Pages

November 12, 2010

Pinggan Untuk Ayah

Aku rasa korang mesti pernah tengok citer nih dalam iklan, cuma aku tukar sikit jer jalan citenya... OK, SELAMAT MEMBACA!!!

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama.Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg … !!

Bertaburan kaca di lantai.Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihatdatuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:

“Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

“Oh! Ya…” bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyuman.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya
.
“Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,”
kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva lalu tersenyum. Tergamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.Lelaki tua yang terpinga-pinga itu hanya menurut, kehairanan kerana tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

“Ayah, kenapa atuk tak guna pinggan katu tu. Habis tu, nanti ayah dengan mak nanti tak pakai lagi la pinggan kayu tu, buat susah-susah Viva je buat awal-awal.” tanya Viva pada ayahnya usai maka malamn. Arwan hanya diam membantu, tetapi dadanya terus sebak. Mereka suami isteri saling berpandangan. Jelas sekali pipi Rina mulai basah apabila butir-butir jernih mula menuruni pipinya. Kedua mereka segera menerpa si ayah yang sedang tersandar lesu di kerusi malas. Dengan penuh linangan air mat, mereka berdua memohon ampun daripada si ayah. Viva yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, hanya memerhatikan saat yang memilukan itu dengan ukiran senyuman di wajahnya.



MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tuakita…..Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan adapengganti…jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan…

Based On A True Story

There was once a man who was an enemy to Islam. He had three famous questions that no person could answer. No Islamic scholar in Baghdad could answer his three questions...thus he made fun of Islam in public. He constantly ridiculed Islam and the Muslims. One day a small boy, who`s age was 10, came along and heard the man yelling and screaming at Muslims in the street. He was challenging people openly to answer the three questions.
The boy stood quietly and watched. He then decided that he would challenge the man. He walked up and told the man, "I will accept your challenge".

The man laughed at the boy and ridiculed the Muslims even more by saying, "A ten year old boy challenges me. Is this all you people have to offer!"

But the boy patiently reiterated his stance. He would challenge the man, and with Allah`s help and guidance, he would put this to an end. The man finally accepted.

The entire city gathered around a small "hill" where open addresses were usually made. The man climbed to the top, and in a loud voice asked his first question.

"What is your God doing right now?"

The small boy thought for a little while and then told the man to climb down the hill and to allow him to go up in order to address the question.

The man says "What? You want me to come down?"

The boy says, "Yes. I need to reply, right?"

The man made his way down and the small boy, age 10, with his little feet made his way up.

This small child`s reply was "Oh Allah Almighty! You be my witness in front of all these people. You have just willed that a Kafir be brought down to a low level, and that a Muslim be brought to a high level!"

The crowd cheered and screamed "Takbir"...."Allah-hu-akbar!!!"

The man was humiliated, but he boldly asked his Second question... "What existed before your God?"

The small child thought and thought.

Then he asked the man to count backwards. "Count from 10 backwards."

The man counted..."10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0"

The boy asked, "What comes before 0 ?"

The man: "I don`t know...nothing."

The boy: "Exactly. Nothing was before Allah, for He is eternal and absolute."

The crowd cheered again...."Takbir!"...."Allah-hu-akbar!!!!"

The man, now completely frustrated, asked his final question. "In which direction is your Allah facing?"

The boy thought and thought.

He then asked for a candle. A candle was brought to him. The blessed child handed it to the man and asked him to light it.

The man did so and remarked, "What is this supposed to prove?"

The young boy asked, "In which direction is light from the candle going?"

The man responded, "It is going in all directions."

The boy: "You have answered your own question. Allah`s light (noor) goes in all directions. He is everywhere. There is no where that He cannot be found.

"The crowd cheered again...."Takbir!"...."Allah-hu-akbar!!!"

The man was so impressed and so moved by the boy`s knowledge and spirituality, that he embraced Islam and became a student of the young boy.

