Pages

February 22, 2013

Judge Mental

 Assalamualaikum...

Baru je layan movie Juvana, ni dah masok kali kesepuluh aku layan movie ni. Sedih pulak nengok si Daim tu, walopun dia tak bersalah, dia tetap hina kat mata masyarakat. Nak buat cemana, bekas pelajar Juvana kan, so mesti orang jahat punyalah, orang fikir. Tapi tu la mentaliti masyarakat kita. Suka menghukum orang lain, tanpa bukti dan hujah pulak tu.

Contohnya kalo ada hamba Allah ni yang baru keluar dari penjara ke, juvana ke, mesti orang cakap macam ni punya, "Tu la anak Si Bedah yang masuk Juvana tu. Isy, tak kenal dek untung betul dia tu kan Leha, bapak dia sara dia dari kecik, sanggup dia bunuh bapak dia Si Leman tu." tanpa mereka sedari bahawa budak tu dituduh membunuh ayahnya sendiri.

Bila melihat ada anak gadis yang pulang ke kampung dengan kereta mewah, mesti, kompom dan wajib dalam fikiran diorang akan cakap macam ni, "Aih, kerja tak sampai setaun dah naik kereta mewah gitu. Ni mesti buat 'bisnes lain' ni. Tak jual dadah, jual diri, kalau tak, takkkanlah dia mampu nak beli kereta tu kot?'' walhal gadis tu mula berjinak dengan bisnes online yang jauh lebih menguntungkan. Apa, ingat awek tu takleh kaya, takkan nak duduk mengumpat orang dok bergosip 24 jam kat kampung macam Kak Senah tu oiii...

'ntara dialog yang dapat memotivasikan orang yang ingin berubah

Bila jumpa orang cacat di tepi jalan, boleh pulak dengan angkuhnya berkata, ''Tulah, masa merempit tak ingat dunia, kan dah cacat padan muka. Mengemis la ko kat sini, kalau dah namanya sampah, sampah jugak." tanpa mengetahui tangannya terpaksa dipotong gara-gara tersepit dan cedera teruk, dan walaupun cedera teruk, dia tetap menyelamatkan maknya keluar dari kereta dalam kemalangan. Kita tak pernah tau kan? Yang kita tau, nak mengutuk, memaki, menyindir. So typical Malaysian!

Kadang-kadang tu aku perasan, orang-orang kita ni memang suka jadi hakim dan peguam tak bertauliah. Tak percaya? Cuba bukak Youtube, bila ada anak-anak remaja kita buat video even yang bagi nasihat ataupun informasi berguna, mesti, kompom dan wajib kat section comment tu, at least 100 komen nak menjatuhkan si pengupload video tu. Bukan nak bagi komen ataupun kritikan membina, nak memaki je. Dah tu, bergaduh sesama sendiri. Yang bergaduh tu sapa, orang Melayu sendiri. So, fikir-fikirkanlah siapa yang suka menjahanamkan siapa sebenarnya ya, orang kita sendiri jugak. Kadang-kadang tu, rasa malu gak nak mengaku orang Malaysia sebab realitinya orang kita bukan seperti yang digambarkan oleh pelancong asing yang datang ke negara kita...

So, kita jangan la suka nak menghukum seseorang ataupun sesuatu benda tanpa usul periksa. Benda ni boleh jadi fitnah dan kita pulak yang dapat dosa berbakul-bakul. Jadilah orang yang bijaksana, berfikiran terbuka dan bertindak berlandaskan hukum dan bukti, bukan hanya membuat spekulasi sendiri semata-mata. Kita sepatutnya bantu mereka, bukan menghukum sesuka hati. Masa ni memang la kita sesuka hati nak cakap macam-macam, bila dah kena batang hidung sendiri, baru nak insaf


Budak Ohsem : Nama Kak Leha, Kak Senah, Kak Bedah adalah rekaan semata-mata ye...

February 12, 2013

Kalistenik... Another Workout Version


Assalamualaikum wbt...

