Pages

October 26, 2012

:: Kaf.Ba.Ra.Kaf.Ta.Nun ::


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

 

Semalam, aku dipertemukan dengan seseorang yang amat aku kagumi. Mungkin pertemuan ini telah diatur oleh-Nya untuk menyedarkan aku, hamba Allah yang masih lalai dengan nikmat dunia. Aku agak hairan, biarpun banyak teksi yang berhenti, aku enggan untuk masuk walaupun masih ada ruang di dalam teksi tersebut.  Tiba-tiba, bila tiba saja teksi yang satu ini di hadapan kampus, terus kakiku ringan memasuki ruang penumpang. Pemandunya masih lagi muda jika dilihat dari raut wajahnya. 

Namanya, Uncle Lee.  Dia dah kena tinggal dengan anak bini. Tapi apa kesiannya, uncle (aku panggil uncle la, since bapak aku pun muda lagi) dulu pernah jadi businessman. Tapi sebab mengamalkan sikap yang tak berapa nak berkat, dia pun last-last jatuh bankrap.

“Cikgu, mau pegi mana?”

“Bank Rakyat, dekat ngan KFC Drive thru tu uncle ek”

“Ohhh… 3 ringgit saja”

“Aik, tapi selalu kalau sorang saja dia suruh bagi 8 ringgit?”

“Itu tambang ikut kepala punya. Satu orang ka, full ka, sama saja ma. Itu banyak tipu punya orang”

“Hidup ini tidak perlu tipu la, nanti hidup tidak berkat. Kata percaya itu Tuhan, ikut ajaran dia. Tapi tipu orang, mana ada berkat. Dulu maybe la saya pun suka main tipu sama customer, tapi sekarang sudah insaf. Tak mau tipu-tipu lagi. Nanti Tuhan marah”

“Kita hidup ha, mau buat apa-apa, kena ingat Tuhan tengok. Itu kaya ka miskin ka, itu semua ujian dari Tuhan. Dia mau tengok kita punya jiwa itu bersih atau tidak. Orang cakap orang tamak selalu rugi kan? Saya tidak mahu macam itu lagi, hidup macam ini sudah cukup ma. Hidup sederhana, janji bahagia. Buat apa mau kaya-kaya then tipu orang, buat kerja kotor.”

“Saya dulu pernah buat itu bisnes. Tapi sebab selalu main tipu, tidak berkat.  Mau cari rezeki, biar bijak sikit. Biar lambat mau kaya, tapi berkat. Kalau tidak, kaya pun tidak ada guna, hidup penuh dosa.  Betul tidak cikgu?”

“Then, saya  bankrap la, duit satu pun tidak ada. My wife, anak-anak semua tinggalkan saya. Family halau saya. Sekarang saya tinggal sorang-sorang, sehelai sepinggang. Banyak insaf sudah. Tapi life must go on kan?”

 “Kalau itu Tuhan tidak mau kasi kita mati, kita tidak akan mati. Saya sudah berapa kali eksiden, langgar lori, langgar bas, satu cedera sikit pun tidak ada. Itu Ah long pukul-pukul sama saya, tapi saya still hidup juga. Kalau mau bunuh diri pun tak guna punya, kalau itu Tuhan tidak mau kasi kita mati dulu. ”

“Hidup ini ar, biar apa pun jadi, hidup mesti jalan. Kalau ada buat salah, insaf. Then, ubah hidup kita, baru berkat. Kalau ada masalah, mintak tolong sama Tuhan la, Tuhan memang akan tolong punya.  Ini mau bikin kacau lagi, lawan itu Tuhan. Nanti Tuhan marah, lagi banyak masalah. Betul kan?”

“Ada ramai yang panggil saya untuk kasi ceramah, tapi saya tidak mau. Ramai lagi ustaz-ustazluar sana lagi bagus dari saya. Ada juga kawan suruh saya masuk Islam, tapi saya belum sedia lagi. Nanti next time kita tidak tau. Saya ikut life saya punya flow saja sekarang. Yang penting, life must go on”

“Ok, cikgu, nanti kalau ada jiwa (nyawa), kita jumpa lagi ya”

Sepanjang perjalanan, saya hanya mengiakan semua butir bicaranya. Saya kagum dengan perspektif hidupnya. Sedangkan orang bukan muslim seperti dia mampu berfikir sedimikian rupa, mengapa tidak kita yang lahir-lahir sudah bergelar Islam? 

Mengapa kita memilih jalan yang kotor demi mengejar kejayaan, kekayaan, kemewahan?  Rasuah, pecah amanah, semuanya dilakukan semata-mata ingin mengejar nikmat dunia yang bersifat hanya sementara, walhal banyak dosa yang telah dilakukan demi mengejarnya. Tiada lagi perkataan ‘keberkatan’ yang berlegar di atmosfera minda tatkala hanyut dengan godaan dunia. 