So ended the debate.

Who was the young boy?

The young boy was one of our leaders and one of the greatest scholars, Imam Abu Hanîfa (May Allah bless him)

Telur Rebus Punya Pasal, Aku Yang Malu!

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

Suatu Ketika

Baju kebaya moden bertaburkan labucci rona hijau epal masih terhampar kemas di atas katil, tidak berusik. Bunyi kanak-kanak sedang berlari-lari di halaman rumah jelas kedengaran dari jendela rumah. Kedengaran bunyi riuh dengan hilai tawa di ruang tamu. Ida masih termangu di hadapan meja solek, masih dengan baju yang dipakainya sejurus selepas mandi sebentar tadi. Hari ni hari perkahwinannya. Hari ini hari yang ditunggu-tunggu semua orang, kecuali si empunya diri. Dia sendiri pun tidak pasti sebenarnya, adakah piliihannya kali ini tepat, mengahwini abang iparnya sendiri? Ya… abang ipar, yang turut sama pernah merebut kasih dengan adik kandungya sendiri. Abang ipar yang mana sanggup menunggu Ida sehingga ke mati. Abang ipar yang banyak membantunya di saat rumah tangga mereka mulai dirempuh badai. Namun, jauh di sudut hatinya, kasih dan sayangnya hanya kepada arwah Zahin, suami yang banyak member kenangan, biarpun segala kenangan yang terukir pahit-pahit belaka. Itu tak pernah mengeringkan kolam cinta pertamanya kepada sang suami.

Foto perkahwinannya tiga tahun yang lepas ditatap penuh sayu. Tanpa disedari, air mata mula bergenang di tubir mata dan menuruni pipi yang gebu. Rasa rindu kepada arwah Zahin kembali memuncak. Malah, setiap kali si anak bertanyakan perihal si bapa, hatinya seolah-olah direntap tajam. Malah ada ketikanya dia hanya mampu terdiam. Apabila tiba waktu rindunya memuncak, dia akan mengunci dan berkurung dalam bilik, menangisi pemergian suami tercinta. Mak Leha hanya mampu berdoa semoga anaknya tabah menempuh ujian-Nya. Begitulah perihal Ida sehinggalah hatinya terbuka kembali untuk menerima kehadiran insan yang pernah mencintai dirinya. Syukri.

Sememangnya, Ida salah seorang anak dara yang diminati ramai di kampungnya. Malah, pernah suatu ketika tok ketua merisiknya untuk dijadikan isteri ketiga. Tapi hampa, Ida yang pada masa itu sibuk melanjutkan pelajaran masih tertutup hatinya untuk berkahwin. Mak Leha sendiri gusar sekiranya anaknya itu nanti tiada masa untuk mendirikan keluarga, seperti kakak-kakaknya yang lain.

“Ida, mak bukan apa, takut nanti mak kempunan nak tengok kau kahwin. Mak ni bukannya muda, dah nak sampai ke penghujungya pun.”

“Ish, mak ni. Ke situ pulak dia. Ida bukannya tak nak kahwin mak. Tapi mak tahulah Ida sekarang ni kan tengah belajar, lagipun Ida masih muda apa. Jangan risaulah mak, kalau ada jodoh tu takkan ke mana. InsyaAllah, bila waktu dah sesuai nanti, baru Ida akan kahwin.”

Itulah jawapan sterotaip yang diberikan setiap kali Mak Leha membebel. Kadang-kala, dipekakkan telinga mendengar leteran ibunya itu.

Syukri dan Zahin pula, tidak kurang hebatnya. Mereka menjadi igauan setiap gadis. Dalam erti kata lain, mempunyai pakej lengkap seorang lelaki; berwajah tampan, berbadan sasa, berpelajaran, bertanggungjawab dan paling penting warak dan berpengetahuan agama. Tambahan pula, mereka berdua adalah pewaris Mahligai Holdings, syarikat terbesar di Malaysia. Beberapa orang gadis pernah menggoda mereka, namun mereka tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir sebegitu, malah gadis-gadis tersebut turut diberikan tazkirah secara percuma oleh dua beradik itu.