Aku rasa mungkin ada yang dah tau pasal ni,mungkin ada yang tak pasal kalistenik ni. Kalistenik (chalesthenic) ni masuk lam kategori street ataupun home-made workout, korang boleh buat senaman ni anytime, anywhere. Mostly orang buat kat rumah, taman permainan, dekat pokok, senang cakap kat mana-mana je bila mana keinginan korang nak buat tu dah sampai seru, buatla kat situ.
Dekat bangku po bolehhh...
Apa advantagenya pasal kalistenik ni? First, korang jimat duit lah, takyah nak beli sangat suplimen yang harganya sama ngan harga Galaxy Note sekali angkut. Tu baru sekali angkut, ni nak bulk up satu hal, nak cutting satu hal. Secondly, result dia senang dan cepat nak nampak, asalkan korang berdisiplin dan rajin workout, memang nampak la result dia dalam sebulan macam tu, yang pasti resultnya gempak terbaboom! Next, korang leh wat kat mana-mana je, masa korang tengah tunggu awek melilau-lilau shopping lam shopping complex ke, tengah tunggu bas ke, ambik angin bawah pokok ke, lepak kat taman permainan waima tengah tengok tv kat umah pun leh buat senaman ni. Bunyi macam best kan? Bebudak pun dah start main benda ni, tak caya tengok video kat bawah ni...

 
 Video credit : Bar-Risan Channel

Tapi tu la, semuanya terserah kat kita sendiri je. Kalo supliment habis beribu-ribu, tapi tak konsisten tambah malas darab cepat give up, memang tak ke mana pun hasilnya. Ibarat menanam Koko Krunch belakang umah mengharap pokok gandum tumbuh la gamaknya. Sama gak la halnya ngan kalistenik ni, asalkan kita berdisiplin, rajin dan sabar memang penting, kalo tak memang akan give up lepas buat 2-3 kali. Tahan je sakit sengsara derita tu kejap je, nanti dah dapat hasil kita jugak yang puas hati, betul tak? Bak kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sapa-sapa yang mula nak surender tu, meh tengok video ni jap, harap-harap korang dapat naikkan balik motivasi korang.

 
Video credit : Bar-Risan Channelg

Kalo nak tanya lebih lanjut pasal kalistenik ni, boleh la refer kat  page Bar-Risan ni. Masa tengok kat Youtube, bangga gak la ada gak anak tempatan yang upload video diorang kat sini, baru la nampak yang orang kita pun pentingkan kesihatan betul tak? Ni pulak antara channel Youtube yang korang leh tengok jenis-jenis workout yang ada, yang pasti memang gempak dan wow, fantastic baby la.  Dalam video ni, ada banyak variasi pergerakan (push-up, sit-up dan lain-lain) yang boleh kita praktikkan.
 Video credit : TheBartasan Channel
Ramai antara kita nak badan cantik, ada six pack, badan macam Taylor Lautner la, Christiano Ronaldo, Aaron Aziz la bagai, tapi baru buat 2-3 kali, dah surrender. Hanya yang sabar, berdisiplin dan sentiasa positif je akan berjaya kat penghujungnya nanti. Good luck for you workout!

Budak Ohsem: suma nak jadi macam Aaron Aziz

February 8, 2013

Preview Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 (Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)


Assalamualaikum wbt...

Baru je balik dari tengok citer ni kat wayang. Selama ni terlepas tengok wayang sebab busy sangat (ganti kelas petang ke malam T_T). Sejujurnya, aku takde la minat sangat citer-citer Melayu, apatah lagi nak layan kat wayang, memang tak la. Kadang-kadang trailer kemain lagi, tapi hampeh. Tapi tak tau la kalau filem ni dapat pecah panggung lagi macam Zombie Kampung Pisang ngan Hantu Kak Limah Balik Rumah ke tak, yang pasti movie ni best. Nak cerita banyak pun buat cramp jari je nulis, jom usha dulu sinopsis citer ni...

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....
 
