Pages

November 5, 2012

Resepiku : Kek cheese Malas



Haaa... Rasa-rasanya mesti ramai yang dah tau pasal kek cheese ni, tapi lain-lain punya version la, ada yang kena perah lemon la, bubuh marjerin mentega la, letak gula bagai, tapi yang ni simple sahaja, Bajet pun around RM50/- macam tu la, tapi besar la, nak bagi jiran-jiran sebelah pun cukup.  Bahan-bahan tu boleh guna banyak kali gak.  Ni dia bahan-bahannya...

Bahan-bahan:

Isi kek:
Cream cheese (kalau nak sedap pakai Philadelphia la, tapi mahal) - 250g
Susu krimer manis (Vitaminised)
Nestum kanak-kanak (perisa madu) - pek kecik
Biskut Marie (perisa coklat) - 1 bungkus (dipatah-patahkan)
Susu kotak penuh krim - 1 kotak

Lapisan atas:
Cheddar cheese (jangan beli yang layer punya, beli yang buku) - 1 kotak
Chocolate rise - 1 botol

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan 250g cream cheese ke dalam bekas, pukul hingga rata.
  2. Tuangkan susu krimer manis tadi sedikit demi sedikit, mengikut  tahap kemanisan yang anda kehendaki (jangan tuang semua, percuma orang kencing manis pulak pasni)
  3. Masukkan nestum secukup rasa
  4. Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang atau bekas (pastikan bekas dilapik dengan aluminium foil ataupun plastik)
  5. Simenkan adunan tersebut sehingga rat
  6. Rendam biskut Marie dalam susu penuh krim seketika dan lapiskan atas adunan tadi (jangan rendam lama-lama, setakat nak basah-basahkan sikit je)
  7. Ulang langkah 4-6 sehingga adunan habis (pastikan layer teratas tu adunan cream cheese ya!)
  8. Parutkan cheddar cheese seberapa banyak yang anda suka (terlalu nipis tak sedap)
  9. Taburkan chocolate rice sebagai topping dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  10. Tunggu sehingga ianya mengeras dan besedia untuk dihidang.

Sebenarnya, rahsia sebenar nak makan cheesecake malas ni, potong masa dia tengah beku, then baru makan masa dia dah mula cair. Sebab apa? Sebab masa dia cair tu la, cream cheese ngan cheddar cheese tu bergabung dan rasanya memang ohsem! Satu lagi, masa nak alaskan aluminium foil ke dalam loyang/bekas tu, pastikan dia ada lebih sikit, supaya bila dah beku nanti, senang nak tarik kek tu keluar dari loyang/bekas, then potong-potongkan dia, ni supaya senang kita nak potong dia. OK, korang boleh cuba sendiri kat rumah ya. Kalau ada yang tak jadi, tak tau apa masalah dia, ataupun nak tanya lebih lanjut, leh bagitau kat komen di bawah. Selamat mencuba!







November 1, 2012

Pesan Buat Si Isteri



Kadang-kadang tu, bila si isteri nak kasi naik rasa romantis ala-ala movie Mohabbatein tu, mula la bercakap berlapik tak tentu pasal. Dah tu, kena pulak ngan si suami yang sengal-sengal ubi, kepala simple je. Nak tau apa yang aku merepek ni? Jom baca kisah ni, untuk sentapan bersama...

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.


Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Si isteri pun .... (sila lengkapkan sendiri ya, pepaham je la apa jadi)


Moral of the story: Lain kali tu cakap je straight to the point, kan tak pasal-pasal kena tafsir mimpi 

October 28, 2012

Oh No, Exam Datang Lagi!





Oh no, exam week datang balik! Makaih, dengan paper-paper yang bapak susahnya (sapa suoh nak jadi cikgu kan? Hihihi).OK, macam biasa, masa nak dekat exam cenggini, banyak benda yang jadi, terutamanya yang tengah mengidap sindrom examophobia nih. Kesian, ada yang dah macam zombi pulak aku tengok.

Masa tak cukup

Time-time camni la 24 jam rasa macam tak cukup (macam masa buat esaimen). Pastu, kelam kabut, marah tak tentu pasal. Bunyi cicak pun dia rasa annoying, bunyi kipas apatah lagi. Telinga tetiba tajam mengalahkan Edward Cullen dan Jacob je. Simptom ni tak semestinya ada masa PMS je ya, tapi masa tengah stress belajar. Tekanan darah sah-sah tinggi la. So, just rileks, tenangkan diri kejap. Takea deep breath and let it go.

