Pages

March 19, 2012

PBS Oh PBS!


Assalamualaikum...

Wah, dah dekat nak sebulan lebih gak la 'bersara' dari dunia blogging ni. Mula-mula tu, memang la macam patah semangat, tak nak menulis lagi dah. Tapi ada seorang sahabat saya ni, Y bukan nama sebenar yang bagi semangat balik untuk aku menulis dan terus menulis. Dan inilah hasilnya! Budak Ohsem tercipta, sub-blog yang dua lagi, Budak Superb dan Budak Kool akan datang tak lama lagi. So, just wait and see je la ya...


Ok, kali ni bukan nak citer pasal yang tu, Yang tu nanti kita simpan dalam laci meja, ni nak cerita pasal PBS. Tau tak PBS tu apa? PBS tu bukan jenama sabun ataupun megi ye, tapi Pengalaman Berasaskan Sekolah. Kira macam nazir gak la, tengok cemana cikgu tu mengajar. Kitorang buat seminggu je (kalau la 2 minggu kan best!)

Nilah dia SK Rakyat!!!

Untuk semester 1 ni, aku buat kat SK Rakyat, Kuching. A'a... bukan SK Rakyat Tupong ye, itu satu sekolah lain pulak. Satu yang menraik tentang sekolah ni, sekolah dah ada sejak zaman Rajah Brooke terakhir, Charles Vyner Brooke lagi. Tengok, berapa lama sekolah ni bertahan. Banyak peristiwa melucukan sepanjang aku berPBS kat sini. Memandangkan aku masih melambak lagi esaimen yang belum siap ni, so aku bubuh dalam point je la ye, senang kit nak paham. Hehehe...

  • Malam sebelum lapor diri sesat dekat nak 2 jam, last-last mintak tolong junior aku masa kat SMS Kuching dulu tunjuk jalan. Rupa-rupanya kitorang dah lalu beberapa kali tapi tak perasan sebab bentuknya memang macam rumah orang dulu-dulu
  • Pagi besok dia pun sama gak, hampir-hampir sesat. Nasib baik still ingat jalan, antara cikgu terawal yang terpacak kat sekolah. Ari first teruskena lantik jadi ketua kumpulan. Amikkau, sapa suruh banyak cakap sangat. Hehehe...
  • Dikenali dengan nama Cikgu Wan Spek Mata. Siap ada yang bagitau kat mak ada 2 orang (aku ngan kawan aku) cikgu baru lelaki berspek mata datang mengajar sekolah
  • Berkenalan dengan samseng sekolah, cukup la dikenali dengan nama Ehsan. Nakal-nakal gak, tapi comel (habis jahanam buku nota aku dia kerjakan!)
Tahun 6 Johari : Kelas pertama aku sit-in, memang hap-pening!!!
  • Macam-macam kerenah masa jaga bebudak exm; takde pensel la, tak tau jawapan la, nektie terlerai la, nak kencing la, nak tu la, nak ni. Naik tension aku, dijerit sudah, marah sudah, last-last pakai je wisel, baru nak dengar cakap.
  • Daripada Guru Besar, PK hinggalah staf biasa memang sempoi habis, supporting gila! Best doe...
  • Dalam masa 5 hari ni, merasa gak semua kerja; jadi pegawai peperiksaan, penyemak kertas exam, pengawas peperiksaan, pembantu am, tukang potostat, tukang pasang kabinet, tukang angkut rak buku
  • Hari ketiga-3, hari Rabu lambat sampai kat sekolah, nasib baik tak kantoi ngan Guru Besar. Sori cikgu. Hehehe...
  • Lebih 60% daripada bebudak taun 6 bercita-cita nak jadi fotografer. Diorang pun dah naik gian dengan DSLR ni. Tak nak jadi cikgu, polis, tentera, arkitek, doktor semua, nak jadi kameraman gak. Asal dapat pegang kamera, sudah...
  • Setiap hari staf sekolah ada tema dari segi pemakaian baju:
    • Isnin : Kaler purple
    • Selasa : Baju korporat
    • Rabu : Baju Unit Beruniform
    • Khamis : Batik
    • Jumaat : Kaler pink

Bersama dengan GB ngan PK1

Tunggu ada masa lagi nanti karang, cerita panjang lebar. Nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kat Guru Besar, PK-PK semua, guru-guru, staf, warga kantin, dan murid-murid SK Rakyat sebab sudi terima kitorang berenam ni. Mintak maaf kalau ada terbuat salah, terlanggar etika sepanjang menjalankan tugas kat SK Rakyat. Jadi salah seorang staf SK Rakyat adalah suatu pengalaman yang amat berharga buat kami semua. Harap-harap dapat posting kat sini nanti. Hehehe...

SK Rakyat... Cikgu Wan akan kembali...
Seriously, memang rasa sedih masa nak tinggalkan sekolah tu. Bila bangun esok paginya, aku rasa jiwa aku kosong, seolah-olah ada sasuatu yang aku rindu. Ceh, masa ni lah aku nak tacing-tacing. Sayang kan PBS seminggu je, dahlah dantang time sekolah tu tengah exam week, tak nampak sangat aktiviti dia. Sabar je laaa...


Budak Ohsem : Nak posting sini la nanti...

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...