Apa yang bestnya citer ni?
  •  CGI dalam movie ni boleh dipuji la kan, walopun part berlawan ngan hantu tu rasa macam tengok video game je, tapi still dapat hidupkan moodnya
  • Baru tau sejarah asal Kampung Pisang ni, ada kaitan dengan citer ni
  • Watak penduduk Kampung Pisang makin ramai, macam-macam je diorang ni
  • Watak-watak lama banyak yang dah advance lam citer ni
    • Usop dah advance dah, jadi mat rempit, siap ada anak ikan lagi
    • Anak Mamat Khalid lebh advance dia punya senjata kali ni, Resident Evil pon kalah
    • Kak Limah dah baik dari gila dah, tapi ada beberapa babak je yang ada
    • Yang pasti, warung Pak Jabit dah ada wai fai (wifi)
Dalam citer ni, watak Mon (Zombie Kpg Pisang) datang balik (walopun sebenarnya orang lain. Tarikan utama dah tentulah antagonis utama dia, Dr Samsudin (Rashidi Ishak), siapa dia? Apa dia buat? Siapa Mon yang sebenarnya? Kenapa 'Mon' datang balik? Citer banyak pon tak boleh. Kena la tengok sendiri movie ni kat pawagam berhampiran!

Budak Ohsem : antara trilogi filem tempatan paling berjaya kat wayang, good job Mamat Khalid!

February 7, 2013

Preview Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum wbt...

Dengan berakhirnya episod terakhir drama Setia Hujung Nyawa tu tadi, maka berakhirlah sudah fenomena Zain Hakimi - Ersalina Imani di Malaysia. Aku pun boleh tersangkut sekali tengok drama ni. Tak ada lagi yang naik feeling nak jadi Zain Hakimi la, Ersalina Imani la, Kak Bedah Hok Aloh ke apa ke pasni. Semuanya kembali normal.

Zain a.k.a Zain Minho vs Ikram a.k.a Kak Bedah Hok Aloh
Siri adaptasi novel ke filem atau drama semakin menjadi-jadi zaman sekarang ni. Tengok sajalah, Karipap-karipap Cinta, Trilogi Cinta, Nora Elena, Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu,  Adam dan Hawa, Sehangat Asmara termasuklah Setia Hujung Nyawa ni, semua dapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Dari yang dok sibuk ngan drama Korea boleh terpacak depan tv layan drama Melayu gara-gara drama ni. Drama genre kawin paksa ni memang laku zaman sekarang, tengok lah Nur Kasih, Adamaya, banyak lagi la, suma dapat rating tinggi.

Kalo cerita pasal sinopsis drama ni, dipendekkan ceritanya, Zain dan El dipaksa kawin lepas tunang Zain, Sofea hilangkan diri. Dalam masa 3 bulan, diorang tak pernah tidur sekatil apatah lagi nak tidur bersama, alih-alih El mengandung. Zain ingat El sanggup jadi pengantin pengganti sebab nak tutup malu, kiranya macam nak Zain ni jadi pak sanggup pulak dah. Start dari moment ni, rumahtangga diorang dilanda konflik. Hadi apalagi, bila dah dapat tau peluang dia nak dapatkan El cerah, jadi batu apilah dia. Dah la tengah ada konflik tu, Ikram dan Eriza datang balik dalam hidup diorang berdua, makin menjadi-jadi la dramanya. Bila Datin Adibah dapat tau hal ni, dia halau El dari rumah dan paksa Zain ceraikan Zain. Rupa-rupanya, bukan El saja yang pernah terlanjur sebelum ni, Zain pun pernah terlanjur dengan orang lain. Benda ni yang insafkan Datin Adibah untuk terima El semula. Ikram balik ke Yaman untuk bina hidup baru dan diorang bahagia hingga hujung nyawa.

