Pasha seorang isteri yang terlalu cemburu kerana Jejai iaitu suaminya lebih banyak habiskan masa untuk menjaga kereta daripada mejaganya, malah duit yang dibelanjakan untuk kereta lebih banyak daripada untuknya sebagai isteri. Sebab dah tak tahan lagi, Pasha bertanya dengan Jejai untuk mendapatkan penjelasan.
Pasha : “Apa kelebihan kereta abang Jejai itu, sampai Abang Jejai lebih memberikan perhatian kepadanya berbanding saya.”
Jejai : “Kerana, setiap kali aku melihat keretaku, aku merasakan kebahagiaan, dari luaran dan dalaman kelihatan begitu indah.”
Pasha : “Aku pun boleh”
Jejai : “Keretaku selalu melayan aku, seperti aku menjaganya”
Pasha : “Kalau kau menjaga aku dengan baik, aku juga akan menjaga kamu dengan baik..”
Jejai : “Ketika aku sedang gundah, aku pergi berjalan-jalan dengan keretaku, seakan-akan masalahku akan berkurang.”
Pasha : “Aku rasa, akupun boleh berusaha menjadi isteri yang seperti itu.”
Jejai : “Ya mungkin kau boleh lakukan semua tu, tapi ada satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh keretaku, tapi kau selalu melakukannya.”
Pasha : “Apa tu?”
Jejai : “keretaku tidak pernah mengeluh”
Pasha hanya bungkam, diam seribu bahasa. Semenjak hari tu, Pasha menjadi kereta..... ooopppsss! isteri yang solehah dan paling penting, no bebel-bebel and keluh-keluh!!!
No comments:
Post a Comment