Lamunanya terhenti apabila cuping telinganya menangkap bunyi pintu dikuak. Mak Leha dan Kak Ila masuk ke dalam kamar.

“Astaghfirullahalazim, budak ni. Belum bersiap lagi rupanya.”
Muka Ida yang basah dengan linangan air mata dikesat. Mak Leha kasihan dengan anak kesayangannya itu.

“Ida, mak tahu kau masih sayngkan arwah Zahin tu. Mak pun sayangkan dia, tapi hidup ni kena diteruskan. Arif dan Alif tu perluka kasih saying seorang ayah, Ida. Mungkin ini pilihan yag paling suakr dalam hidup Ida, tapi Ida kena terima Syuk tu
sebagaimana Ida menerima arwah dulu.”

“Sudahlah tu Ida. Ni semua kerja Allah. Hanya dia saja yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin dengan Syuk tu nanti, kau akan lebih bahagia.”

“Tapi kak, Ida masih sayangkan Abang. Selepas dia, tak ada siapa yang boleh menggantikan tempat Abang di hati saya.”

Memang pada awalnya, Ida tidak menyangka akan berkahwin dengan abang ipar sendiri. Malah, kedua-dua mereka tampak terkejut dengan keputusan ini, yang tertulis di atas wasiat arwah Zahin.


DUA TAHUN YANG LEPAS...

"Abang, abang janji pada Ida yang abang takkan tinggalkan Ida"
"Abang janji. Abang takkan tinggalkan Ida walau sesaat pun. Ida akan dekat di hati abang tak kira di mana jua abang berada."

Pada saaat itu, terasa hatinya bahagia sekali. Memiliki suami yang kacak, taat pada agama, bekerjaya dan begitu mencintai diri ini, nikmat yang jarang dirasai oleh wanita-wanita lain. Sumpah dan janji disematkan dalam hati, Ida akan menjadi seorang isteri yang solehah, InsyaAllah.

Namun, bukan semua mimpi akan jadi kenyataan. Panggilan telefon dari hospital sebentar tadi benar-benar menyentap hatinya. Siapa sangka, kucupan di dahinya pagi tadi bakal menjadi kucupan terakhir dari suaminya.

"Assalamualaikum.Ini nombor telefon keluarga Encik Zahin ke?"
"Ya, saya isterinya. Boleh saya bantu encik?"
"Puan, suami puan telah terlibat dalam kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal.Puan diminta datang ke hospital dengan segera."
"Ya Allah! Abang!!!"

Tanpa berlengah, Ida segera ke kamar untuk berkemas dan meluru ke ruang tamu. Malang tak berbau, ketika melangkah turun menuruni tangga, kakinya tersilap langkah lalu terjatuh dari tangga. Darah membuak-buak dan badan terasa semakin lemah. Pandangann samar-samar dan kian gelap...

"Puan, maafkan saya. Puan mengalami keguguran dan kami tak dapat selamatkan anak puan."
"Ida, Zahin dah tak ada nak. Bawa bersabar ya"

Air mata tak putus-putus mengalir. Batinnya menjerit-jerit kesedihan, namun tubunya masih lagi lemah. Ini ditambah lagi dengan berita kehilangan si suami dan keguguran anak yang merupakan satu-satunya tanda ikatan mereka berdua. Kini, kedua-duanya sudah tiada. Impiannya untuk mempunyai keluarga yang bahagia berkecai sama sekali.

