Pages

January 4, 2011

Selamat Tahun Baru Sayang

Bunyi cengkerik mengiringi kepekatan malam yang kian gelap. Hanya sesekali guruh berdentum memecah sepi malam nan sunyi.Menjelang beberapa hari saja lagi, 2010 bakal melabuhkan tirainya. Anna duduk santai di atas katil sambil . Bunyi dentuman guruh langsung tidak menarik perhatiannya pada masa tersebut. Matanya hanya fokus pada surat yang teerlipat kemas di hadapannya. Buku-buku rujukan tersusun kemas di atas meja, langsung tak dihiraukan. Nukilan dalam surat tersebut menyentap jiwanya semenjak setahun yang lalu.


Sayang,

Sorry la, abang tak dapat nak sambut new year dengan sayang. Mungkin sayang marah dengan abang sekarang, tapi abang nak sayang terima hakikat yang abang sekarang dah tak ada lagi di muka bumi ni. Mungkin dah ditakdirkan kita untuk bersama. Abang pasti ada orang lain yang lebih layak untuk berada di sisi sayang. Walau apapun, abang doakan kebahagiaan Ana dan mudah-mudahan sayang dapat lelaki yang lebik baik daripada abang.

Ari mata dibiarkan mencurah laju menuruni pipi. Pada saat itu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakit dan seksanya jiwanya. Kebahagiaan yang diharapkan kini hancur berkecai. Hatinya meronta-ronta kesakitan. Begitulah keadaan Ana sejak sebulan yang lalu. Pak Rahim dan Mak Tinah sudah buntu melihat keadaan anaknya. Mujurlah Ana masih mampu mengawal perasaan. Jika tidak, mungkin dia akan mengambil keputusan bunuh diri. Namun, dia takkan berbuat demikian. Kerana dia pasti, ‘abang Ikram’ masih hidup di luar sana.

Dia terduduk lesu di balkoni. Matanya menerawang jauh menembusi kepekatan malam YANG MEMBISU. Guruh yang sedari tadi berdentum dengan garangnya tidak lagi kedengaran, seolah-olah faham akan keinginan Ana untuk membuai perasaannya yang sayu. Hujan renyai-renyai mula turun, mengiringi imbasan kenangan hitam yang telah merampas nyawa insan yang amat dicintai.



3 bulan yang lalu...

“Abang Ikram... Abang Ikram...” suara Ana lemah namun masih mampu didengari Anita yang menemaninya di sisi katil semalaman.

“Kakak! Kakak! Alhamdulillah.... “ jelas kedengaran keriangan di sebalik suara adiknya itu.

“Mak! Mak! Kakak dah sedar!”

Suara sayu Anita sayup-sayup kedengaran. Dengan perlahan, Ana membuka matanya. Kepalanya terasa sakit sekali. Seluruh badan terasa lemah. Kelihatan semua ahli keluarga, rakan-rakan mengerumuninya di sisi katil kecuali…

“Mak, abang Ikram mana mak?”

“Ana,bawa bersabar nak…”

“Kenapa abang Ikram tak ada mak? Mana abang Ikram? Abang... Abang….”

Walaupun badan terasa sakit, namun digagahkan juga dengan saki baki kudrat yang ada. Mak Tinah hanya mampu menagis melihat anaknya. Sekiranya Ana tersedar dari koma lebih awal, mungkin dia sempat untuk berjumpa dengan Ikram sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Memang keajaiban terlah berlaku. Ana mampu terselamat dari kemalangan jalan raya, namun Ikram tewas swaktu bergelut dengan maut. Ana yang mendengar khabar dari Anita hanya terkulai lesu.





Ketukan di pintu menyentakkan lamunannya. Air mata yang membasahi pipi dikesat. Rambut yang kusut masai dikemas rapi. Dengan perlahan, daun pintu dikuak. Di sebalik pintu, berdiri Pak Rahim dan Mak TInah. Ana memberikan senyuman nipis, biarpun kelat. Jelas kelihatan matanya merah dek menangis seharian.

“Nak, mari makan nak. Dah sehari kau tak makan. Mari nak” ajak Mak Tinah, sayu.

“Baiklah, mak. Selepas ni Ana turun.”

Sebenarnya, Ana berasa serba salah kerana terlalu melayan perasaannya sendiri tanpa menghiraukan kebimbangan ibu bapanya. Hanya kerana dia seorang, seluruh ahli keluarga tidak keruan. Mulai hari ni, Ana nekad untuk meneruskan kehidupan dengan lembaran kisah yang baru. Apa yang penting, keluarga dia senang melihat dia gembira.

Belum pun sempat dia melangkahkan kaki ke dapur, kedengaran ada orang memberi salam di depan rumah. Setelah membuka pintu, Ana hanya terlopong dan hamper pitam tidak percaya dengan lelaki yang berdiri di hadapannya. Susuk tubuh itu begitu dikenalinya. Cuma, wajahnya kelihatan lebih muda sedikit dari lelaki tercinta, Ikram.

Menyedari Ana kaku di hadapannya, lelaki tersebut segera memperkenalkan diriya, takut kalau-kalau Ana tersalah faham akan dirinya.

“Assalamualaikum, saya Ilham, adik arwah abang Ikram. Saya datang ni atas wasiat abang ”

Menyedari lelaki di hadapannya bukan abang Ikram, Ana yang tersipu-sipu malau lantas menjemput Ilham masuk ke rumah. Yang pasti, kehadiran lelaki ini bakal merubah hidupnya selama-lamanya.





1 bulan kemudian…

Beberapa jam lagi tahun 2010 melabuhkan tirainya. Lautan manusia mula bersesak ke i-City bagi menyambut ambang tahun baru di sana. Segenap pelosok dipenuhi pengunjung sama ada orang tempatan mahupun pelancong luar Negara. Keindahan panorama di i-City memang menakjubkan. Ramai pasangan kekasih tidak melepaskan peluang menyambut tahun baru bersama. Tidak ketinggalan Ana dan insan yang tersayang, Ilham. Memang tidak dinafikan, Ilham telah banyak mengembalikan semula kebahagiaan dalam naskhah hidupnya sejak kematian Ikram. Tambahan pula, wajah mereka yang seiras dan mempunyai personaliti yang hampir sama menyebabkan Ana mudah menerima Ilham dalam kamus hidupnya.

“10… 9… 8… 7… 6… 5… 4… 3… 2… 1…”

Langit yang gelap mula diwarnai letusan bunga api yang berwarna-warni. Panorama begitu indah sekali. Ilham lantas merapatkan kepalanya ke telinga Ana.

“Ana, memang sebelum ini Ilham tak berapa setuju untuk meminang Ana, tapi atas wasiat abang saya kena tunaikan juga. Saya tahu saya mugkin tidak dapat menggantikan tempat abang di sisi Ana. Saya takut Ana tak dapat mencintai saya sebagaimana arwah abang dulu. Tapi, terima kasih Ana sebab terima saya. Selamat tahun baru sayang.”

Ana hanya mampu tersenyum. Ternyata Tuhan telah memakbulkan doanya. Kini, ada orang telah membahagiakan dirinya biarpun bukan dengan Ikram. Namun, Ilham telah memberi sinar baru dalam hidupnya.

Ana lantas membalas ke telinga Ilham, "Selamat tahun baru juga, abang"
Ilham tersenyum lebar, kini Ana telah menerimanya dan dia akan menjaga Ana sebaik mungkin sebagaimana janjinya kepada arwah Ikram setahun yang lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...