orang bagi tu, kena pikul tanggungjawab tu sebaiknya lah. Seriously, aku takut, bila aku memimpin ni, sikit demi sikit sisi gelap aku tu datang balik. Aku ni orang yang cepat hilang sabar sebenarnya, walaupun senyuman dan ketawa guling-guling tu trademark aku. Kalau aku dah marah, aku memang akan marah kaw-kaw punya sampaikan boleh bergaduh.
Satu lagi, aku ni pantang ditegur. Walaupun memang terang lagi bersuluh yang aku ni salah, tapi aku tak suka ditegur, lagi-lagi bila aku tengah hot and spicy, memang pantang. Bila aku dah cool sikit, baru la kewarasan minda aku tu kembali normal dan dapat happy macam biasa. Aku tau masih banyk benda yang aku perlu belajar sebagai seorang pemimpin. Takkan nak jadi pak turut je seumur hidup, kena la memimpin sekali sekala kan. Nak jadi ketua bukannya senang. Kalau senang, mesti semua berebut-rebut nak jadi ketua, betul tak?
Ketua kena pastikan anak buah tak tersasar dari objektif aktiviti |
Aku harap aku tak pegang apa-apa jawatan untuk BIG ni nanti. Aku penat. Penat layan kerenah manusia yang memang memenatkan ni. Stres sentiasa ikut aku kat mana saja aku pergi. Maybe sebab tu aku ni ada darah tinggi kot. Nanti karang tak pasal-pasal ada anak orang masuk ICU aku kerjakan.
Aku nak ambik kesempatan ni nak mintak maaf kepada clasmates aku, Science GaGa atas kekasaran aku. Aku cuma mintak dua benda saja; kerjasama dan rasa hormat dari korang. Aku pun tak suka nak marah-marah tapi terpaksa jugak kalau itu dapat buat korang ikut cakap aku.
Sorry, sorry and sorry again...
Azwan Lai Azahary
AAA : I'll try my best to be a good leader to all of you, but please give some commitment and support...
4 comments:
Terbaik~kau memang layak, patut dan perlu jadi pemimpin. Ada karisma and I can tell just by reading your entry.
Kalau satu jawatan saja tak apalah, tapi kalau dah pegang banyak jawatan dalam satu masa tu, mau gila saya Sin. Masa yang betul2 saya free bulan 4, itupun untuk siapkan semua kerja kursus. Belum jadi KU lagi dah tunjuk perangai singa saya ni. Kesian classmates tadi, ada yang takut mau tegur saya lagi. T_T
Saya untuk empat semester berturut-turut free as a bird. Satu jawatan pun nda saya pegang (except those minor titles). Hahahaha hahahahahabislah saya. Kepimpinan saya lemah gila-gila.
Any tips, Sir?
Saya pula 4 sem berturut-turut tak rehat. PGPI dah bubar, diambil balik. Nasib baik x bertanding JPP. Haha. Bukan gila kuasa, tapi orang dah bagi amanah, oharus terima.
Tips? Hurm, cuma ada satu benda ja yang saya belajar dari sorang classmate ni, Dato Liang (nanti saya perkenalkan, insyaAllah). Dia KU sem 1, so as his best friend, I learn a lot from him. Apa-apa saja kerja yang orang bagi, cuma perlukan 3 benda ni saja, then the rest will come to you:
-Bertanggungjawab
-Ikhlas
-Sabar
Kalau 3 benda ni sudah full bar, then baru orang boleh lihat sinar kepimpinan dalam diri kita. Orang akan secara otomatik akan lihat kita sebagai ketua, walaupun kita blum pernah jadi ketua sebelum ni.
Remember this thing:
BAKAT KEPIMPINAN HANYA DAPAT KITA PEROLEH MELALUI PENGALAMAN, BUKAN DARI JAWATAN YANG DISANDANG
Kalau ada jawatan, tapi x buat kerja pun tiada guna kan? Tak ada pengalaman, tak ada cabaran, tak ada dugaan, kita tidak akan menjadi ketua yang baik. So, learn from the past and be a better leader next time.
Post a Comment