Aku bersyukur kerana telah disedarkan dengan cara sebegini. Aku bersyukur aku telah disedarkan sebelum masanya terlambat. Aku bersyukur  aku masih lagi mampu memabayangkan wajah ibu dan ayahku ketika ingin membuat kemungkaran. Mudah-mudahan, dialapangkan dada kita semua untuk menerima petunjuk dan hidayahNya.  Walllahualam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

September 21, 2012

Dear Esah...



Esah...

Apa kabar Esah? Dah makan ke belum? Kalau dah makan, alhamdulilah. Kalau belum, ada ku kesah? Sihat tak? Kalau tak, pegi klinik, tapi pegi sendiri la. Abang malas nak hantar, menyusahkan je. Pepandai la hidup ya...

Oh ya, lupa pula tujuan sebenar abang tulis surat ni. Mungkin selama ni Esah heran kenapa abang tak balas surat-surat Esah terdahulu. Bukan abang tak balas, tapi malangnya merpati yang hantar surat abang tu kena panggang Pak Leman jeran belakang rumah abang. kempunan nak makan chicken chop katanya. Sebab tu surat tu tak sampai kat Esah. Nak pakai hempon, abang tak reti. Nokia 3310 yang abang baru beli tu mak abang pakai giling cili. Lesung ari tu hilang lepas bapak abang baling kat pencuri ayam malam tu. Kesian bapak abang tu, terliur sangat nak makan ayam kepci, mekdi ngan keni rojes, last-ast makan naget ayamas je la. Abang tak apa, abang layan piza hat je. 

Abang ingat lagi, Esah pernah tanya bila abang nak masuk meminang. Abang bukan nak tipu Esah, tapi abang belum ada duit lagi. Nak beli choki-choki pun kena hutang dengan Ah Heng tu, ni kan pulak nak tanggung Esah. Kalau Esah tak pakai mekap berjenama macam Garnieh ke, Simpelisiti ke, Ole-ole ke, pakai bedak sejuk yang mak abang pakai malam-malam tu boleh la kot. Abang nak beli kondominium, satu keluarga kita dok kat semua tingkat. Satu tingkat tu abang beli, kereta nak kena pakai kreta BMW, Ferrari baru la best.Tapi tu la, sekarang tengah kumpul duit, tengah pikir malam ni nak rompak rumah sapa pulak. Eh, jangan bagitau sesapa tau. Hihihi...

OK la,ink pen abang pon dah nak abih dah ni, nak beli baru takde duit. Ni je la pen yang abang ada sejak amek SPM dulu. Nyesal pulak paper terakhir tu abang mengkantoikan diri abang meniru. Bedak abang pun dah nak abih ni tempek-tempek kat surat ni. Jaga diri bebaik tau. Sayang Esah!

Assalamualaikum...

p/s : tolong watkan pesbuk untuk abang, bang tak reti la

July 11, 2012

:: mengAYAT bukan mengANJING ::







Sebuah keluarga dari golongan pertengahan di sebuah negara Timur Jauh, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Filipina.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?” Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?”

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.”


Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama George itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang berada di ranjang dengan si pembantu Filipina itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?”

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, “Jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”


Siapa lagi bijak di sini? Nampak bebeno kesengalannya...

June 29, 2012

Terukir Di Bintang


Masa mula-mula aku dengar lagu ni, aku tengah tonton rancangan perkahwinan Yusry KRU - Lisa Surihani. Perrggghhhh... memang layan, macam lagu-lagu kat radio Klasik Nasional I tell you. Tambah-tambah lagi suara Yuna yang berlemak santan perah susu masa nyanyi lagu ni, memang feel habis la. Jom layan kejap...

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Aku rasa ni lirik yang paling pendek dalam sejarah lagu kat Malaysia ni, tapi takpe janji sedap. Ko ada?

May 5, 2012

20 - 20 - 20


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi, aku still bernafas sehingga ke umuraku yang ke-20. Happy tak terhingga, sebab dah dekat 6 taun tak celebrate birthday betul-betul (5 taun asyik kena waktu exam je, 1 taun lagi pulak interview masuk IPG)

Hari ni, Miss A (bukan kumpulan Kepop tu ya) datang kat Seremban, nak celebrate birthday sama-sama katanya. Pastu dia bagi patung yang sebijik rupa macam aku; besar, chubby dan comel (tangan di dada, mata ke atas). Walaupun kejap je (sebab dia ada benda lagi nak kena buat), tapi kesanggupan dia nak datang tu buat aku rasa terharu pulak. Benda ni tak plan langsung pun sebenarnya, aku nak celebrate ngan kengkawan sekelas je macam taun lepas, tapi tiba-tiba dia call, dia dah nak sampai Seremban dah. Hihihi...

Bila dah makin tua ni, perangai kena la matang sikit ye tak? Tapi tak perlu matang sangat, nak ajar bebudak sekolah rendah kan, so matang sikit jadi la. Janji kita matang dalam berfikir dan bertindak. Sifat macam bebudak takpe, comel. Semoga di usia yang baru ni, aku akan lebih murah rezeki dan lebih banyak kejayaan yang aku dapat capai. Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...