Tilam dan bantal melambai-lambai

Asal nak baca buku je, bantal merengek manja mintak dipeluk, tilam yang empuk pulak merayu-rayu kita baring kat pangkuan dia. Terus tulisan kat buku tak dapat nak baca, macam tengah baca tulisan purba, yang Nampak garisan je. Mata pun makin kuyu, makin berat dan… kroohh… kroohh... kroohh… (aku pun tido wat entri nih)

GF/BF tepon tak angkat, anta mesej tak balas

Time gini la diorang rasa tersisih bebeno ye dak? Call x angkat, asyik-asyik kakak manis operator yang tolong jawabkan. Yang tu elok lagi, kalau sampai “Maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan”  cemana tu? Mesej yang dihantar punyalah panjang, tapi dibalas ‘k’ ataupun ‘x’ je. Sapa tak bengang, nasib je diorang tak faks sekali mesej tu, kalo tak sia-sia je.

Perut padai kebal

Dalam masa orang lain rasa kebulur macam zombie hauskan darah, dia maintain je dok steady blaja kat meja tu. Takda langsung rasa lapar, haus ataupun penat. Kalau ada yang nak diet masa ni, gi la study ya. Kompom turun mendadak, bleh ada six pack lagi (berangan je engko, gi gym ar)

Dekat dengan Tuhan

Masa last-last minute camni, semua orang pandai dekat dengan Tuhan. Solat tahajud, solat hajat, solat dhuha, solat sunat dan sebagainya. Al-Quran yang tengah berdebu kat rak tu boleh dibaca sampai khatam setiap hari. Tapi benda ni bagus sebenarnya, at least diorang still ingat Tuhan daripada ada lagi yang masih hanyut dengan dunia lagha diorang tu. Esok exam, malam ni layan PES. Result keluar camtu-camtu je. Amek kau!!!


By the way, semua guru pelatih kat semua kampus IPG akan mula exam esok (paper aku awal pagi esok… huhuhu T.T).  Ingat ya, masa exam tu, langkah kaki kanan dulu, sebelum bukak kertas soalan, baca bismillah dulu, then baca doa kejap. Tenangkan jiwa, tenangkan minda masa nak jawab. Kalau ada yang stuck atau black out, istighfar dan tinggalkan dulu soalan tu, insyaAllah Dia akan menolong kita. 

Good luck and all the best!!!

October 26, 2012

:: Kaf.Ba.Ra.Kaf.Ta.Nun ::


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

 

Semalam, aku dipertemukan dengan seseorang yang amat aku kagumi. Mungkin pertemuan ini telah diatur oleh-Nya untuk menyedarkan aku, hamba Allah yang masih lalai dengan nikmat dunia. Aku agak hairan, biarpun banyak teksi yang berhenti, aku enggan untuk masuk walaupun masih ada ruang di dalam teksi tersebut.  Tiba-tiba, bila tiba saja teksi yang satu ini di hadapan kampus, terus kakiku ringan memasuki ruang penumpang. Pemandunya masih lagi muda jika dilihat dari raut wajahnya. 

Namanya, Uncle Lee.  Dia dah kena tinggal dengan anak bini. Tapi apa kesiannya, uncle (aku panggil uncle la, since bapak aku pun muda lagi) dulu pernah jadi businessman. Tapi sebab mengamalkan sikap yang tak berapa nak berkat, dia pun last-last jatuh bankrap.

“Cikgu, mau pegi mana?”

“Bank Rakyat, dekat ngan KFC Drive thru tu uncle ek”

“Ohhh… 3 ringgit saja”

“Aik, tapi selalu kalau sorang saja dia suruh bagi 8 ringgit?”

“Itu tambang ikut kepala punya. Satu orang ka, full ka, sama saja ma. Itu banyak tipu punya orang”

“Hidup ini tidak perlu tipu la, nanti hidup tidak berkat. Kata percaya itu Tuhan, ikut ajaran dia. Tapi tipu orang, mana ada berkat. Dulu maybe la saya pun suka main tipu sama customer, tapi sekarang sudah insaf. Tak mau tipu-tipu lagi. Nanti Tuhan marah”

“Kita hidup ha, mau buat apa-apa, kena ingat Tuhan tengok. Itu kaya ka miskin ka, itu semua ujian dari Tuhan. Dia mau tengok kita punya jiwa itu bersih atau tidak. Orang cakap orang tamak selalu rugi kan? Saya tidak mahu macam itu lagi, hidup macam ini sudah cukup ma. Hidup sederhana, janji bahagia. Buat apa mau kaya-kaya then tipu orang, buat kerja kotor.”

“Saya dulu pernah buat itu bisnes. Tapi sebab selalu main tipu, tidak berkat.  Mau cari rezeki, biar bijak sikit. Biar lambat mau kaya, tapi berkat. Kalau tidak, kaya pun tidak ada guna, hidup penuh dosa.  Betul tidak cikgu?”

“Then, saya  bankrap la, duit satu pun tidak ada. My wife, anak-anak semua tinggalkan saya. Family halau saya. Sekarang saya tinggal sorang-sorang, sehelai sepinggang. Banyak insaf sudah. Tapi life must go on kan?”