Ida sering berkurung dalam bilik. Kadang kala makan, kadang kala tidak. Begitulah keadaannya setiap hari. Hidupnya seolah-olah tiada maknanya lagi. Keadaan ini berlarutan berminggu-minggu lamanya hinggakan keluarganya runsing. Akhirnya, Mak Leha menghubungi Syukri untuk menemani Ida. Pada mulanya, agak sukar Ida untuk menatap muka Syukri memandangkan mukanya seiras dengan arwah Syukri. Lama-kelamaan, dia makin selesa dengannya dan keceriaan yang hilang selama ini kembali menyinar di wajahnya. Mak Leha bersyukur kerana akhirnya Ida kembali seperti sedia kala walaupun dia masih lagi kelihatan murung kebanyakan masa. Nampaknya, Mak Leha perlu lakukan suuatu keputusan yang pasti akan memeranjatkan Ida.

"Ida, mak nak cakap sikit."
"Apa dia mak?"
"Sebenarnya, mak dah lama fikir pasal benda ni. Sejak Zahin meninggal, Ida asyik berkurung dalam bilik. Nasib baik Syukri ada. Jadi, mak berhajat nak ..."


KINI...

Ida mengusap perutnya dengan lembut.Tinggal 2 bulan lagi hasil perkahwinan keduanya dengan Syukri akan lahir melihat dunia ini. Siapa sangka, hubungan mereka yang dingin pada mulanya akhirnya mengecapi kebahagiaan yang tak mampu diungkapkan melalui kata-kata. Sebulan selepas mereka melayari kehidupan sebagai suami isteri, barulah hatinya mula terbuka untuk menerima Syukri dalam kamus hidupnya. Namun ,itu tidak sedikitpun memudarkan Zahin dalam ingatannya. Baginya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Syukri adalah yang terbaik buatnya. Terasa diri bertuah kerana dicintai oleh dua insan yang baik dan berhati muliad an berpeluang melayari bahtera perkahwinan bersama mereka berdua adalah satu anugerah yang tidak ternilai, sedikit sebanyak mendidiknya untuk menjadi isteri yang sempurna buat si suami. Namun, hatinya tetap gusar, gusar sekiranya dia akan kehilangan suami buat kali kedua. Tanpa dipinta, air mata mula bergenang.

"Bang, bang janji pada Ida yang abang takkan tinggalkan Ida..."

"Abang takkan tinggalkan sayang walau apa pun yang berlaku", Syukri pantas memintas kata-kata Ida lalu mengelap air mata yang mula menuruni pipi. Suatu ketika dulu, dia pernah kehilangan dua insan yang disayang, namun kini terubat dengan kehadiran dua insan baru dalam hidupnya.

Why Science Fails to Explain God

"Professing to be wise, they became fools . . .. "
"LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."
The atheist professor of philosophy pauses before
his class and then asks
one of his new students to stand.
"You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful? Can God do anything?"
"Yes."
"Are you good or evil?"
"The Koran says I'm not always so good."
The professor grins knowingly. "Ahh! THE KORAN!" He
considers for a
moment.
"Here's one for you. Let's say there's a sick person
over here and you can
cure him. You can do it. Would you help them?
"Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed
person if you
could...
in fact most of us would if we could... but God doesn't.
[No answer.]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who
died of cancer even
though he
prayed to God to heal him. How is this God good?
Hmmm?
Can you answer that one?"

[No answer]
The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can
you?"
He takes a sip of water from a glass on his desk to
give the student time to
relax. In philosophy, you have to go easy with the
new ones.
"Let's start again, young fella." "Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?" The
elderly man runs his bony
fingers
through his thinning hair and turns to the smirking,
student audience.
"I think we're going to have a lot of fun this
semester, ladies and
gentlemen."
He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there
evil in this world?"
"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make
everything?"
"Yes."
"Who created evil?

[No answer]

"Is there sickness in this world? Immorality?
Hatred? Ugliness? All the
terrible things - do they exist in this world? "
The student squirms on his feet. "Yes."
"Who created them? "

[No answer]

The professor suddenly shouts at his student. "WHO
CREATED THEM? TELL ME,
PLEASE!
"The professor closes in for the kill and climbs
into the Muslim's face.
In a still small voice: "God created all evil,
didn't He, son?"

