Habis SPM, 2010...
A : Wan, ko pastok mok mintak apa?
B : Aku ka, ku mintak masok maktab.
A : Hah, maktab? Ko mok jadi cikgu ka?
B : Aok la, kenak?
A: Ish, sik best jadik cikgu ya. Mun aku, sik mok aku. Gus ku jadi engineer ka, doktor ka.
B : Lantak kwu la, janji ko bahagia.
A : Kenak ko mok jadi cikgu Wan?
B : Sebab...
[Kalau nak translate, boleh translate di Google Translate atau e-Kamus]
Jangan betulkan skrin korang, memang aku taip tak habis, sebab aku nak tinggalkan persoalan tu kat korang. Apesal korang nak jadi cikgu ek? Soalan ni familiar sangat, even masa interview pun panel ada tanya soalan yang sama, tapi jawapan dia paling susah kita nak cari. Sebab apa, jawapan yang kita cari tu akan keluar sikit demi sikit dalam proses pemerguruan kita. Buat masa sekarang, mungkin ada jawapan dalam minda kita, tapi adakah itu semua benar atau hanya propaganda diri yang sekadar berpura-pura? Bila orang tanya, ada macam-macam jawapan yang kita bagi, antaranya :
Saya suka kanak-kanak ni (kalau tak jadi cikgu pun boleh suka kanak-kanak, betul tak?)
Sebab cikgu ada banyak cuti (ingat, cikgu boleh dipanggil bekerja masa cuti tanpa notis)
Sebab nak berkongsi ilmu dengan orang lain (walhal dialah orang paling kedekut ilmu kat dunia ni)
Gaji cikgu kan besar (gaji besar pun, harga barang semua dah naik, tak ada bezanya)
Nak luaskan ilmu pengetahuan saya (walhal malas membaca isu semasa, apatah lagi buku)
Saja je, nak rasa cabaran jadi cikgu (baik jadi pakar bedah je, lagi mencabar)
Entah, saya pun tak tau ( @$r#%@&@ )
Tapi, ada satu jawapan yang memang sejujur-jujurnya yang kebanyakan orang dari masa interview tu bagi. Even panel penemuduga pun dapat rasa kejujuran dalam jawapan diorang ni. Saya ingin kongsikan satu jawapan dari seorang rakan seinterview saya...
"Sebab mak ngan abah yang suruh masuk maktab. Saya pun tak nak sebenarnya, saya nak apply USM, tapi mak ngan abah suruh jadi cikgu. Saya pun tak minat jadi cikgu ni..."
Alhamdulillah, mungkin rezeki dia, dia terpilih masuk ke IPG (course dan kampus tidak boleh dinyatakan) , and guess what? Dialah antara pelatih yang paling outstanding kat situ. Nilai-nilai keguruan dia terserlah satu per satu, sampai semua cikgu memuji dan even senior respect dengan dia yang sorang ni. Last-last, hati dia terbuka nak jadi cikgu.
Yang lain, ada yang lambat masuk kuliah, ponteng perhimpunan, lambat hantar assignment, malas study, tapi bila elaun lambat masuk melenting mengalahkan yang buat kerja. Belum jadi cikgu, dah makan gaji buta. Sebab tu cikgu-cikgu macam ni selalu terpampang kat dada akhbar, kes apa? Kes rogol pelajar, belasah murid sampai mati, gelapkan duit sekolah, tak masuk kelas masa Guru Besar tak ada dan macam-macam lagi, walhal masa interview bagai nak rak jawapan dia, panjang berjela macam pidato yang yang adooo...
Bukan semua yang berperangai macam ni, ada lah tapi tak ramai. Yang lain saya pasti memang berpotensi menjadi guru yang berkualiti, cemerlang dan ada etika keguruan yang tinggi.Bila kita tengok balik, orang dah mula hilang hormat ngan guru, malah ada yang dikutuk, dihina,diherdik, malah diludah macam anjing kurap kat tepi jalan. Sebab apa? Sebab kuman-kuman yang kononnya nak jadi cikgu yang gajinya besar, cutiyna banyak, suka berkongsi ilmu, bla bla bla and so on ni tadi lah.
Saya minta maaf kalau ada yang terasa atau tak setuju dengan apa yang saya katakan. Tapi ini berdasarkan pandangan peribadi saya dan pemerhatian saya sendiri. Kalau anda ingin berkongsi pendapat, boleh la diutarakan kat komen di bawah. Terima kasih.
AAA : Saya bangga menjadi guru...
2 comments:
i went to the TESL interview for my degree, i got it.
my mum told me to go to usm instead.. amek bio.. masa tgh susah hati x leh nak serap masuk apa yang aku study utk bio, syaitan bisik kenapa x p TESL.. hmm..
aku redha dengan apa yang Allah bg dekat aku, kena banyak bersabar der.. org cakap kalau makabah suruh blajaq yang, lagi senang masuk sebenarnya.. and i think so too.. ^.^
Aik, macam sama saja kisah dengan cerita ni? Kebetulan ka apa? Hehehe
Post a Comment