 “Kalau itu Tuhan tidak mau kasi kita mati, kita tidak akan mati. Saya sudah berapa kali eksiden, langgar lori, langgar bas, satu cedera sikit pun tidak ada. Itu Ah long pukul-pukul sama saya, tapi saya still hidup juga. Kalau mau bunuh diri pun tak guna punya, kalau itu Tuhan tidak mau kasi kita mati dulu. ”

“Hidup ini ar, biar apa pun jadi, hidup mesti jalan. Kalau ada buat salah, insaf. Then, ubah hidup kita, baru berkat. Kalau ada masalah, mintak tolong sama Tuhan la, Tuhan memang akan tolong punya.  Ini mau bikin kacau lagi, lawan itu Tuhan. Nanti Tuhan marah, lagi banyak masalah. Betul kan?”

“Ada ramai yang panggil saya untuk kasi ceramah, tapi saya tidak mau. Ramai lagi ustaz-ustazluar sana lagi bagus dari saya. Ada juga kawan suruh saya masuk Islam, tapi saya belum sedia lagi. Nanti next time kita tidak tau. Saya ikut life saya punya flow saja sekarang. Yang penting, life must go on”

“Ok, cikgu, nanti kalau ada jiwa (nyawa), kita jumpa lagi ya”

Sepanjang perjalanan, saya hanya mengiakan semua butir bicaranya. Saya kagum dengan perspektif hidupnya. Sedangkan orang bukan muslim seperti dia mampu berfikir sedimikian rupa, mengapa tidak kita yang lahir-lahir sudah bergelar Islam? 

Mengapa kita memilih jalan yang kotor demi mengejar kejayaan, kekayaan, kemewahan?  Rasuah, pecah amanah, semuanya dilakukan semata-mata ingin mengejar nikmat dunia yang bersifat hanya sementara, walhal banyak dosa yang telah dilakukan demi mengejarnya. Tiada lagi perkataan ‘keberkatan’ yang berlegar di atmosfera minda tatkala hanyut dengan godaan dunia. 

Aku bersyukur kerana telah disedarkan dengan cara sebegini. Aku bersyukur aku telah disedarkan sebelum masanya terlambat. Aku bersyukur  aku masih lagi mampu memabayangkan wajah ibu dan ayahku ketika ingin membuat kemungkaran. Mudah-mudahan, dialapangkan dada kita semua untuk menerima petunjuk dan hidayahNya.  Walllahualam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

September 21, 2012

Dear Esah...



Esah...

Apa kabar Esah? Dah makan ke belum? Kalau dah makan, alhamdulilah. Kalau belum, ada ku kesah? Sihat tak? Kalau tak, pegi klinik, tapi pegi sendiri la. Abang malas nak hantar, menyusahkan je. Pepandai la hidup ya...

Oh ya, lupa pula tujuan sebenar abang tulis surat ni. Mungkin selama ni Esah heran kenapa abang tak balas surat-surat Esah terdahulu. Bukan abang tak balas, tapi malangnya merpati yang hantar surat abang tu kena panggang Pak Leman jeran belakang rumah abang. kempunan nak makan chicken chop katanya. Sebab tu surat tu tak sampai kat Esah. Nak pakai hempon, abang tak reti. Nokia 3310 yang abang baru beli tu mak abang pakai giling cili. Lesung ari tu hilang lepas bapak abang baling kat pencuri ayam malam tu. Kesian bapak abang tu, terliur sangat nak makan ayam kepci, mekdi ngan keni rojes, last-ast makan naget ayamas je la. Abang tak apa, abang layan piza hat je. 

Abang ingat lagi, Esah pernah tanya bila abang nak masuk meminang. Abang bukan nak tipu Esah, tapi abang belum ada duit lagi. Nak beli choki-choki pun kena hutang dengan Ah Heng tu, ni kan pulak nak tanggung Esah. Kalau Esah tak pakai mekap berjenama macam Garnieh ke, Simpelisiti ke, Ole-ole ke, pakai bedak sejuk yang mak abang pakai malam-malam tu boleh la kot. Abang nak beli kondominium, satu keluarga kita dok kat semua tingkat. Satu tingkat tu abang beli, kereta nak kena pakai kreta BMW, Ferrari baru la best.Tapi tu la, sekarang tengah kumpul duit, tengah pikir malam ni nak rompak rumah sapa pulak. Eh, jangan bagitau sesapa tau. Hihihi...

OK la,ink pen abang pon dah nak abih dah ni, nak beli baru takde duit. Ni je la pen yang abang ada sejak amek SPM dulu. Nyesal pulak paper terakhir tu abang mengkantoikan diri abang meniru. Bedak abang pun dah nak abih ni tempek-tempek kat surat ni. Jaga diri bebaik tau. Sayang Esah!

Assalamualaikum...

p/s : tolong watkan pesbuk untuk abang, bang tak reti la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...