[No answer]

The student tries to hold the steady, experienced
gaze and fails.
Suddenly the lecturer breaks away to pace the front
of the classroom like an
aging panther.
The class is mesmerized.
"Tell me," he continues, "How is it that this God is
good if He created all
evil throughout time?"
The professor swishes his arms around to encompass
the wickedness of the
world.
"All the hatred, the brutality, all the pain, all
the torture, all the death
and ugliness and all the suffering created by this
good God is all over the
world, isn't it, young man?"

[No answer]

"Don't you see it all over the place? Huh?"
Pause.
"Don't you?" The professor leans into the student's
face again and
whispers, "Is God good?"

[No answer]

"Do you believe in God, son?"
The student's voice betrays him and cracks. "Yes,
professor. I do." The old
man shakes his head sadly. "Science says you have
five senses you use to
identify and observe the world around you. Have
you? "
"Yes, of course sir, I do have five senses".

Then, slowly raising his voice, the professor continues:
"Have you ever seen your God?"
"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or
smelt your God...
in fact, do you have any sensory perception of your God
whatsoever?"

[No answer]

"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir."
"Yet you still believe in him?"
"...yes..."
"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at
the underling.
"According to the rules of empirical, testable,
demonstrable protocol,
science says your God doesn't exist. What do you say
to that, son?
Where is your God now?"

[The student doesn't answer]

"Sit down, please."
The Muslim sits...Defeated.

Another Muslim raises his hand. "Professor, may I
address the class?"
The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim
in the vanguard!
Come, come, young man. Speak some proper wisdom to
the gathering."
The
Muslim looks around the room. "Some interesting
points you are making, sir.
Now I've got a question for you. Is there such
thing as heat?"
"Yes," the professor replies. "There's
heat."
"Is there such a thing as cold?"
"Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."
The professor's grin freezes. The room
suddenly goes very cold.
The second Muslim continues. "You can have lots of
heat, even more heat,
super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or
no heat but we don't
have anything called 'cold'.

We can hit 458 degrees below zero, which is no
heat, but we can't go any further after that.
There is no such thing as
cold, otherwise we would be able to go colder than
458 - You see, sir, cold
is only a word we use to describe the absence of
heat. We cannot measure
cold. Heat we can measure in
thermal units because heat is energy. Cold is not
the opposite of heat, sir,
just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the
classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if
it isn't darkness?
What are you getting at...?"
"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something,
it is the absence of
something. You can have low light, normal light,
bright light, flashing
light but if you have no light constantly you have
nothing and it's called
darkness, isn't it? That's the meaning we use to
define the word. In
reality, Darkness isn't. If it were, you would be
able to make darkness
darker and give me a jar of it. Can you...give me a
jar of darker
darkness, professor?"

Despite himself, the professor smiles at the young
effrontery before
him.
This will indeed be a good semester. "Would
you mind telling us what
your point is, young man?"

"Yes, professor. My point is, your philosophical
premise is flawed to
start with and so your conclusion must be in
error...."
The professor goes toxic. "Flawed...? How dare
you...!""
"Sir, may I explain what I mean?" >

The class is all ears.
"Explain... oh, explain..." The professor
makes an admirable effort
to regain control. Suddenly he is affability
itself. He waves his
hand to silence the class, for the student to
continue.
"You are working on the premise of duality," the
Muslim explains. "That for
example there is life and then there's death; a good
God and a bad God.
You are viewing the concept of God as something
finite, something we can
measure.
Sir, science cannot even explain a thought. It uses
electricity and
magnetism but has never seen, much less fully
understood them. To view
death as the opposite of life is to be ignorant of
the fact that death
cannot exist as a substantive thing. Death is not
the opposite of life,
merely the absence of it."

