Pages

May 24, 2011

Kena Tak?

Alkisah pada suatu hari seorang ibu bersama anaknya pergi bershopping. Setelah selesai bershopping maka mereka berdua pun hendak balik. Di dapati seorang mamat telah parking motosikal di belakang kereta si ibu .

Semasa hendak mengundur kereta si ibu telah meminta bantuan anaknya bernama Ani yang duduk dibelakang supaya memerhati motorsikal mamat tuh agar perkara tak diingini berlaku

Ani pun berkata "baik ibu"

Semasa mengundur Si ibu pun bertanya " kena tak"

si anak pun berteriak " tak kena"

si ibu teruskan pengunduran dan bertanya lagi " kena tak?"

si anak berteriak lagi...." tak kena..".

"kena tak?"....tanya ibu lagi sambil tekan minyak

si anak menjawap " tak kena"

"Tak sia- sia aku bawak anak aku ni gi shopping boleh jugak diharap..." kata si ibu dalam hati...

"kena tak???" tanya si ibu lagi...

anak pun menjawap " belom lagi mak"..

GEDEBANGGG!!!!....

"mak dah kena dahhh.... dah kena...."kata anak dengan gembiranya

motosikal mamat tuh kat belakang kereta dah tergolek...

"Aduuuhhh bertuah punya anak...." jerit si ibu..

May 15, 2011

10 Fakta Menarik Tentang Islam





1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

May 12, 2011

10 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA

1. Perempuan suka bercakap. Walaupun mereka tak ada apa-apa perkara untuk dikatakan, mereka tetap akan bercakap walaupun hanya untuk membicarakan tentang perkara yang sama berulangkali. Kadang-kadang orang yang mendengar pun dah boleh hafal jalan ceritanya.




2. Perempuan suka bertanya tentang perkara yang tidak mempunyai jawapan yang tepat. Itu salah satu usaha untuk membuatkan anda rasa serba salah walaupun anda tak bersalah. Terutamanya jika anda lelaki.




3. Perempuan tak ada apa-apa untuk dipakai bila diajak untuk keluar. Janganlah tanya tentang baju yang bertimbun dalam cupboard 5 pintu dia tu. Mesti dia akan cakap, ‘Tak ada bajulah nak pakai’. Oh shut up. You just don’t understand.




4. Perempuan suka berjalan dalam kumpulan walaupun hanya untuk ke tandas. Inilah salah satu cara mereka mencari peluang untuk bergosip!




5. Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.




6. Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.




7. Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Brad Pitt.




8. Perempuan tak suka jawapan jujur bila dia tanya, “How do I look?”




9. Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut.




10. Perkara yang paling memalukan bagi seorang perempuan adalah apabila mengetahui ada seseorang memakai pakaian yang sama atau hampir sama dengan mereka. Tapi pernah tak anda dengar seorang lelaki berkata, “Ohmaigoat! There’s another man wearing the same black tuxedo, get me outta here!”

JANGAN JILAT SAMPUL SURAT ANDA!!!

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California...

Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.




Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.nda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut! Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat

sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di

suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"




[MESEJ: gunalah span basah, untuk melekatkan penutup sampul surat anda, ingat, JANGAN GUNAKAN LIDAH ANDA UNTUK MELEKAT SAMPUL SURAT!!!

May 6, 2011

Happy Birthday To Me~

Waaahhhhh~ Seronoknya! Hari ni genaplah aku 19 taun idup kat dunia ni. Perasaan bercampur baur sangat, ada rasa hepi, ada rasasedih, rasa risau pun ada - sebab takut amalan tak cukup sebelum ajal datang. Huhuhu...


Bila dah menjelangnya birthday ni kan, memang penuh la aku punya notification, semua friend tak kira yang aku kenal atau main add je, semua wish dari "Happy birthday, bro" hingga lah short form punya versi, "hb". Tapi aku tak kisah, janji diorang nak wish. Bukan selalu orang nak wish kita kan, sekali setahun je. (Yang ni aku tak kira orang yang lahir 29 Februari ye)

Hari ni, memang hari yang bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa, hari ni batch kitorang, yang dikenali dengan gelaran batch "Human Graphic" ni akan buat sedikit persembahan human graphic sempena Hari Sukan Kampus. Wahahahahaha~ Memang cuak jugak la masa keluar dari bilik ni, takut tiba-tiba ada prank ker; diorang campak aku ke bawah ke, bakar bilik aku ker, apa ker, manalah tau kan... Tapi, alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku.


Tapi kan, yang paling best sebenarnya, bila dapat mesej dari 3 orang yang aku sayang; family, kawan lama, ngan siapa lagi -awek la... Hahaha. Tu yang buat aku semangat sangat ari tu. Boleh dikatakan, aku tak perlu keluarkan sesen pun duit ari tu, sebab kawan-kawan sponsor makan. Terima kasih semua! Tahun depan buat lagi ek? Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...