Burger! Hmmm… mesti sudah ada yang sudah terliur bukan? Aku bukan hendak bercakap pasal burger ya, tetapi kisah si pembuat dan penjualnya. Trio ini suatu ketika dulu hanyalah menjusal burger di sekolah, itupun untuk mengumpul dana untuk disubangkan kepada sekolah sebelum melangkah keluar selepas SPM. Tetapi kini, mereka… . Alamak tak seronok pula kalau aku ceritakan kisah ini awal-awal. Mari kita singkap balik kisah trio ini dari hari pertama mereka membuat bisnes.
Sang mentari memancarkan sirnanya dengan garang dan kejam. Zaini segera mengelap peluh jantan yang memercik di dahi. Baju kolar V yang dipakai basah melecun dek panas yang membakar, mengalahkan ketuhar gelombang mikro. Jam di tangan menunjukkan 1.15 petang. Zaini hanya menggelengkan kepala. “Mana pulak budak seekor ni pergi?” omel Zaini sendirian. Di satu sudut sana, Man yang sedari tadi sudah hilang sabar, mula mencarut seorang diri. Sumpah seranah tidak berhenti-henti meletus dari bibir, bak lava gunung berapi. Orang ramai yang ada di situ kehairanan melihat perihal manusia yang boleh dianggap tidak siuman tu.
Siapa yang tak berang, orang yang ditunggu-tunggu tak juga kunjung tiba semenjak dari pukul 10 pagi tadi. Man yang mukanya merah membara seperti udang bakar duduk sendirian di bangku, mulutnya terkumat-kamit seolah-olah membebel seorang diri. Entah apa yang dituturkan dia pun tak berapa pasti. Kaki yang terpasak di lantai sedari tadi mulai kebas. Nasib baiklah perhentian bas tu lengang. Dapatlah duduk sebentar untuk memanjakan kaki yang mulai terasa bagaikan hendak tercabut.
Akhirnya, tuan empunya diri pun tiba dengan wajah yang selamba, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama dia buat perangai tak senonoh sebegini rupa, sudah entah keberapa kali, tak terhitung jumlahnya. Kalau tak silap, dari zaman sekolah lagi dah. Ingatkan bila dah habis sekolah, perangai dah berubah, rupanya tidak. Zaini hanya mengeluh kecil, maka Man merenung dengan tajam dari jauh. Muka Is tetap seperti tadi, tiada riak rasa bersalah langsung yang tersirat di air mukanya yang sedikit tembam itu.
“Pok, ala…. Sorry lah. Lupak tek, ingat kita gi petang tek” Is tersengih.
“Petang palak utak kau, asa nak tercabut kaki aku tok nunggu kau tauk sik. Dahla dari tadik nunggu kau dari sitok, kedak tunggul jak mek duak.”
Man menghamburkan kata-kata ‘hiberloba’ nya.
“Sikkan ya pun alu nak manas. Ileklah, ku lambat 3 jam jak bah.”
Zaini hanya mampu mengeluh kecil. Bilalah budak ni nak sedar agaknya, getusnya dalam hati. Bukan apa, hari ini mereka akan memulakan bisnes mereka. Idea nak berniaga ni sebenarnya timbul setelah mereka bertemu kembali selepas tiga tahun tidak berjumpa. Almaklumlah, masing-masing sibuk dengan pengajian mereka. Sewaktu zaman sekolah dulu, mereka hanya membantu Ustaz Nazlie menjua burger dan nasi lemak untuk santapan malam pelajar. Terasa rindu pula untuk berniaga semula. Burger yang mereka jual dulu bukan setakat murah, malah sedap. Tidak keterlaluan jika aku katakan di sini Triple Cheese Burger di Mac Donald pun kalah.
“Hah! Apa tunggu gik, mok jadi tunggul rah sitok kah? Padah mok nemu Ustaz Nazlie tak, jom lah.”
Di kejauhan, sebuah bas dua tingkat meluncur lagu ke perhentian bas. Terpampang jelas no. 7 pada bas tersebut. Mereka bertiga tersenyum secara spontan. Nampak gayanya, no.7 itu member makna yang mendalam kepada mereka bertiga. Mula terimbau saat-saat manis dan pahit maung sepanjang menggunakan bas no. 7 itu.
“Woi, mok nait kah sik, mun sik mok, bas tok jalan terus”
Lamunan indah bak kayangan mereka terhenti dengan suara garau si konduktor bas. Terpancar ketidakpuasan hati di muka Man.
“Padahlah bebait. Potong stim bena wak eh.”
“Sabar jak lah nya tok, ada ditumbuk ku kak tok.”
“Tikam kei kasut lak, baruk tauk kau ya.”
Ketiga-tiga segera mereka pun menaiki bas dengan wajah yang masam mencuka. Sepanjang perjalanan, mata Man merenung tajam, tepat ke anak mata si konduktor bas itu tadi. Disebabkan gerun dengan renungan maut itu, si konduktor segera menolah kea rah lain dan buat-buat sibuk. Is dan Zaini yang memerhati dari tadi hanya tersenym, puas. Bas no. 7 meluncur dengan lajunya…
No comments:
Post a Comment