The young man holds up a newspaper he takes from the
desk of a neighbor who
has been reading it. "Here is one of the most
disgusting tabloids this
country hosts, professor. Is there such a thing as
immorality?"

"Of course there is, now look..."

"Wrong again, sir. You see, immorality is merely
the absence of
morality.
Is there such thing as injustice? No. Injustice is
the absence of justice.
Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses.
"Isn't evil the absence
of good?"

The professor's face has turned an alarming color.
He is so angry
he is temporarily speechless.
The Muslim continues. "If there is evil in the
world, professor, and we all
agree there is, then God, if he exists, must be
accomplishing a work
through the agency of evil. What is that work, God
is accomplishing? The
Bible tells us it is to see if each one of us will,
of our own free will,
choose good over evil."

The professor bridles. "As a philosophical
scientist, I don't vie this
matter as having anything to do with any choice; as
a realist, I absolutely
do not recognize the concept of God or any other
theological factor as
being part of the world equation because God is not
observable."

"I would have thought that the absence of God's
moral code in this world is
probably one of the most observable phenomena
going," the Muslim replies.
"Newspapers make billions of dollars reporting it
every week! Tell me,
professor. Do you teach your students that they
evolved from a monkey?"

"If you are referring to the natural evolutionary
process, young man,
yes, of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes,
sir?"

The professor makes a sucking sound with his teeth
and gives his student a
silent, stony stare.
"Professor. Since no-one has ever observed the
process of evolution at work
and cannot even prove that this process is an
on-going endeavor, are you
not teaching your opinion, sir? Are you now not a
scientist, but a
priest?"
"I'll overlook your impudence in the light of our
philosophical discussion.
Now, have you quite finished?" the professor hisses.
"So you don't accept
God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!"
"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a
grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of
observed phenomena.
Science too is a premise which is flawed..."
"SCIENCE IS FLAWED..?" the
professor splutters.
The class is in uproar.

The Muslim remains standing until the commotion has
subsided.
"To continue the point you were making earlier to
the other student, may I
give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent.

The Muslim looks around the room. "Is there anyone
in the class who has
ever seen the professor's brain?". The class breaks
out in laughter.
The Muslim points towards his elderly,
crumbling tutor.
"Is there anyone here who has ever heard the
professor's brain...,
felt the professor's brain, touched or smelt the
professor's brain?".
No one appears to have done so.

The Muslim shakes his head sadly.
"It appears no-one here has had any sensory
perception of the professor's
brain whatsoever. Well, according to the rules of
empirical,
stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE
that the professor has no brain."

The class is in chaos.

The Muslim sits... Because that is what a chair is for.

10 KELEBIHAN COCA COLA

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Trio Burger!

Burger! Hmmm… mesti sudah ada yang sudah terliur bukan? Aku bukan hendak bercakap pasal burger ya, tetapi kisah si pembuat dan penjualnya. Trio ini suatu ketika dulu hanyalah menjusal burger di sekolah, itupun untuk mengumpul dana untuk disubangkan kepada sekolah sebelum melangkah keluar selepas SPM. Tetapi kini, mereka… . Alamak tak seronok pula kalau aku ceritakan kisah ini awal-awal. Mari kita singkap balik kisah trio ini dari hari pertama mereka membuat bisnes.

Sang mentari memancarkan sirnanya dengan garang dan kejam. Zaini segera mengelap peluh jantan yang memercik di dahi. Baju kolar V yang dipakai basah melecun dek panas yang membakar, mengalahkan ketuhar gelombang mikro. Jam di tangan menunjukkan 1.15 petang. Zaini hanya menggelengkan kepala. “Mana pulak budak seekor ni pergi?” omel Zaini sendirian. Di satu sudut sana, Man yang sedari tadi sudah hilang sabar, mula mencarut seorang diri. Sumpah seranah tidak berhenti-henti meletus dari bibir, bak lava gunung berapi. Orang ramai yang ada di situ kehairanan melihat perihal manusia yang boleh dianggap tidak siuman tu.

