Pages

October 10, 2010

Lagu Rakyat Negeri Sarawak

Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu ari nya duak kelaik,
Beranok anok sik renti-renti,
Sorang madah dirik bagus agik,
Sorang sik ngalah walau sampei ke mati.

Udah lejuk nya duak kelaik,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tok tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman

Epik Rakyat Sarawak: Puteri Santubong Puteri Sejinjang

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang adalah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang. Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“Sejinjang, lepas seleseia molah kerja kita duak tok, kita bermain-main, maok sik?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Aoklah. Tapi kita maok main apa?” balas Puteri Sejenjang.

“Kita main tapok-tapok rah taman bunga rah halaman sinun. Lekak ya kita petik bunga-bunga nak dah mekar rah taman.”

“Aoklah Santubong! Udah lamak juak kita sik metik bunga-bunga rah taman ya.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejinjang! Kitak nangga sik dirik kamek nak serba sik cacat to!k Dengan duduk menenun kedak tok, kamek dapat menjaga kerampingan pinggang kamek tok. Kamek pasti suatu hari kelak, bila anak raja sampai ke sitok, nya akan melamar dan mengahwini kamek. Aduh! Betapa bahagianya saat ya, Sejinjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila kamek udah diam rah istana kelak, mesti sidak dayang mengelilingi kamek, sambil menyikat-nyikat rambut kamek nak mengurai tok. Kelak sidak akan madah, toklah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah sidak nemu. Saat ya kameklah tuan puteri yang paling cantik rah dunia tok.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Sikkah kitak tauk Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi camtok menjadikan tubuh kamek tok , kuat dan tegap. Subur menawan. Leher pun jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi to kjuak jari-jemariku halus dan lengan kamek tok terasa tegap daripada kitak nak asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, kitak cepat gik rebah ke bumi. Takut anak raja ya melamar kamek dolok,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejinjang! Mun asyik megang antan, iboh harap betis kitak ya akan jadi bunting padi. Takut lemak sik berisi. Gara-gara antan ya juaklah jari-jemari kitak ya, kesat dan kasar. Sik seperti jari-jemari kamek tok nak halus dan runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan. Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

3G!: Gamma Gempak Giler! [Modul I]



Suasana kelas riuh mengalahkan suasana di shopping mall semasa Mega Sale atau Year End Sale a.k.a YES! Yang perempuannya sibuk mengumpat sesama sendiri, macam-macam berita yang dihebahkan, dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar hal. Lagakanya mengalahkan skuad Fuhhh!!!, Melodi dan Terjah! pula. Biarpun akses wireless sukar untuk didapati di sekolah itu, namun 'internet bergerak' tetap berjaya menerobos masuk ke dalam 'inbox' setiap pelajar. Daripada sumber mana mereka dapat berita tu, Tuhan saja yang tahu. Entah benar entah tidak, entah betul entah salah, tidak pula diselidiki. Yang malu, insan yang diaibkan. Sampaaikan ada yang memakai topeng opera cina untuk menutup wajah yang keblushingan itu. Yang lelaki pula, semua berkumpul di sudut belakang, bercerita tentang perang, bola, games dan smestinya perempuan. Nama pun lelaki kan. Di sudut lain, ada juga couple yang sedang tangkap lentok dantangkap leleh, hinggakan air liur basi yang meleleh keluar bagaikan biawak komodo kelaparan pun tak sedar. Pabila mata bertentang mata, jiwa bersatu semula. Ceh, macam main jigsaw puzzle pulak dah. Nanti break lain pulak cerita mereka ni. Ada juga yang sibuk menyiapkan modul Addmath yang Mr Lim berikan sebentar tadi. Fulamak, rajin gila tahap gaban mereka ni...


Di kejauhan, kedengaran bunyi kunci dan derapan tapak kasut yang begitu sinonim sekali di pendengaran waraga Gamma. Saat itulah, jantung yang berbunga sedari tadi bagaikan ditimpa ribut Katrina, peluh pula menitik ke muka dengan selambanya. Muncullah satu figura yang amat digeruni di SainsKu, siapa lagi kalau bukan Mr Lim. Bunyi kuncinya ibarat emergency alarm menandakan bahaya sedang mara ke hadapan. Simtom-simtom ini adalah kebiasaan bagi warga Sainsku amnya, dan warga Gamma khususnya. Lagu Differentiation dan Intergration yand dikomposnya begitu indah sekali seni katanya, mungkin boleh menempah tiket akhir Juara Lagu. Kalau tidak pun, sekadar nominasi Anugerah Indusri Muzik ataupun Anugerah Planet Muzik. Suaranya yang lantang, menggerunkan sesiapa yang mendengarnya. Ada juga yang merasa jantungnya seolah-olah ingin tercabut dari tangkainya.

Tapi, dia hanya lalu sahaja. Jelingan tajamnya menusuk ke dada, bagaikan memberi amaran supaya menyiapkan homework yang diberikan. Jika tidak, padahlah jawabnya. Setelah beliau beliau berlalu pergi, semua menghela nafas lega. Semua mukatampak pucat, seakan - akan menyaksiakan maut di hadapan mereka, seperti Final Destination. Kini, kelas yang tenang aman dan tenteram kemnbali bingit. Burung-burung yang terbang berhampiran ketakutan dan terbang bertempiaran. Mana-mana binatang yang tak tertahan dek kebisingan yang boleh mencecah 10 ribu dB dan mampu mencarikkan gegendang telinga itu, akan terkena sawan bunyi dan koma sepanjang hari. Alahai kesiannya...

Pengembaraan Bermula...???