Rasanya antara faktor yang mengsukseskan drama ni, barisan pelakon pelbagai generasi (80-an sehingga ekarang), gandingan pelakon-pelakon senior macam Zila Bakarin sehiggalah pelakon pelapis macam Amar Asyraf ni. Ditambah pulak dengan comeback heroin era 80-an, Raja Ema, memang gempak habislah. Then, dalam drama ni ada unsur Korea-korea sikit, almaklumlah si Ersalina ni minat LeeMin Ho, sampai Zain ponsanggup tukar rambut  siap gelar sendiri Zain Minho lagi. Dia punya jalan cerita pun ada komedi comel macam drama Korea. Then, semua pelakon nampaknya bagi 100% komitmen dalam drama ni, hasilnya dapat hidupkan watak tu dengan baik, tak kira dari protagonis sampailah antagonis. Tu yang sampai Talha Harith kena ketuk sorang mak cik dalam lif tu. Tu belum lagi berbakul-bakul caci maki dalam akaun Twitter dia.

Part yang paling bagi kesan masa episod finale
Part paling menyentuh perasaan aku masa Ikram menangis. Fuuhhh... memang terasa gila. Aku faham perasaan Ikram tu, sebab aku sendiri pernah merasa betapa luluhnya hati bila gadis yang kita cinta, yang kita nak jadikan isteri, bahagia dengan orang lain. Mungkin tu jodoh dia, tapi perasaan sebagai orang yang pernah mencintai dan dicintai gadis tu memang tak boleh nak diungkap dalam kata-kata. Masa tu, walau semacho mana, sego mana, even setough mana pun lelaki tu, at last air mata turun gak, nak tunjuk betapa kecewa dan terlukanya hati tu.
Tapi yang tak berapa bestnya impak drama ni, ada yang salah interprete mesej di sebalik drama ni. Tak tau la kalo diorang ni paham jalan cerita ke tidak, tapi nampak gayanya macam syok tengok muka hero heroin ni. Bak kata Kak Bedah, hok aloh...
Apa yang dia sedang fikirkan tu agak-agaknya
Bila perhatikan balik ending dia, macam tergantung pulak. Watak Hadi tak tau apa pengakhiran dia, macam tu gak ngan Eriza, episod ni macam bagi hint dia akan buat sambungan. Sama ada sambungan dalam bentuk drama siri, telemovie ataupun drama, itu tak tau la. Setakat ni sequel drama TV3 macam Nur Kasih dan Juvana dah masuk panggung dah, dua-dua pecah panggung. Sequel Vanila Coklat lak jadi telemovie. Yang ni kena tanya Rosyam Nor la, dia tauke drama ni kan. Mana tau lepas ni Sofea datang balik pulak kan, kita tak tau.

Lepas ni, entah drama mana pulak yang akan buatkan facebook, twitter trending dengan mendadak sekali pasni. Sama-samalah kita tunggu.

Budak Ohsem : pasni suma pakwe pakat nak wat rambut ngan romantik cam Zain Min Ho nih

January 22, 2013

Obesiti Itu Satu Obsesi

  

Assalamualaikum wbt...

Bukan niat hamba ingin menghina golongan yang obes ni, tapi kalau difikir kenapa diorang obes? Yup, betul ataupun korek bak kata omputih. Diorang obes sebab obsesi diorang terhadap makanan. Mekdi la (boikot! boikot!), Kepci la, Piza Hat la, Keni Rojes la, Ramli Beger la, banyak lagi la.

Tapi kali ni bukan nak cerita pasal obesiti ataupun Siti Nurhaliza ya, tapi obsesi makhluk bergelar manusia ni. Setiap sorang daripada kita ada obsesi masing-masing.Ada yang obses ngan video game, sampai lupa nak makan, solat, mandi dan sebagainya. Ada yang terlalu obses ngan K-pop sampai hafal semua lirik lagu diorang tapi Surah 3 Qul pun tergagap-gagap lagi.  Ada yang terlalu obses ngan pompuan cantik sampai sanggup jadi stalker, last-last jadi perogol bersiri. Ada yang obses nak cantik, semua benda nak dicucuknya, last-last muka pun macam Shrek, lagi huduh dari muka asal. Kalau tengok kat sini, bila kita terlalu obses, maka semua benda tu tadi akan makan diri kita balik penghujungnya nanti. Masa tu nanti tak payah nak menyesal pulak ya, dah terlambat.

