Pages

April 25, 2011

Hikmah Membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja

Tiga Kisah Tauladan

Kisah Pertama



Kisah daripada al-Banna : Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed Abus Su’ud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol minyak wangi daripadanya. Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Su’ud mengatakan harganya hanya 8 piaster. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut. Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol. Saya berkata kepada Abus Su’ud, “Saudaraku! Bagaimana anda ingin menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?”. Dia menjawab, “Aku dan saudaraku seperti badan yang satu.” Saya berkata pula kepada Mustafa, “Mengapa anda tidak menerima budi baik saudaramu?” Dia menjawab, “Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudaraku!”. Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.



Kisah Kedua



Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan-sukarelawan yang ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa bersamanya seekor lembu. Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, “Saya faham yang anda ingin menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu bersama?” Dia menjawab, “Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di jalanNya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta yang saya ada!”.



Kisah Ketiga



Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. Pemuda itu menyebut kos membaiki sebanyak 130 qirsy. Monsieur berkata, ”Itu terlalu mahal. Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!” Dengan tenang, Hafizh menjawab, ”Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak percaya tanya saja orang bawahan Anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah.” Ternyata, menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya. ”Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan mencabut kata-kata itu,” kata Hafizh. ”Minta maaf padamu? Kamu ingat kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf,” jawab si Perancis dengan bongkak. ”Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh kamu lakukan?”


”Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya juga boleh laporkan ke media massa Perancis. kemudian saya umumkan juga di jalan-jalan dan kedutaan-kedutaan asing yang lain. Saya akan berjuang mendapatkan hakku dengan apa cara pun,” katanya tegas. Monsieur Saulant terkejut mendengar jawaban tukang kayu itu. ”Seolah-olah saya sedang bicara dengan seorang diplomat, bukan tukang kayu.” Akhirnya dia meminta maaf dan menarik balik tuduhannya. Apabila selesai Monsieur membayar lebih, 150 qirsy. Tetapi, Hafizh tidak mahu menerima tambahan. Dia mengembalikan 20 qirsy. ”Saya tidak mahu ambil apa yang bukan hakku, supaya tidak jadi penjahat!” Monsieur kehairanan. ”Mengapa tidak semua buruh Arab sepertimu. Kamu keluarga Muhammad, ya?”



”Monsieur Saulant, ketahuilah semua muslim adalah keluarga Muhammad. Namun, kebanyakan mereka telah bergaul akrab dan meniru monsieur-monsieur seperti kamu, akibatnya rosaklah akhlak mereka.”

Kisah Buat Pedoman

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

=========

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

April 21, 2011

Pelamin Anganku Musnah

Hujan turun dengan lebatnya justeru itu juga menandakan berakhirnya pesta majlis perkawinan antara Alia dan Jefry. Kebanyakkan tetamu semuanya sudah pulang.

Ramai saudara mara Jefry yang menyertai langkah mereka kekamar pengantin pada malam itu, sambil tersenyum dan berbisik sesama sendiri seolah olah mengusik kedua pengantin baru tersebut. Tetapi tidak demikian dengan expresi wajah Alia. Alia nampak tegang, gugup bahkan kelihatan sedikit ketakutan berbanding dengan Jefry yang kelihatan tenang sahaja.

Perkahwinan ini bukanlah kehendak hati Alia dan Jefry. Bahkan sebelum ini sebenarnya mereka tidak pernah bersua muka apalagi berkenalan antara satu sama lain. Ia adalah keinginan kedua orang tua mereka masing masing. Bagi mereka berdua, sebagai anak kepada seorang ahli korporat yang terkenal dikalangan masyarakat Singapura seperti keluarga mereka itu, mereka berdua tidak mampu menolak keinginan kedua orang tua masing masing demi maruah keluarga.

Tetapi bukan sebab perkahwinan itu sebenarnya yang menggelisahkan hati Alia, bukan juga karena keperibadian Jefry, yang dilihatnya sangat kacak, tenang, ramah, lembut, bahkan teramat lembut, tetapi sebaliknya Alia amat takut dan bimbang dengan keadaan dirinya sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi disebalik raut wajahnya yang ayu itu. " Maklumlah, baru pertama kali..." Ibu Alia berusaha menenangkannya sepanjang siang tadi, namun tidak berhasil, Alia tetap juga berwajah sugul.


Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Suasana diluar yang tadinya kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara saudara mara Jefry, tiba tiba bertukar menjadi senyap dan sunyi. Barangkali mereka semua sudah tidur, fikir Jefry. Di kamar, pengantin nampaknya kekok, kaku dan begitu sepi sekali. Tiada komunikasi antara keduanya.

Jefry kelihatan sangat tenang sekali, tetapi sebaliknya Alia terus menerus kelihatan gelisah, masih terbayang lagi dibenak fikirannya akan pengalaman buruknya yang telah merenggut kegadisannya! hal itulah yg terus membelenggu fikirannya, dia tidak berkesempatan menceritakan hal yang sebenarnya kepada Jefry, lagi pun Alia merasa takut.

Memang tragedi itu bukan kehendaknya, dia menghadiri satu pesta ulangtahun kawan baiknya, Sally. Kamal, kawan sekerjanya, lelaki yang di anggapnya paling baik ternyata adalah lelaki yang paling buas. Kamal telah memberinya ubat tidur ketika dia mengadu sakit kepala hingga secara tidak sedar Alia telah menyerahkan kegadisannya kepada lelaki keparat itu yang sehingga kini hilang entah kemana. Sejak peristiwa itu Alia jadi takut, bingung, sedih dan macam macam lagi perasaan yang menghantui dirinya.

Tiba tiba lamunan Alia terhenti. "Abang lihat sejak dari tadi Lia termenung, kelihatan gelisah saja. Macam ada sesuatu yang Lia fikirkan dan sembunyikan dari Abang," tenang Jefry bertanya memulakan bicara pada malam yang indah itu. Apa... Lia tak suka Abang?" soal Jefry lagi. "Bukan, bukan itu, sama sekali bukan." Alia masih cuba menyembunyikan lagi perasaannya. "Cuma Lia belum biasa dengan Abang," balas Alia lagi.

Mereka memang belum pernah kenal antara satu sama lain, kerana sudah bertahun tahun lamanya Jefry menetap di Amerika. Cerita tentang Jefry hanya sedikit sahaja yang Alia tahu, itu pun Ibunya yang memberitahunya. Kata Ibu Alia, Jefry baik orangnya, kaya raya dan berpangkat. Hal itulah yang membuat Alia bertambah takut, was was dan cemas sekali.

"Alia! Lia tahu tak yang abang sudah biasa hidup di negeri yg sangat bebas pergaulannya antara lelaki dan perempuan, bersikap terbuka, tak perlulah Lia malu malu lagi dengan Abang. Abang tahu pernikahan kita ini adalah pilihan orang tua kita, itu sudah pasti, tapi budaya kita, menghendaki Abang untuk menghormatinya dan sanggup mengambil risiko dari sebarang keputusan yang Abang buat" Jelas Jefry dengan panjang lebar.

"Lia tahu, tapi tidak mudah bagi Lia untuk memahami Abang dalam waktu yang sesingkat ini. Bagilah Lia sedikit masa lagi" jawab Alia dengan lembut. "Apakah Abang kurang menarik untukmu?" "Bukan itu masalahnya, Lia sudahpun menerima Abang, sejak kita diijabkabul siang tadi, cuma...." "Cuma apa? masalah kegadisan?" Tersentak Alia mendengar pertanyaan yang terpacul keluar dari mulut suaminya itu.

Ini membuatnya bertambah tambah gelisah, malu, takut dan macam macam lagi perasaan yang datang ketika itu. Dadanya juga semakin berdebar. "Jangan bimbang, Abang sudah biasa hidup di Amerika, hal itu bukanlah menjadi hal utama dan terpenting bagi seoarng gadis.."

Nyaris saja Alia tersedak karena terkejut mendengar kata kata Jefry itu. Bagaimana Jefry boleh meneka dengan cepat dan tepat sekali. Hairan Alia memikirkannya. Alia terdiam seketika.

Jefry meneruskan kata katanya, "Tentu Lia terperanjat bukan! macamana Abang boleh tahu tentang kejadian itu. Kamal, lelaki yang telah memperkosamu itu adalah kawan baik Abang semasa kami sama sama belajar di Amerika dulu." secara tidak sengaja Jefry menceritakan tentang perkara itu, tetapi tiba tiba dia menyesal sekali. "Ah....... kenapa begitu lancang sekali mulut aku pada malam bersejarah ini." Jefry berkata dalam hati.