"Allahu Akbar! Allahu Akbar..."
Laugan azan penuh gema memenuhi ruang metropolis Melewar. Kelihatan kapsul-kapsul berkumpul di perkarangan Masjid Atmosfera Iman. Bagi yang berniaga pula, masing-masing menutup kafe dan hypermarket masing-masing bagi menghormati Solat Jumaat. Setelah selesai solat Jumaat dan pulang ke rumah, Pak Wan snggah sebentar ke sebuah surau klasik yang dipelihara untuk dijadikan tapak warisan dunia UNESCO. Bangunan yang sedikit usang itu memberi satu memori indah yang takkan lekang dari ingatannya sampai bila-bila...

40 Tahun lalu...

Sekumpulan anak muda meredah bahang panas mentari di siang hari. Pengembaraan yang penuh ranjau dan liku, agak sukar untuk direntas bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kentut berdarah. Akan tetapi sekumpulan anak muda ini tetap sabar, sabar,sabar…. Dan sabar telah ke klimaksnya!!! Insan yang lalu sekadar bertanya soalan yang agak klise pada penngamatan saya. Bak kata orang kampung, common sense yakni " Bas tak datang ke?" (Bai, kalo bas datang, takdelah kami nak terkial-kial berjalan kaki kot.) Di kejauhan, sayup-sayup kedengaran suara khatib menyampaakan khutbahnya, namun perjalanan tampak masih jauh. Peluh-peluh jantan mula memercik di dahi dan mengalir deras seperti air terjun Niagara, membasahi baju Melayu yang baru digunakan untuk raya yang lalu.

Pada mulanya, ramai juga yang berjalan kaki ke sana bagaikan kontingen yang membuat lintas hormat di Asian School Games. Malah, nun di hadapan sana, Fahmi dan Saiful sudahpun memulakann jejak mereka. Di garisan permulaan lagi, Aizzaq telah melanggar perjanjian apabila menaiki kereta sedangkan dialah insan yang paling bersemangat jitu memimpin kami untuk hanya berjalan kaki ke sana. Kemudian, satu per satu tersingkir dan dibawa pergi oleh kenderaan lain. Akhirnya, tinggalllah lmna orang anak muda kacak bergaya; Idris, Daus, Zoul, Azwan dan Izzat melangkahkan kaki dengan longlainya menuju ke rumah Allah di kejauhan sana. Perjalanan yang tidak begitu jauh terasa bagaikan berbatu - batu nautika jauhnya, ditambah pula kehangatan mentari yang lebih panas daripada kepanasan di Gurun Sahara. Berkat kesabaran dan kehenseman lima anak muda ini, akhirnya tiba juga ke destinasi biarpun jemaah sudah memasuki rakaat kedua. Dengan kudrat yang masih berbaki, mereka sudahi jua solat Jumaat itu walau masbuk sekalipun.

Selepas salam kedua diberi, terfikir di benak; "Takkan nak berjalan kaki lagi kot, dah panas giler nih". Namun, mereka gagahi jua. Namun ternyata, giliran Daus dan Idris pula yang melanggar ikat setia apabila menaiki kereta. Tinggallah mereka bertiga sahaja. Di saat menghampiri garisan penamat, Izzat pula mengundurkan diri apabla menaiki motosikal senior yang disanjungi. Tinggallah dua insan yang haru - biru itu meredah ke garisan penamat.

Akhirnya, kornea mata telah menangkap imej pintu masuk, menandakan garisa penamat semaikn hampir. Zoul hanya mampu mengengsot, seperti hantu dalam filem Suster Ngesot. Azwan pula sudah dapat merasakan segala lemak tepu yang menjadi koleksi selama ini terbakar dan terhapus akhirnya. Kedua-duanya memasuki pintu masuk dengan lagakberjalan di red carpet, biarpun kaki terasa bagaikan hendak tercabut dari badan. Baju dibasahi peluh, seperti baru menikmati sauna di spa , menyebabkan saham dari segi keterampilan merudum. Tiba di kamar, lelah dilepaskan di atas tilam yang empuk.

Kini...


Pak Wan tersandar lesu di kerusi urut Ogawa. Si isteri pula datang sambil membawa dulang berisi lasagna dan lamb chop. Cucu-cucu Pak Wan; Upin, Ipin dan Apin baru tiba. Kini, mudah sahaja, kapsul ekspres kenderaan yang mampu membawa manusia ke mana sahaja mereka igin pergi dengan sepantas kilat, tidak seperti 40 tahun dahulu; terpaksa memerah keringat berjalan kaki ke destinasi yang hendak dituju. Segalaya mudah, tapi timbul satu persoalan yang masih belum terungkai di fikiran Pak Wan sejak dulu lagi. Mengapa manusia masih malas mahu ke masjid atau ke surau untuk mengerjakan solat berjemaah, sedangkansaban tahun, kehidupan mereka semakin mudah malah kini mereka mampu bergerak dengan pantas dan mudah dengan adanya kapsul ekspres? Ternyata, pembangunan mampu meningkatkan daya produkti masyarakat moden namun kurang pula pembangunan insani. Ya Allah, besar sungguh dugaan hambaMu untuk mengerjakan ibadah sujud kepadaMu. Kau peliharalah cucu-cucuku daripada musibah ini nanti. Amin...

Cerita di atas adalah untuk hiburan semata-mata. Watak-watak ini seperti diketahui masih hidup semuanya, Alhamdulillah. Segala kesilapan dalam penggunaan ayat atau frasa dalam cerita ini yang menyinggung perasaan sesiapa amatlah dikesali. Harap maklum.
(Ada ku kesah ker??? ... Hahahaha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...