Oh ya, lupa pulak nak bagitau obsesi ni apa benda. Jangan bingung dokhentak-hentak kepala kat dinding, obsesi ni bukan jenama pampers ataupun megi, tapi sejenis perasaan suka atau minat terhadap sesuatu yang melampu-lampu menjangkaui tahap hiperbola. Dia kira adik  kembar kepada fanatik la.

Senang cerita, jangan biarkan obsesi mengawal tubuh dan minda korang. Kalau tak, memang ke laut la gayanya idup korang. Kalau setakat minat atau suka seusuatu benda tu tak salah, tapi kalau sampai melalaikan kita dari landasan agama, tu dah kira masalah kronik tu. Dalam kubur nanti, malaikat takkan tanya pasal Xbox ke, PS3 ke, Angry Birds ke, lagu K-pop ke, tapi yang diorang tanya SIAPA TUHAN KAMU? Dapat jawab ke kalau sepanjang hayat dok leka ngan benda-benda duniawi sampai hal ehwal agama sendiri pun tak dipedulikan? Fikir-fikirkan... 

Budak Ohsem: Jangan obes sudaaaahhhh

January 16, 2013

Alkisah Fizik, Painkiller dan Orang Kampung


Assalamualaikum wbt...

Haaaa... mesti ada yang terkebil-kebil lagi hairan lagi pelik akan tajuk di atas. Apa pulak kaitan Fizik dengan painkiller? Siapa pulak orang kampung yang dimaksudkan. Sabar, bawak bertenang, ada kisah di sebalik benda ni sebenarnya. Alkisah...

15 Januari 2013, Makmal Biologi...

Ari tu kitorang belajar chapter Vektor apa ke namanya tah, Vektor Relatif kot. En Azmi (pensyarah SCE3105) pun bagi la contoh soalan untuk kitorang jawab. Perrgghhh.... serabai kepala otak aku. Kalau setakat vektor tu takpa lagi, ni sampai nak kira vektor relatif sampan kepada tebing la, vektor kapal terbang relatif kepada angin la, abis semua kenderaan keluar, UFO je belum. Bila dah lama sangat tak sentuh ilmu Fizik ni, tambah-tambah lagi masa sekolah dulu tak khatam-khatam sebab cikgu yang mengajar 'ter'beranak dua taun berturut-turut (why it have to be happen to me, why?), rasa bebalisme la sikit. Nasib baik la ada gak classmate yang memang genius Fizik ni, maybe masa kecik dulu diorang ada tertelan magnet ke, pendulum bob ke apa, manalah tau kan. Tapi memang respek kat diorang ni.


16 Januari 2013, Makmal Fizik...

Masuk pulak chapter Daya Linear ke apa benda (maaf, memori kena virus, so lupa-lupa ingat je) yang kitorang belajar, tup tup masuk balik Teorem Phytagoras. Waahhh, lama dah aku berpencen dar tajuk ni. Addmath dulu pun dapat A (double wow~) sebab nasib je, tu pun lepas belajar separuh mati. Naik pening mata, juling mata, gila je belum belajar Fizik ni. Aku memang tabik la kat sapa-sapa yang master lam Fizik ni. Naik migrain aku dibuatnya. Kos, sin, teta apa lagi nama alien yang aku dengar aku pun tak tau.

Bukannya aku tak suka Fizik, tapi aku memang anti alias fobia sikit ngan nombor ni. Nak kira balik baki duit pun slow macam penyu (percuma je penyu dapat nama kat sini). Cemana nak kira wang hantaran gini, cehhh... Aku memang salute to the tabik spring la kat member-member yang terer Fizik ni. Aku ni kalo takat Bio ke, Kimia boleh la kawtim tapi kalau Fizik, mintak maaf je la memang trauma habis. Tak tau la cemana result aku semester ni, kena belajar double triple kot. Kurangkan Runningman, Merlin, Supernatural, banyakkan praktis Fizik. Bak kata penghulu kampung aku dengan slang omputih nya, ''practice make perferct!''