Siapa yang tak berang, orang yang ditunggu-tunggu tak juga kunjung tiba semenjak dari pukul 10 pagi tadi. Man yang mukanya merah membara seperti udang bakar duduk sendirian di bangku, mulutnya terkumat-kamit seolah-olah membebel seorang diri. Entah apa yang dituturkan dia pun tak berapa pasti. Kaki yang terpasak di lantai sedari tadi mulai kebas. Nasib baiklah perhentian bas tu lengang. Dapatlah duduk sebentar untuk memanjakan kaki yang mulai terasa bagaikan hendak tercabut.

Akhirnya, tuan empunya diri pun tiba dengan wajah yang selamba, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama dia buat perangai tak senonoh sebegini rupa, sudah entah keberapa kali, tak terhitung jumlahnya. Kalau tak silap, dari zaman sekolah lagi dah. Ingatkan bila dah habis sekolah, perangai dah berubah, rupanya tidak. Zaini hanya mengeluh kecil, maka Man merenung dengan tajam dari jauh. Muka Is tetap seperti tadi, tiada riak rasa bersalah langsung yang tersirat di air mukanya yang sedikit tembam itu.

“Pok, ala…. Sorry lah. Lupak tek, ingat kita gi petang tek” Is tersengih.

“Petang palak utak kau, asa nak tercabut kaki aku tok nunggu kau tauk sik. Dahla dari tadik nunggu kau dari sitok, kedak tunggul jak mek duak.”
Man menghamburkan kata-kata ‘hiberloba’ nya.

“Sikkan ya pun alu nak manas. Ileklah, ku lambat 3 jam jak bah.”

Zaini hanya mampu mengeluh kecil. Bilalah budak ni nak sedar agaknya, getusnya dalam hati. Bukan apa, hari ini mereka akan memulakan bisnes mereka. Idea nak berniaga ni sebenarnya timbul setelah mereka bertemu kembali selepas tiga tahun tidak berjumpa. Almaklumlah, masing-masing sibuk dengan pengajian mereka. Sewaktu zaman sekolah dulu, mereka hanya membantu Ustaz Nazlie menjua burger dan nasi lemak untuk santapan malam pelajar. Terasa rindu pula untuk berniaga semula. Burger yang mereka jual dulu bukan setakat murah, malah sedap. Tidak keterlaluan jika aku katakan di sini Triple Cheese Burger di Mac Donald pun kalah.

“Hah! Apa tunggu gik, mok jadi tunggul rah sitok kah? Padah mok nemu Ustaz Nazlie tak, jom lah.”

Di kejauhan, sebuah bas dua tingkat meluncur lagu ke perhentian bas. Terpampang jelas no. 7 pada bas tersebut. Mereka bertiga tersenyum secara spontan. Nampak gayanya, no.7 itu member makna yang mendalam kepada mereka bertiga. Mula terimbau saat-saat manis dan pahit maung sepanjang menggunakan bas no. 7 itu.

“Woi, mok nait kah sik, mun sik mok, bas tok jalan terus”

Lamunan indah bak kayangan mereka terhenti dengan suara garau si konduktor bas. Terpancar ketidakpuasan hati di muka Man.

“Padahlah bebait. Potong stim bena wak eh.”

“Sabar jak lah nya tok, ada ditumbuk ku kak tok.”

“Tikam kei kasut lak, baruk tauk kau ya.”

Ketiga-tiga segera mereka pun menaiki bas dengan wajah yang masam mencuka. Sepanjang perjalanan, mata Man merenung tajam, tepat ke anak mata si konduktor bas itu tadi. Disebabkan gerun dengan renungan maut itu, si konduktor segera menolah kea rah lain dan buat-buat sibuk. Is dan Zaini yang memerhati dari tadi hanya tersenym, puas. Bas no. 7 meluncur dengan lajunya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...