Pages

June 29, 2011

Maharaja Lawak

Kat Malaysia ni dah banyak rancangan realiti TV yang makin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bermula dengan Akademi Fantasia (yang semakin pudar, nasib baik dah habis), diikuti dengan Malaysian Idol, Mentor, One In A Million, Gadis Melayu, Top Host, Pilih Kaih, Anak Wayang,MyTEAM, Keynote, Sehati Berdansa, Mari Menari, Raja Lawak Astro, Jaguh Kampung, Imam Muda dan terbaru Kilauan Emas. Daripada nak mencari penyanyi, hinggalah nak cari imam, tukang masak, penari, komposer, pelakon, dan pelawak. Senang cerita, semua nak buat realiti TV lah. Tapi ada satu rancangan realiti ni yang betul-betul mencipta fenomena kepada semua rakyat Malaysia, tak lain tak bukan Maharaja Lawak.


Maharaja Lawak, tengok nama pun dah gah bunyi dia kan. Kira ni kompilasi finalis-finalis Raja Lawak Astro dari musim pertama sampailah musim kelima. Tak dinafikan, ada yang bagus, malah ada yang aku rasa lebih layak dinobatkan sebagai Raja Lawak. Sebab apa, hanya juara musim pertama, kedua, ketiga saja yang dapat bertahan lama. Juara yang dua lagi musim tu, entah apa-apa. Dahlah tak best, tersingkir awal pulak tu.


Walaupun dah seminggu dah berlalu,tapi bahang rancangan realiti yang mencipta fenomena baru-baru ni, MAHARAJA LAWAK masih lagi diperkatakan. Tak dinafikan ada yang suka malah ada juga yang masih tak dapat nak menerima keputusan akhir Maharaja Lawak hari tu. Aku pun kira frust jugak la sebab Jozan tak menang, sedangkan mereka tu calon favourite. Apa-apapun, tahniahlah kepada finalis-finalis nisebab menghiburkan rakyat Malaysia sepanjang 13 minggu. Hilang gak stres bila tengok persembahan mereka semua.


Secara keseluruhan, bagi aku oklah persembahan finalis malam tu. Cuma mungkin kita terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka kan, jadi macam persembahan seakan-akan tak cukup puas kita menontonnya. Bagi segmen pertama, graf persembahan menurun dari saat Nabil hinggalah giliran Jambu buat persembahan. Pastu, stadium melawati kembali gamat dengan persembahan Sepah. Jozan pula nampak seolah-olah salah perhitungan bila persembahan mereka tak berapa nak jadi. Sampai ke segmen kedua, momentum mula meningkat dan terus meningkat dengan kehadiran beberapa selebriti yang semakin popular dek rancangan ni.Antaranya Dafi, Zila Bakarin dengan abang Spiderman (kuingatkan patung, orang rupanya)


Nabil, dianggap sebagai genius lawak semenjak zaman Raja Lawak 2 dulu lagi. Dia gunakan segala teknologi yang ada dalam persembahan dia termasuklah GSP, mesin masa, pemadam api dan lain-lain. Dalam erti kata lain, semua prop selagi dia boleh angkut atas pentas, dia angkut. Lawak yang diketengahkan boleh dikategorikan sebagai lawak cerdik atau intelek. Tapi, bagi penonton termasuk aku sendiripun macam susah nak paham lawak dia yang sememangnya berIQ tinggi tu. Adakah sebab IQ lawak dia terlalu tinggi ataupun IQ aku yang tendah sebab susah nak tangkap punchline dia, aku pun tak berapa pasti. Persembahan terbaik masa minggu kedua (sekuel minggu pertama) dan muzikal (walaupun tak hafal lirik)


Peserta yang dinanti-nantikan, duo yang berwajah legend berhati cute, Jambu sentiasa mencuri perhatian juri setiap minggu dengan lawak internationalle mereka. Walaupun ada orang cakap yang lawak mereka ni macam lawak bodoh je, takde isi, sekurang-kurangnya kita boleh ketawa dengan lawak mereka. Tiap kali muncul atas pentas, confirm dengan outfit warna pinknya tu. Mereka pandai bermain dengan ekspresi muka dan gerak tubuh sehinggakan aku sendiripun berguling-guling tak tahan nak gelak. Minggu terbaik masa bersama artis jemputan (Achong Sweetchild) dengan adegan bersama "Nora Danish tu..."...


Kumpulan trio yang paling sempoi dan slumber. Walaupun mereka bertiga ni tak berapa nak popular, tapi mereka memang sentiasa kaya dengan idea, ditambah pulak dengan tiga kepala yang sememangnya gila, memang menjadi-jadilah lawaknya. Lawak mereka adalah lawak paling Melayu pernah aku tengok dalam rancangan ni. Mereka selalu bermain dengan pepatah melayu, kosa kata (yang kadang-kadang tak tau datang dari kamus dewan mana), pastu si Shuib asyik dengan Dafinya. Pendek kata, memang riuhlah jadinya.
Persembahan terbaik adalah masa silent komedi dengan Manisnya Kurma Ini (yang mencetuskan kontroversi tak lama dulu)


Calon favourite, Jozan nampak agak kurang dari segi konsistensi persembahan minggu ke minggu. Sepatutnya Jozan dah boleh mengagak kelemahan ataupun kelebihan peserta yang lain memandangkan mereka pernah menjadi hos selama 4 musim berturut-turut, tapi nampak gayanya mereka agak kurang berbisa tak seperti masa jadi hos Raja Lawak di hadapan TV. Kelebihan mereka berdua ni pulak mengajuk orang termasuklah juri Mamat Khalid pun terkena. Tapi paling tak boleh lupa masa Johan buat parodi Awan Nano, memang tak kering gusi lah. Tambah-tambah pulak, watak Ah Chai dengan Mail Lambung melekat kat kepala dari kanak-kanak sampailah yang tua. Persembahan tebaik masa minggu 11 dan bersama prop.




Rasa-rasanya, Astro lepas ni mungkin akan tetapkan standard yang lebih tinggi untuk Raja Lawak Astro musim-musim seterusnya. Mereka terpaksa bekerja lebih kreatif dan inovatif supaya industri lawak tanah air akan terus hidup selamanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...