Ingat lagi Encik Azmi berseloroh pagi tadi, belajar Fizik ni kena get ready ubat migrain awal-awal, nanti tetiba migrain tak dapat jawab soalan ngan betul. Kalau telan 2 bijik pun tak baik jugak, telan je 4 bijik, overdose takpe janji baik. Lama -lama memang habis la stok painkiller bagai kat farmasi depan kampus ni, Semua beliau sapu, lagi-lagi lepas mengajar kitorang, selori pun tak cukup dos lagi. Wakaka... Terbaik la Encik Azmi. Nasib la beliau ni sempoi sikit, boleh bawak melalut-lalut gitu. Tagline dia paling popular "orang kampung pun tau benda ni" kalau kitorang tak dapat jawab soalan dia. Muka selamba je, maintain cool bak kata orang kampung aku la. Orang kampung manalah tu semua tu, semua benda psal  Fizik dia tau, keturunan Albert Enstein ke apa. Tu je la aku nak cakap. Sori melalut sikit, ok bye!

Budak Ohsem : lepas ni boleh kehabisan stok farmasi depan kampus aku ni -.-

January 11, 2013

Nasi Goreng Dabai


Assalamualaikum wbt...

OK, aku pasti ada yang terlopong dan ternganga sampai tak sedar lebah dan lipas masuk lam mulut tu. Bawak bertenang, makanan ni bukannya makanan dari planet ataupun galaksi lain, memang ada kat bumi Malaysia yang tercinta ni ya. Buah dabai ni hanya terdapat di Sarawak (setakat yang aku tau la, negeri lain aku tak tau la), terutama sekali di kawasan Rajang, Sarikei, Mukah dan Sibu. Kat situ memang syurga dabai la katanya.
Kalau nak buah dabai ni, kena rendam dalam air panas dulu

Kalau kat semenanjung ada petai, jering bagai, kat Sarawak pulak ada buah dabai dan engkalak.Yang spesialnya buah dabai ni sampai ke isi dalam bijik dia boleh makan. Boleh la kuis-kuis isinya guna pencungkil gigi ke jarum ke, sodaaaappppp...

Sampai ke isi bijik pun boleh dimakan, ko ada???

Ok la, sebelum memasak, kta kenalah baca basmallah dulu, ye la at least tak ada yang terbakar masa memasak nasi goreng ni karang kan. Then, sediakan bahan-bahan yang aku listkan kat bawah ni:

2 Mangkuk nasi yang telah disejukkan
1 biji telur ayam (tak nak guna telur pun takpa)
3 ulas bawang merah (di tumbuk)
1 ulas bawang putih (di tumbuk)
7 tangkai cili padi (di tumbuk)
5 biji buah dabai (di rendam air panas dan di siat-siatkan isinya)
1 sudu sos tiram
sedikit garam

Cara-cara nak memasaknya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Pecahkan telur dan kacau sampai hancur
  3. Bila dah garing, masukkan bahan--bahan yang dah ditumbuk tadi dan masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
  4. Bila dah naik dah bau tu, nasi yang disejukkan tadi masukkan ke dalam kuali, pastu kacau-kacau sampai sebati
  5.  Last sekali, masukkan isi-isi dabai yang dah disiat tadi ke dalam kuali dan kacau hingga sebati ngan nasi
  6. Bila dah garing, angkat nasi goreng tu dan sedia untuk dijamah dengan rakusnya!

TADAAA!!!



Satu petua, kalau nak rasa nasik goreng yang masyuk punya, sejukkan dulu nasik tu dalam peti sejuk, tapi jangan pulak korang bekukan dalam freezer pulak ya. Selamat mencuba!

Budak Ohsem : bakal bini kena pandai buat nasi goreng ni hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...