Hancur hati Alia disaat itu, rahsia yang bertahun tahun disembunyikannya telah terbongkar oleh suaminya sendiri. Alangkah sedihnya Alia. Tiba tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu itu.

"Lia, setiap orang mempunyai rahsia masing masing, setiap orang ingin dipandang suci, bersih, baik tapi itu semua tidak mungkin dapat mengubah kenyataan hidupnya, demikian juga dengan Abang..." terputus disitu sahaja cerita Jefry.

Dengan penuh keraguan Alia menatap wajah Jefry. "Kenapa dengan Abang? sudah ada isteri? sudah ada anak? atau..... ada gadis lain yang Abang cintai?" tanya Alia bersungguh sungguh.

Jefry menghela nafas panjang, " Lebih parah dari itu..., Abang sama saja seperti Alia, badan dan tubuh Abang saja nampak lelaki, tapi sebenarnya jiwa Abang, jiwa Abang ....." "Kenapa dengan jiwa Abang, kenapa bang, kenapa...? soal Alia lagi bertalu talu. "Abang "GAY", Abang "GAY" Alia." Masyallah! tiba tiba sahaja dunia terasa gelap. Badan Alia bertukar menjadi begitu lesu sekali, Betulkah apa yang aku dengar ini, bisik Alia sendirian. Betul ke apa yang dikatakan oleh suamiku itu?

Alia tergamam.... Jefry yang tampan itu seorang Gay? Gay!Gay!.... berulangkali Alia menyebut kata-kata itu. Suasana hening seketika, masing masing berbicara dengan fikiran masing masing. Alia merasa amat kecewa sekali, lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya rupa rupanya seorang Gay.

Malam pertama yang seharusnya indah bagi sepasang pengantin yang 'normal' ternyata hanya bertukar menjadi kepedihan, kesedihan, kepiluan bagi Alia, bukan sahaja suaminya tahu tentang rahsianya, tapi lebih buruk lagi, dia menikahi seorang Gay?! Patutlah Jefry nampak tenang sahaja, sejak siang tadi tanpa sebarang reaksi, tidak resah juga tidak bahagia, rupa rupanya ternyata dia seorang Gay.

Alia menyalahkan dirinya sendiri, itulah, bila niat untuk berkahwin tidak berasal dari hati nurani sendiri, calon suami atau isteri belum kita ketahui betul betul, hal hal buruk seperti ini memang mudah terjadi. Yang tinggal adalah satu penyesalan dan tangisan yang tiada hentinya.

"Abang, kalau Abang sudah tahu yang Abang ini seorang Gay, kenapa Abang bersedia untuk mengahwini Lia?" dalam tangisan Alia bertanya. Kenapa Abang tergamak melakukan ini semua. Kenapa???" tangisan Alia semakin kuat.

Dengan rasa bersalah Jefry menjawab,"Abang hanya menurut kehendak mak ayah Abang! Abang sangat sayang pada keduanya...."

"Sekarang bagaimana? tak kan kita hendak terus hidup berpura pura begini semata mata hendak menjaga hati orang tua kita?" "Entahlah, Abang pun tak tahu. Tapi Abang rasa elok kalau Lia ikut Abang balik ke Amerika, disana kita boleh fikirkan tentang masalah kita ini, lagipun bukankah menurut hukum islam, Lia sudah sah menjadi isteri Abang? Mungkin kita tidak menikah secara fizik, secara badani atau pun emosi, tapi ada hukum yang telah mengikat kita berdua. Abang tidak ingin melihat kedua dua orang tua kita kecewa disebabkan keputusan yang kita ambil... Kita harus bijak Lia."

Keadaan kembali sunyi. Kamar pengantin yang dihiasi indah sudah tidak bermakna lagi buat Alia. Alia sudah kecewa dan dia tidak pasti lagi apakah esok masih ada!!! Pelamin anganku telah musnah sama sekali........

April 17, 2011

The Wanted - Gold Forever (Official)

The Wanted - Lose My Mind Official Music Video

The Wanted - Heart Vacancy (Official)

The Wanted - All Time Low (Official)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...