OK, sapa kat sini dah ada awek, sila angkat bulu kaki? Oh, nampaknya semua belum ada awek. Ok, tak apalah,kat sini aku nak kongsi 5 tips nak usha awek. Dijamin berkualiti, siap ada cop SIRIM lagi tau. Are you ready? Ready atau tidak, bolos saja dinding itu... Ooops, sori terbabas sikit. Hehe...
1. Cakap terus terang kat si dia
Ni kira step yang paling 'berani mati' punya, sebab kalau kena reject, memang akan menanggung malu besar, lagi berat dari beras 1 tan. Seriously, menang kita perlukan semangat dan kompiden diri yang tinggi. Kalau nampak macam dia ada bagi can tu, apa tunggu lagi, approach la dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape. Tapi jangan terlalu banyak tanya mengalahkan penemuduga, nanti dia meluat dan ingat kita nak naik bulu pulak. Tanya sikit-sikit jeyang lain tu tanya kemudian. Bak kata nenek aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
[Amaran : Sapa-sapa yang nak guna taktik ni, bersedia untuk direject macam assignment, cuma dia tak baling korang ke dalam tong sampah je lah. Kalau dia tak nak, nak buat macam mana, cintak tak boleh dipaksa kan?]
2. Hantar surat, memo atau nota cinta
Taktik ni agak kuno berbanding guna SMS atau internet, tapi ada nilai-nilai nostalgik yang tinggi . Lagipun, cara memang sesuai bagi yang lemah semangat dankurang keyakinan diri tu. At least kalau kena reject pun, tak adalah malu sangat. Kita nak mengais bagai nak rak sampai basah lecun kertas tu pun bukannya dia tau. Its better la kalau tulis la sendiri, kalau boleh selitkan sekali seni kata lagu jiwang popular. Kat bawah tu buat footnote sikit.Kalau tak reti tulis, Mintak tolong orang yang lebih makan garam, maksud aku kat sini bukan suka habiskan stok garam kat rumah ya tapi yang banyak pengalaman.
[Amaran : Jangan tulis over sangat, nanti karang tak pasal-pasal korang kena cop psiko gila kentang. Tak ke menyusahkan diri kena kejar ngan polis sebab buat sexual harrassment ngan stalking orang]
3. Jadilah Pak Lawak
Selalunya awek-awek ni suka kat lelaki yang kelakar so, kalau korang kenalah jadi pak lawak. Tapi tak semestinya korang kena pergi audition Raja Lawak ke apa, baru dikira lawak, tidak sama sekali. Joke ni selalu datang secara spontan. Kadang-kadang kita tak buat lawak pun, diorang boleh lawak sampai berguling-guling macam tenggiling, maybe geli hati tengok tingkah laku kita, tak pun dengan ekspresi wajah kita yang berubah secara spontan. Lawak tak semestinya melalui mulut, tapi pergerakan kita,ekspresi kita. Try your best, tapi kalau yang memang tak ada langsusng sense of humor dalam diri korang tu, baik tak payahlah, takut nanti bunyi cengkerik je yang keluar, bunyi ketawa tak ada. Malu beb!
[Amaran : Jangan buat lawak melampau, dan jangan ada unsur-unsur XXX. Lain pulak jadinya nanti, karang tak pasal-pasal baldi hinggap kat dahi]
4. Jadilah gentleman
Tanyalah mana-mana perempuan kat dunia ni, diorang mesti cakap diorang memang minat sangat kat lelaki gentleman ni. Tambah-tambah lagi, lelaki spesis ni dah pupus sama dengan dinasour dulu. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip. Kalau dia nak balik tiba-tiba hujan, payungkan dia. Ala,macam dalam drama tv tu la. Kalau dia pengsan, jangan dibiarkan saja kat tepi jalan, bawak la pegi klinik or hospital. Tiba-tiba dia kena ragut, kejar peragut tu, bukan jadi tunggul sambil buat muka selenga je. Tunjukkan yang kita betul-betul amik berat pasal dia . Sifat-sifat macam ni boleh bikin hati diorang cair macam susu cap junjung.
[Amaran : Jangan pulak terlalu gentlemen, mana tau dia saja je nak amik kesempatan. Kita nak cari bini, bukan jadi kuli]
5. Be Yourself
Ini yang paling penting! Tak payahlah nak berlakon jadi alim ke, baik ke, ataupun berlagak macam orang educated tapi yang sebenarnya yang adooo.. Senang cerita, tak payah nak berlakon la, kalau nak berlakon, pegi uji bakat Pilih Kasih lagi baik. Mana-mana yang buruk tu, kita ubah. Mana-mana yang baik, kita upgrade kan. Tak payah nak sibuk nak berlakon, nanti kantoi jugak. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia bengap juga. Better diri sendiri sebab kita semua ada keistimewaan masing-masing. Lantaklah kalau kita ni pelik lagi die hadr freak, asalkan dia dapat terima kita seadanya...
[Amaran : Memang la dia kena terima kita seadanya, tapi kalau kita ni jenis yang kedekut bagai nak rak, selekeh sampai baju pun berkulat, makan pun bersepah atas meja, tu memang mintak hentak kat siling kepala tu kasi adjust sikit medula oblongata tu.]
Dah habis membaca? Kalau dah, apa tunggu lagi, cuba praktikkan. Kalau sega nak peraktikkan dengan awek, dengan anak permepuan jiran sebelah pun boleh, tapi pastikan dia bukan bini orang, kalau tak bersepai gusi kat lantai. Tak pun, try kat kucing betina, tengok kena cakar ke tak, kalau tak ertinya korang dah master 5 tips ni. Selamat mencuba!
AAA : Dulu masa praktikkan cara ni, mak cik jual cendolseberang jalan pun terpikat... hehehe...
3 comments:
loike :)
Hahahaha... tak sik perlu praktis gik. Tok nak laki mpun, pastok entri camni miak ompuan mok eply taktik laki ya tek. Cewah...
ok... polahla3... sapa x suka mun laki piya :)
Post a Comment